Quantcast
Channel: Ceeramoon
Viewing all 187 articles
Browse latest View live

Raya Ketiga 2013

$
0
0
Raya ketiga dah ketandusan gambar, hahaha....
Padahal ku masih cantik lagi tau masa ni.
Maksud aku, berbaju raya la...

Pagi di kampung memang syiok.
Sejukkkkkkk je...
Sejuk tahap gigil gigil punya.
Kalau saja tak bawak blanket memang cari nahas la.
Dulu masa takde anak lagi, kitorang balik kampung sehelai sepinggang. Malam tu tidur sambil menggigil-gigil sebab sejuk gila. Aircond pun tak sejuk macam ni.
Lepas tu dah insap dah. Tiap kali balik mesti bawak blanket tebal.
Sebab kampung malam malam memang sejuk.
Siang kalu, terbakar kulit. Panas!

Lupa mak encik nak ambil gambar anak-anak.
Pakai baju cantik cantik tapi tak ambil pulak, sebab aku ingat nak balik tronoh pagi, sekali lepas zohor baru bertolak ke sana.
Sebab pagi tu, kita ukur tanah satu sabak bernam dulu. Beraya rumah sedara mara.
Pergi 3 rumah je pun. Tapi jauh jauh...
Satu rumah bertapa lama. Jadi lama la jadiknya...
Mama tak ikut, jaga rumah. So kitorang ni wakilkan mama la beraya.
Mana nak carik anak and menantu macam ni, hahaha...

Baju daru dna butik...
Suka baju ni, nampak retro.
Pastu selesa sangat. Time panas pakai pun takde hal, sebab kain dia jenis sejuk.
Nak bf yunnan pun senang. Dah kata baju dna ken, haruslah baju breastfeeding...

Ok dah sampai Tronoh.
Kitorang sampai kul 6lebih kot...
Sekarang senang dah travel dengan anak-anak.
Sebab anak aku si keisha tu dah jenis tidur dalam kereta.
Ko siapkan je bantal and selimut. Baru 10 minit perjalanan dah kroh kroh...
Yunnan kena ikut timing.
Kalau bertolak time dia baru bangun tidur. Merasa la ko haru biru dalam kereta...
Kalau bertolak memang tengah dia mengantuk.
Syurga di atas jalan bebeh...
Boleh la bercinta dalam kereta sambil berpegangan tangan, haha...

Biasalah, poyo...

Sebab sampai lambat, aku dapat beraya satu rumah je kat tronoh.
Rumah ayahcik..

Kahkahkah...

Lepas beraya terus balik homestay.
Sebab mak abah sewa homestay...
Mak abah kan tak berapa sihat. Jadi mereka perlukan tempat tidur yang selesa.
Rumah opah ramai orang, kalau tidur pun kena tidur bawah.
Kitorang memang tarak hal punya tidur bawah. Mak abah la kesian...

Malam tu, carik mamak.
Tu pun dah kul 10 pergi carik mamak.
Adoiyaiiiii, aku ni mamak sesaja. Bahaya ni, haha..
Semalam ciput tanya nak makan kat mana pun aku cakap nak makan kat mamak...
Dey mamak, apa lu sudah masuk dalam makanan saya ha, sampai saya terindu rindu???

Love: Ceera =P

-Ads-

Shawl dari shawl factory
Instagram : @shawlfactory
Facebook : Shawlfactory


Raya Keempat 2013

$
0
0
Tak habis-habis citer raya aku kan.
Bukan raya sangat pun, nak jaja gambar je yang lebih. hik hok hik hok...
Raya keempat dah kehabisan baju raya. Jadi kita pakai baju biasa yang sopan sahaja. Sebab plan pagi tu takde apa sangat pon. Lepas bfast balik rumah opah sat lepas tu terus calooo balik.
Yang lain balik cheras/kuala selangor. Aku pulak, pulang semula ke sabak bernam...

#ootd
Baju baru semangat sikit nak ootd.
Baju beli kat the curve.
Kain beli kat femesbazaar ttdi
Tudung beli kat kawan zackU
Nanti ingat nak beli lagi pencil skirt ni, wpon nak jalan kemain sopan lagi. Tapi cantik..
Ada je ramai orang jual kat instagram, cuma malasnya la haiiiiiiiiiiiii nak pi wasap...

Kakak-kakak aku memang over...
Terpaksa i over sekali, hehehe...

#ootd mia dan keisha...
Baju mia tu, keisha pun ada okey, hahaha...
Masa mia tengah pakai baju tu, keisha dah jebik jebik pandang aku, sebab dia ingat mia pakai baju dia...
Aku cakap la, yang tu baju mia. Baju keisha ada dalam beg. Besok mummy pakaikan kat kakak k. Baru ceria semula...

2 tahun aku frust tak dapat mee udang.
Sampai sampai, udang dah habis.
Rasa macam nak terbalikkan meja...
Tahun lepas pun macam tu jugak tahu!!!
Nampaknya raya haji kang kena trn tronoh lagi untuk dapatkan mee udang. Aku akan make sure, pagi pagi aku dah terpacak kat sini, ecehhhhhhhhhh...
Ayat nak gebang je, haha... bangun pagi pun shushah...

Disebabkan tak dapat makan mee udang, jadi kita makan je la mee bandung.
Ada la iras iras sikit, wpon... #matakeatas
Ciput makan mee goreng.
Sedapppp katanya.
Dan memang sedap pun.
Mee bandung aku ok ok je la...

Lepas kenyang baru terjah rumah opah.
Baru nak panas bontot sikit, mak ajak pergi beraya rumah kawan dia kat situ-situ jugak...

Muka berkilat sebab tak pakai bedak.
Cuma pakai sunblock.
Orang pemalas mekap, macam ginilah...

Ika menjadi mangsa...
Kat rumah orang pun jadi...
Emosi betul masa raya rumah makcik sini... #takingatnama
Sebab opah ada ikut sama. Lepas tu kawan opah yang sebaya dengan dia, pun ada. Tapi terlantar baring sebab stroke kot.
So bila dia nampak mak, anak-anak mak, syahdu la sikit...
Aku ni kan tak boleh tengok orang nangis. Kang mula la aku nak nangis sama. Jadi sebelum apa-apa baik kita lari keluar dulu...

#ootd yunnan.
Hahahaha yunnan pun taknak kalah. Nak juga ootd..
Terpaksa sekat dengan kaki. Ini budak haaaaaaaaaa tak boleh duduk diam. Geram je mak hencik...

Lepas beraya, salam salam mak, opah, adik beradik. Terus shoot ke sabak bernam...
Kat sabak bernam tak buat mende pun... kita berlepak sahaja...
Ok habis dah citer raya aku. Esok aku jaja gambar anak-anak kat kg pulak.
Anddddddddd citer open house, nanti ku citer.
Bukan aku buat open house. Aku pergi open house je, haha... tahun ni malas nak buat open house, sebab hujung bulan kang adik aku kahwin. So kita beropen house kat sana je.
Ada sesiapa yang nak datang kenduri kahwin adik aku???
Boleh email ye...

Love: Ceera =P

-Ads- 

Wide shawl dari amierahijab
Instagram : @amierahijab
Facebook : hijab.amiera

Spongebob and Patrick

$
0
0
Adik beradik sangat kan, pakai baju sama sama...
Siap color semua sama, kehkeh...
Baju ni aku beli kat the curve.
Ala, kat tengah tengah tu, otw dari e-curve ke the curve. Haaa situ la...
Dalam RM20 gitu. Aku pun lupa...

Paling kecik, size si yunnan.
Nasib baik dia pakai molek je tak gedebeh pon...

Anak bujang, Yunnan 11 bulan.

Anak dara, Keisha 3 tahun 2 bulan.

Bila tengok gambar ni, macam tak sangka aku dah ada dua orang anak.
Dulu masa buat blog, bujang lagi aku. Skang dah ada anak... Masih juga berblog...

Kat kampung onyang sebelum balik KL.

Ni lepak main ball dengan daddy kat atas rumah onyang.
Atas ni luas. Best la main... Kalau jatuh pun tak sakit sebab papan kan...

Anak kedua, biasala... drama lebih. Hehehe...

Masa ni tinggal family kitorang je.
Yang lain semua dah balik...

Makan icecream sebab penat berlari...

Love : Ceera =P

-Ads-

Kalau nak cari barang-barang for party like helium balloons, balloons deco, party items, clowns, magician, bouncy castle etc.
Facebook : Glowing Party House
Alamat : 17 - G Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor MALAYSIA

Rosyam Nor

$
0
0
Sukanya sukanya sukanya kita.... dapat ambil gambar dengan abang rosyam... amboi abang, hek hok hek hok...

Ko nampak tak muka excited aku tu.
Tak boleh  nak dibendung.
Masa nak ambil gambar ni siap berdebor. Lepas tu tak tahu nak berdiri kat sebelah mana...
Tapi lepas ambil gambar terus blah. kahkah... bukan nak beramah mesra ke apa, adoiyaiiiiiiiii... cuak mengatasi segalanya kot. Kalau borak kang, mesti menggigil gigil bibir nie.

Filla jahat, siap cakap kat rosyam, bang... dia peminat no 1 abang...
Cis...
Terus malu i..
Takde la no 1 sangat bang. No 1 saya ady putra.
Abang jatuh no 2, eh 3 eh 4...
Tapi kalau artis yang matang-matang, memang abang la no 1 la. Saya suka suka sangat...
Kenapalahhhh ady putra tak datang semalam. Kalau tak aku cair terus...

Indahnya dunia...
Ko ada gambar dengan hero malaya, ado???
Ceaaa berlagak habis, hikhikhik...

Dulu masa jadi media tak pernah kot jumpa rosyam, tu yang excited lain macam tu...

Ok tu je.
Entry ni khas untuk aku dan abang rosyam nor saja...
#menaritango

Love: Ceera =P

-Ads-



Herbalife adalah Nutrisi Sihat yang boleh Turun Berat/Naik Berat/ Improve Kesihatan.
Contact fae : 0127707745
Facebook : Herbalife

Open House rumah Yana

$
0
0
Tiap tahun yana buat open house, suke sukeeeeee... #lompatbintang
Tahun ni konon-konon taknak buat, tetiba last minit yana buat jugak sebab katanya mak mertuanya nak datang beraya. Alang-alang... jemput manjers and kawan-kawan sekali.
Eh aku jangan dijemput, memang laju je aku sampai.
Bab-bab makan ni jangan ditolak...
Rugi...

Sebelum nak datang ni pun siap berwechat tanya nak datang pakai baju raya ke baju biasa, hahaha...
Biasala poyo ken...
Yana cakap datang pakai baju raya terus aku selak lemari tengok baju apa nak dipakai.
Sebbaik masa puasa hari tu dah beli baju openhouse sekali, kahkah...

Pink tak ahkak...
Jarang-jarang sangat ahkak pakai pink tau, sekali pakai... cantik ke tak??? #suaranyaringdansengau
Bahahahahaha....

Masa otw ni, si ayu membebel-bebel kat wechat cakap aku lembs, hahaha...
Pomps tu kul 3 dah keluar rumah.
Aku pulak, kul 5 baru sampai.
Well, i kan diva. Memang selalu lambat.


Tukang jaga yunnan...
Senang hidup ada dorang ni. Aku dapat makan dengan tenang sebab dorang jadi bapak jap menjaga yunnan.


mummy Ayu and yunnan...


Sedap soto yana.
Wpon berani mati 1st time try nak jamu orang makan.
Orang kalau pandai masak, pertama kali cuba masak pun takde hal, mesti jadi punya...

Kathy sorang je takde...
Ada hal katanya...
Bertiga pun boleh. Best jugak. Tapi kalau ada kathy, lagi best.



Sebelum orang tanya, baik aku bagitau awal-awal.
Baju yana - tempah, bukan beli siap.
Baju aku - mix and match. Baju ala cardigan panjang tu aku beli kat times square. Dan kalau ko perasan, baju aku tahun ni banyak sangat color peach and oren ni dah kenapa, pffftttt...
Baju ayu - Punnnn tempah. Minah ni jarang beli baju siap, memang tempah sesado...


Laman rumah yana besar. Syiok la bebedak ni berlari...

Biasanya mangsa ambil gambar kitorang adalah shah and aseng iaitu laki si yana and ayu.
Kalau gambar senget senget tu shah, hahaha..

Sebelum pulang.
Ohver kan, siap nak ambil gambar kat tangga...
Tengok la aku, nampak sangat kecik kat belakang. Keisha ada tau, tapi tak nampak. Sebab kepala shah hadang.. Yunnan pulak kena hadang dengan aseng. Nasib engkorang la. Yang penting, mummy punya muka nampak... Yang lain, mummy tak kesah, hahaha...

Lepas setel rumah yana, terus shoot ke rumah kakcik pulak.
Yang tu aku buat entry lain.

Love : Ceera =P

- Ads -


Sesiapa yang mencari unit trust consultation (Public Mutual) boleh contact Redzuan
Name: Redzuan Shahril @ Redz Billionaire 
Rank: Group Agency Manager CEO of RSG STARS 
Facebook : RSG STARS
Email : sredzuan@gmail.com
Contact Number : 019 273 3037

Beraya rumah kakcik

$
0
0
Perasan tak, aku lepas raya ni macam rajin sikit update blog???
Mungkin mood nak update blog tu dah sampai kot, lepas tu ada komitmen nak letak iklan di hujung entry. Tu yang beriya riya berupdate.
Oh sesiapa nak aku letak iklan di hujung entry, silakan email.
Aku buat FOC buat masa ini.
Lai lai lai.
Tapi kena jugak ada win win situation, jangan nak sorang je win. Itu tidak adil. Tidak adil bagiku...
Hari tu dah tutup dah, tapi ni saja open untuk sesiapa yang baca blog pulak.
Sebab yela, tak semua ada baca fb and ig aku kan...
So siapa mahu, boleh email kat ceeramoon@gmail.com.

 Puan blog, kaklang, kakcik si tuan rumah, akak dan jemah.

Budak budak yang buat kerja.
Kitorang tahu makan saja, hahaha...

Semua sedap.
Paling sedap laksam. teringat ingat haku.
bangdak masak tu sedap... shepard pie. boleh ambil order kalau macam tu.

Sebenarnya, kitorang datang ni nak tengok umah kakcik yang dah cantik.
Alang alang suh dia masak masak sekali.
Kakcik bab menjamu orang memang best.
Eh semua adik badik aku la bab menjamu makan terbaik...

Bersama anak buah kesayangan
Dulu masa takde anak, sayang sangat dengan ayin ni.
Sekarang pun sayang jugak. Tapi dia kan dah besar, malunya kemain over. Menyampah haku.
Wpon ku tahu sebenarnya dia ni takde la malu sangat pon.
Kurus cekeding dah ayin, dulu perut menggelebeh.
Bagus anak-anak buah aku. Ada kesedaran nak kurus.
Ingat lagi dulu, kemain bising aku suruh dorang diet... masing-masing buat pekak telinga je sebab yela, kecik lagi kan, apaadehal pun perut menggelebeh... elok masuk menengah, baru reti nak cantik melawa. Syukurlahhhhhh...

Yang sorang lagi si angah.
Pun dah kurus.
Dulu, haihhhh tak tau nak cakap macammana.
Pastu bila dah kurus, kitorang terus cakap, syukurlah angah putus cinta. Kalau tak mesti sampai skang angah masih gemok, kahkahkah...

Mak sedara memang laser mulutnya.
Anak buah dah biasa pon, haha...
Wpon begitu, tetap menjadi makcik kesayangan. #lantiksendiri

Love: Ceera =P

- Ads -

Shawl dari Raynaa. Juga ada menjual baju untuk plussize. Boleh cekidaut;
Website : www.raynaa.my
Instagram : @myraynaa

Pertama kali bawa Keisha tengok wayang

$
0
0
Excited habaq hang...
Pestime, hik hik hik..
Ciput la punya idea nie, kalau ikutkan. Aku malas lagi nak bawak dia tengok wayang. Sebab tahu sangat minah ni, 10minit awal je dia diam, lepas setengah jam, pandang sana, pandang sini. Kaki sepak sana kaki sepak sini, lepas tu ter ek ek ek kebosanan. Hahaha...

#ootd
Maksud dia, outfit of the day.
Tahu, bukan semua orang tahu maksud hashtag hashtag ni.
Bila dah pakai tudung ni, selesa sangat bila pakai skirt.
Mungkin nampak sopan sikit, sebab tahu la baju aku dulu... seboleh boleh nak pendek tak reti nak labuh. Bila dah pakai tudung ni baru macam herghhhhhhhhhhh selak lemari pun takde guna, sebab semua baju pun macam mintak kena campak je...

Ok ok jangan campak. Kita jadikan baju kat rumah...
Mungkin kena panjangkan langkah lagi untuk tambahkan koleksi, kahkah...

Terbekenan.
Termimpi mimpi.
Mahuuuuuuuuuu...
Selesa gila okey. Yang pattern biru tu. Suka yang tu. Tapi macam konpius nak color apa. Kuning pun cun, oren pun lawa. Biru tu pun lawa, tapi dah ada kasut sport color biru. Taknak dah...

Hey sayang, bila nak terjah sini balik. Nak beli nak beli nak beli.
Nak pakai kasut ni jenjalan...


Perempuan -____-


Bawak keisha sorang je.
Yunnan kasik tinggal dengan oma.
Aku memang tak suka bawak budak kecik ke wayang. Rasa macam tak sesuai.
Usia keisha ni, ok la. Bagi dia can. sekali sekala bagi dia merasa. Selalu sangat no no no.
Tunggu besar sikit lagi, baru best. Baru mengerti arti wayang. Gitu.

Dah lama sangat tak tengok wayang, sampai tengok tiket wayang pun salah tengok hall
Aku tanya hall berapa ciput cakap 1.
Rupanya 4.
Kahkahkah...
Patut la tunggu kat luar tak nyala-nyala hall 1.

Cubaan buat peace tapi tak menjadi.
Kesian anak aku, sampai skang tak pandai buat peace.
Dah tu, takde siapa pun kesio nak mengajar...

Dah gaya hollywood sangat ni sayang... Gaya retis nak tinggalkan tapak tangan.

Tengok cerita plane.
Selalu sangat kan ajak naik plane. Nahhhh tengok je katun plane ni.

Over sangat mak bapak ko ni keisha.
Depan pintu hall ni pun nak amik gambar.
Mentang-mentang pertama kali bawak anak tengok wayang
Atleast satu hari nanti kalau dia tanya, wayang pertama dia. Dapatlah aku jawab dengan konfidennya, PLANE!!!

Tak caya, pi tengok blog mummy...

Ciput, aku tanya 1st movie dia, dia kata ninja turtle.
Aku???
Tak hingat weyyyyyyyyyy...
Wpon aku rasa aku dah tua kertu baru tengok wayang, tatap la jugak tak hingat. Pffftttt...

Ok la cerita plane ni.
Takde la best gila. Takde la bosan sangat.
So so saja...

Habis wayang, terus laju laju pulang amik yunnan sebab petang tu nak pergi beraya kat rumah mummy ayu pulak.

Love: Ceera

- Ads -

Dapatkan HABBATUS SAUDA MINSYAM yang dikenali sebagai ubat untuk pelbagai penyakit di ZURA BEAUTY HOUSE.
Facebook : Zura Beauty House

Cetaphil yang banyak berjasa

$
0
0
Siapa ada pengalaman muka penuh dengan jerawat???
Aku...
Ye aku...
Tak percaya boleh tanya kat adik beradik aku.
Juga boleh tanya kat manjers especially kathy and yana.
Dan juga boleh tanya readers lama...

Aku ingat lagi dulu, setiap kali nak post gambar kat blog mesti nak edit dulu kat photoshop, bahahaha...
Daripada bodoh photoshop jadi pandai la, sebab nak kaver jerawat punya pasal. =P
Lagipun dulu, blogger tak jumpa sangat. Jadi apaadahal menipu sikit konon flawless padahal berjerutu...

Gambar ni aku dah edit, hahahaha... Tapi kalau mata ko tajam, mesti nampak kekantoian edit tu, hehe...

That time, confident level aku very low.
Yela, muka tak cantik. Banyak jerawat plak tu.
Jerawat aku pulak jenis yang kalau dah tumbuh tu tak reti nak surut. Dah la sekali tumbuh, amik ko memang batu! Kat dahi pulak jenis jerawat kecik kecik. Arghhhhhhhh stress...
Pernah sekali, jerawat keluar kat pipi. Jenis nanah berkumpul kat dalam. Mula mula kecik, lama-lama besar. Takde mata. Macam mana nak picit. Ok takpe, biarkan ajer dalam hati. Sebulan, dua bulan masih disitu. Last last aku geram aku amik pisau toreh, terpancut pancut nanah keluar. Puas hati.

Cuma yang syukur alhamdulillahnya, kulit muka aku ni tak tinggal parut.
Ni kalau tinggal parut, memang sedehhh la.

So solution dulu, aku pi jumpa doc kulit.
Mintak pendapat...
Sekali pergi habis rm400
Pernah sekali, habis rm500
Dah la time tu gaji kecik. Memang terasa la kalau sebulan 500 untuk muka jer...
Doc situ sajes aku pakai cetaphil.
So ini la dia pencuci muka yang banyak berjasa.
Dari aku berjerawat sampai la muka aku dah licin. Semua cetaphil punya jasa.

So aku memang tak ragu ragu untuk sajes korang guna produk dari cetaphil. Serius bagus. Sangat sangat bagus...
Memang jadi kepercayaan doctor 100%
Ko try pergi mana doc pun. Mesti dorang sajes pakai cetaphil sebab cetaphil ni No.1 brand recommended by dermatologists

Jap aku share komen dari instagram bila aku post gambar cetaphil.

 Masa hadir workshop cetaphil kat PJ

Sambungan komen.
Harap komen yang kecik tu korang boleh baca.

See, ramai yang setuju cetaphil ni bagus... Dari budak kecik seusia newborn, sampai la orang tua boleh guna cetaphil. Cuma yang aku baru tahu, boleh pakai satu badan. Hahaha.. aku ingat pakai kat muka ajer. Rupanya satu badan boleh pakai. So kalau anak ko mengalami kulit kering ko pakai gentle skin cleanser. Buat macam sabun. Sapu satu badan, lepas tu bilas. Insy nanti kulit anak tak kering dah...

Semua types of skin boleh pakai.
Bukan saja yang bermasalah macam muka aku dulu. Muka dan licin pun memang patut sambung pakai cetaphil.

Produk dari cetahil.
Actually banyak. Ada lebih kurang 10 macam tu.
Ni aku tunjuk 6 saja...
Paling best yang gentle skin cleanser la. Mungkin sebab itu yang aku pakai. Jadi itu la yang paling aku confident nak cerita. Tapi lotion dari cetaphil ni pun bagus. Bila pakai rasa lembut terus tangan.
Menangis adik badik aku pegang tangan aku pasnie, haha...

Tekstur cleanser cetaphil.
Memang pakai takkan ada buih-buih punya.
Bau pun takde.
Paling best, boleh cuci tanpa menggunakan air.
Ko pernah jumpa pencuci muka boleh cuci tanpa air?
Takde kan???
Semua nak kena ada air, sebab nanti mata pedih.
Ini ko cuci kat muka, takda air pun takpe. Just lap dengan tisu...

Kulit aku sebelum guna cetaphil.
Normal adalah 45.
Jadi kulitku di bawah normal. Sobs... Nampak nau kulit kering...
Lepas sapu dengan cetaphil. Terus jadi 56.6%

Lepas ni kena guna cetaphil dengan kerap...
Yunnan tu pun aku nak mandikan dia dengan cetaphil.
Eh keisha pun aku nak pakaikan dia cetaphil.
Better dari kecik kita jaga kulit dia, baru la kulit dorang sentiasa muda je wpon usia dah meningkat.

Kalau muka berminyak, boleh try guna Oily skin cleanser.
Tapi yang ni tak boleh pakai satu badan. Yang ni cuma boleh pakai kat muka, leher dan dada sahaja...
Sunblock dia pun macam best.
Sebab UVA/UVB protection dia sampai 28 kali...
Best best...

Mana nak cari cetaphil???
Kat semua farmasi ada, watson and guardian pun ada. Tak silap aku, cetaphil tengah ada diskaun. Boleh la beli banyak-banyak buat stok. WohOooooo.... 
.
Love: Ceera =P

Open house rumah Ayu

$
0
0
Minggu ni kena habiskan jugak semua entry open house, sebab minggu depan dah sibuk nak update pasal sepet kahwin pulak, hehe... Tak sabarnya. Selagi zackU tak kahwin, selagi tu aku serabut nak fikir pasal baju/tudung. Kahkah.. mengalahkan pengantin dia punya serabut...

Ok, ni makan-makan kat rumah ayu.
Nasib baik ayu cakap mak dia turun KL.
Kalau tak mesti aku yang kena buat makan-makan.
Sebab time puasa hari tu, dah janji konon nak potluck kat rumah aku.
Elok dah plan, sekali ayu cakap tak jadi sebab minggu tu mak dia turun KL. So dia masak-masak sikit kat rumah. Aku bila dia cakap lepak rumah dia terus rasa bersyukur alhamdulillah, hahaha... senang hidup aku. Tak payah nak masak-masak, sediakan perut je. Nak nak ayu cakap dia masak laksa, wohOooooo bestnya. Setahun aku tunggu laksa ayu. Akhirnya dapat jugak merasa...

So entry dimulakan dengan wajah laksa yang gojes ini...
Arghhhh sedap. Teringat ingat.
Manje, u masak laksa ni memang sedap. Pedas cukup, rasa cukup, semua cukup.
Ni, kalau buat meniaga ni laku ni, hahaha...

2 kali ok aku makan.
Masa mula-mula sampai. Lepas tu sebelum balik.
Ikut hati nak tapau, tapi jangan tunjuk sangat perangai burok tu.

 Semua sedap tip top...

Sampai terlentok lentok kepala aku makan laksa ayu ni...
Terlalu sedap.
Ok ini pujian yang keberapa sudah. Haha... ada harapan tak ayu nak masak lagi laksa untuk tahun ni. #kelipkelipmata

Nasib baik aku pakai baju kaftan, makan banyak pun tak perlu nak kaver perut.
Bijak sungguh aku, kahkahkah...

 Dalam mulut penuh makanan sebab tu tak boleh nak senyum lebar, hehe..

Letak sekeping mana cukup.
Biarlah posing sama pun, yang penting lebih dari sekeping.

posing sengs and geds.

 Baru nak feeling anak dara, tetiba semua anak-anak nak menyelit sama. Pfffttt...

Comel je baju sama-sama macam ni...
Aku belum rajin nak tempah baju sama-sama dengan anak. Erti kata lain, tak kesioooooooooo...

 
Suka sangat gambar dengan ayu ni, sebab dua-dua pakai pepel.
Rasa macam sherashi bershama.

Alhamdulillah, dah dekat 8 tahun bersahabat dengan yana and kathy. And 2 tahun bersahabat dengan ayu.
Insy, kami akan terus bersahabat sampai kertu, hehehe...

TQ manjers sebab menceriakan hidup aku.
Tanpa korang siapalah aku. Wahhhhhhhhh...
Tanpa aku, siapalah manjers. Dan begitu la sebaliknya.

Love : Ceera =P

- Ads -


Wide shawl dari amierahijab. Dapatkan koleksi terbaru wide shawl dari amierahijab;
Instagram : @amierahijab 
Facebook : hijab.amiera

We will protect you

$
0
0
Salam merdeka semua...
Alhamdulillah, tahun ni negara kita masih aman...
Semoga setiap tahun pun aman la ye, hik hik hik...

Internet security kita...
Tetiba berasa selamat bila melayari internet, hahaha.. kelas tak bahasa ahkak melayari.

Best F-Secure ni, bukan saja boleh protect pc. Malah ko punya hp pun dia boleh protect. Jap gi nak install kat hp sendiri and ciput pulak. Laptop ku sudah install.
Dah lama sangat tak install benda ori, bila install macam blur kejap kat mana nak cari dia punya subcription key, selepas membebel bebel 5 10 minit baru jumpa. Rupanya kat dalam kotak, kahkahkah... ngek sangat tau.

Oyya, sempena Hari Merdeka yang ke 56. F-Secure is giving away RM25million worth of one-year online security packages secara PERCUMA. Available to download via FB page F-Secure ataupun di SINI.
Apa lagi, pi download sekarang. Ia terdiri daripada 200,000 keys of antivirus untuk PC, dan 200,000 keys of Android mobile security.

Siapa lambat dload, pergila menangis di sana. Kenapa nak menangis disini...

Lepas ni dah boleh online tanpa was-was...

Love: Ceera =P

- Ads -


Dapatkan imitation ergo baby carrier dengan harga rm100, Skip hop zoo pack little backpacks rm25 dan lain lain lagi di;
Facebook : The Emzee Shop
Juga open untuk retail dan wholesale.
Tel no : 0124634406

Teaser #sepetkahwin

$
0
0
Kemain poyos siap ber-hashtag #sepetkahwin, kahkah...
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar
Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.
Entry penuh, insy besok.
Hari ni kasik gambar je dulu secara kesimpulan.

Nikah:





 Malam berinai:

Di hari persandingan:




Love : Ceera =P

- Ads -

Dapatkah Baby Khalifah Series di mana ianya sesuai bagi mereka seusia Keisha (1 - 5 tahun) dalam mempelajari Solat, Iqra, Arabic, Kalimah dan Adab secara interactive.
Facebook : Baby Khalifah Series
Instagram : @mommynadia81
Blog : Fabulous Motherhood
Price : RM80 per box with postage fees RM10

Dihari pernikahan Hana & Qery #sepetkahwin

$
0
0
Tak tahu aku nak bubuh nama hape.
Sepet pun dia, hana pun dia, ana pun dia, zackU pun dia...
Tapi yang penting, hashstag tak tinggal, Bahahaha...

Aku taknak cerita details sangat, sebab nanti tuan empunya badan akan cerita. Lagipun dia cerita lagi best kan. Biar lambat asalkan ada. Jadi tunggu la lama sikit baru dia update secara menggila. Biasalah, dia mesti nak tunggu gambar dari photog. Baru va va vooommm sikit.
Dan skang ni pun dia pun dalam mood #orangbarukahwin
Memang tak ahhhhhhhhhhh nak update bersungguh sangat.
Aku dulu, lepas 2 minggu baru update, sibuk nau dengan suami. Macam ko sorang je ada suami time tu. Kahkahkah...

Eeeeeeeee seronotnya pengantin baru...

Dimulakan dengan gambar puan blog dengan familynya.
Kemain aku datang awal pagi. Jam 8lebih dah sampai.
Sebab ingatkan majlis anak aku Yunnan jam 10pagi. Sebab ada nak buat cukur jambul and marhaban sikit. So malam tu aku pun warning adik badik aku kena sampai before 10 pagi. Siap cakap esok nak pakai 2 baju. Baju siang, baju malam sebab banyak sangat aktiviti hari sabtu...

So, memasing pun sampai ler awal.
Aku sampai memang dah siap dari rumah kecuali mekap.
Alang paling awal sampai, kul 7 dah sampai kot. Tak mandi, takut kang kalau mandi lagi jadi lambat... kakcik tidur rumah mak. Akak before 10 pun dah sampai, andak lagi kelakar. Dia sampai lambat sikit tapi elok sampai semua dah lengkap la siap bermekap, hahaha...

Pastu si ninie pun masuk la bilik, tengok mak tengah sedap baring.

Mak tak siap lagi ke mak???
Lambat lagi. Nikah kan lepas zohor.
Kul 10 kan ada marhaban mak.
Itu besok lah!!!

Besok ok besok!!!
Huru hara sekejap sebab semua pun ingat marhaban hari sabtu, hahahahahaha...
Bengong dot com betullah!
Patut la mak rileks je..
Kitorang ni kemain lagi dah melawa memasing.
Anak aku pun dah siap berjubah berbaju kurung.
Ciput nasib tak bersamping je.
Terus memasing tukar baju. Pfffttttt...

Salahkan ku, jangan salahkan ku, hahahaha...

Nyanyi kekuat sebab semua pun cakap aku bersalah dalam ini hal. Hahahaha...

Pelamin nikah pengantin yang memang lawanya la haiiiiiiiiiii...
Lama betul nak setup.

 Gifts untuk para tetamu.

Yunnan comel

 Dug dag dug dag

 Hp tak tinggal sebab nak live update kat ig

 Sekali lapaz, hebat sangat. Mesti malam tu qery dah hapal, hahaha..

 Selamat menjadi isteri zackU

 Terus solat didepan orang ramai.

 Muka nak membuli.

 YEayyyyyyyyyyy dah kahwin.


Apsal gambar akak-akakku dengan pengantin tak ada ye.
Busy bebenor ke korang?
Takde langsung dalam camera atam ni ha...
Nak atam nyanyi lagi sekali ke?
Salahkan kuuuuuu jangan salahkan ku, hahahaha...
Ika yang pegang camera okey..

Lepas nikah...
Ada acara tukar-tukar baju.
Aku tunjuk satu je. Yang lain tunggu pengantin update...

Love: Ceera =P

- Ads -


Sesiapa berminat nak beli vitamin Shaklee boleh contact Ana Lyana 018-2244135.
COD area Putrajaya, Bangi, dan kawasan sekitarnya. Pos laju atau Gdex untuk penghantaran satu Malaysia.

Tel no : 018-2244135
Email : anacomey_84@yahoo.com
Facebook : Dani Dania Store

Cantik dengan Fairy Whitez dan Fairy Blossom

$
0
0
Perempuan memang sinonim dengan kecantikan.
Tanya je mana-mana perempuan, perempuan mana yang tak nak cantik.
Perempuan mana yang tak nak jaga ketrampilan.
Perempuan mana yang tak stress kalau kedut dah mula keluar.
Perempuan mana yang geram bila tengok body dah lari. #menangisdepancermin
Perempuan mana yang tak meratapi kalau muka keluar jerawat. Walhal seketul je baru.

Semua perempuan pun nak cantik. Semua perempuan pun takut akan fasa kedut, jerawat, jeragat, gems dll. Kalau boleh nak sentiasa sweet 17, tapi apakan daya. Lumrah kehidupan. Yang muda pasti akan tua, yang tegang pasti akan kedut, kahkah... ayat aku rasa nak lempang diri sendiri.

Tapi dont worry wahai kaum wanita.
Mari kita jaga semua ini dari awal.
Jangan dah nak 40 baru nak jaga, macam susahlah sikit. But still can.
Tapi lebih elok kalau penjagaan kulit dan badan ini dimulakan dari usia yang muda...
Aku dulu, masa 20an la. Selalu perasan yang macam, alaaaaaaa muda lagi. Kulit aku ok lagi, tak kedut pun. Nanti nanti la baru jaga..

Tapi bila sekarang dah umur 31 baru macam, kenapalah lambat sangat ko sedar ceera. Why!!!
Issokay, sempat lagi ni. Cantik lagi ni, kahkahkah...

So ku nak perkenalkan dua produk yang ohsem ini iaitu Fairy Whitez dan juga Fairy Blossom.
Tengok kotak pun dah tahu ohsem kan, belum tengok dalam dia lagi, ehek ehek..

Fairy Whitez.
Kalau sesiapa ada masalah muka berkedut, kusam, mata panda dan jeragat. Kena try ambil fairy whitez. Selain pada tu, fungsi lain adalah:

  • Memulihkan keanjalan kulit, dan kecilkan pori-pori
  • Menggalakkan pembaharuan sel dan tisu dan membaiki peredaran darah
  • menjadikan kulit licin dan gebu
  • Mencegah jerawat
  • Kuatkan sendi dan meningkatkan daya kelunturan
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut lebih lebat dan kuku yang sihat
  • Menyuburkan badan dengan khasiat vitamin, zat galian, asid amino dan antiksidan
  • Ciri ciri antioksidan menentang radikal bebas yang memudaratkan.
Nampak tak?
Selain untuk kulit. Bagus jugak untuk menguatkan akar rambut dan juga melebatkan rambut.
Sesuai sangat la mak mak macam aku ni yang rambut dah nipis banding zaman muda mudi dulu, sebab lepas beranak je rambut gugur kemain lebat. Stress mak!

Formula mujarab yang memberi kelebihan pada fairy whitez yang tidak ada pada produk lain adalah;
Mengandungi mulberi & Lingonberry, L - Glutation, Biji Kiwi dan Plasenta Salmon.


Rasa dia pulak, sedapppppppppp....
Rasa buah. Dan memang pekat.
Nak minum macam tu je pun boleh. Nak jadikan air pun boleh.
Ikut kesukaan masing masing.




Fairy Blossom.
Ni pun best... Yang ni tujuan dia adalah untuk meningkatkan dan memiliki kecantikan yang lebih feminin... Apakah itu???
Haaa nak naikkan bontot, mantapkan breast boleh try yang ini sebab fairy blossom ni memulihara hormon wanita secara semulajadi.

Manfaat Fairy Blossom;

  • Jadikan payudara lebih berisi
  • Menegangkan dan menaikkan payudara
  • Mengentalkan punggung
  • Memulihkan pelinciran vagina dan untuk seks sekali, bahahaha... malu lak nak cakap pasal ni kan.
  • Menambahkan kecergasan dan tenaga
  • Melegakan ketegangan sebelum haid dan masalah haid
  • Mengurangkan dan melengahkan gejala putus haid (monopous)
  • Baiki kualiti tidur
  • Baiki kesihatan tulang dan sendi
  • Suburkan badan dengan khasiat vitamin, zat galian, asid amino dan antioksidan.
Memang elok sangat untuk mereka yang dah kahwin.
Tersangat sangat sangat elok.
Kena cuba ni...


Formula yang ada dalam Fairy Blossom adalah; Mulberi & Lingonberry, Sel Tunjang Epal, Keladi liar dan Lobata & Isoflavan Kacang Soya.

Semua benda yang susah nak dapat ada dalam Fairy Blossom.

So, amacam???
Mahu cuba tak?
Senang je nak dapatkan Fairy Whitez and Fairy Blossom ni sebab kat Watson, Caring Pharmacy & Aeon Wellness Pharmacy ada jual. Malas nak keluar beli, pon boleh purchase secara online di www.fairy2u.my.
Senang kan???

Sekarang ni, dorang ada buat promosi beli 5 percuma 1.
Tapi yang itu, ko kena dload FairyBeauty app dulu. Lepas beli, boleh dapatkan cop. Cukup pembelian yang ke 5, akan dapatlah 1 free. Nak senang beli 5 terus. Boleh buat stok sebulan. Lagi senang kan?

Fairy Beauty app.
Ada testimonial dari pengguna...
Nak dapatkan cop, caranya semua ada dalam ni...

Dah, apa lagi. Jom cuba Fairy Whitez and Fairy Blossom untuk mendapatkan body dan kulit yang lebih cantik...

Website: www.fairy2u.my
Facebook: Fairy Beauty Healthy

Love: Ceera

Rentetan Yunnan SB Setahun

$
0
0
Sorry anak, sebab mummy lambat sehari update pasal kelahiran awak yang ke setahun.
Busy bebenor rasa.
Dengan dua-dua anak demam. Tak cukup tangan, sampai makan pun tak sempat... tapi anak-anakku makan ye... Keisha demam panas, yunnan pulak sakit mata membawa ke demam jugak. Jadi dia tidur tak berapa nak lena. Nak kena ada orang je kat sebelah dia... aku angkat bontot sikit dia ek ek ek... tu yang aku bantai tidur jugak kat sebelah dia.

Alang-alang menyeluk pekasam...
Dia nak kita huggie, kita tidur la sekali.

Alhamdulillah, hari ni macam ok sikit.
Keisha pulak badan dia panas balik. Seram je aku pegang badan dia malam tadi.
Dah la pulak jenis, dia tu kalau demam nak selebung-selubung. Aku pulak risau, sebab orang kata budak tak elok selubung kalau demam, takut menyawan. Ate, nak buat camne kalau gitu. Aku tarik selimut dia selimutkan diri dia balik. Gigil gigil sejuk. Lepas tu aku basahkan towel, bergegar menangis ni taknak kita lap badan dia...
Benci betul keisha kalau orang lap bada dia, terutama sekali bahagian kepala. Pantang bagi dia...

Last-last pepagi aku suruh dia bukak baju, moh kita mandi.
Sekarang, ok sikit. Tak tahu la nanti-nanti.
Tapi sat lagi nak masakkan sup ayam untuk anak-anak. Sejuk sejuk demam-demam ni molek benar makan sup ye tak...

So ini renteten Yunnan sb, sepanjang setahun Allah swt pinjamkan anak ini kat kami.
Alhamdulillah...



  • Penceria hati mummy daddy
  • Manja sangat sangat
  • Pembuli kakak
  • Suka sepak muka orang, haha
  • Suka baling barang, pffftttt
  • Suka orang tua yang teramat sangat terutamanya atuk atuk
  • Pandai makan
  • Pandai dari segala segi.
  • Cepat matang dari usia
  • Lambat panas dengan orang luar
  • Suka kena dukung
  • Dah pandai bagitau apa yang dia nak. Kalau nak air kang dia tunjuk air sambil ha haa...
Itu la yunnan sekarang...

Geram je tau dengan dia ni.
Geram rasa nak gigit gigit.
Mummy, Daddy and Keisha sayang Yunnan sangat sangat.
Semoga menjadi anak dan adik yang baik dalam keluarga
Muahsssss sambil sedut sedut pipi yunnan yang sedap tu.

Love : Ceera

- Ads -



Anda ingin tubuh anda dibelai & idamkan kulit yang mulus, putih bersih seperti yang dilakukan di spa, tetapi tak cukup masa untuk ke spa, atau perkhidmatan spa yang mahal & tidak mampu untuk dijadikan rutin mingguan??? atau malu sebab tubuh badan yg bercela ????

Kini, hanya dengan membeli produk2 yang dijual & digunakan di spa2 anda bebas ber spa sendirian di rumah bila2 masa & tanpa had, sangat jimat.

KHAS UNTUK PEMBACA BLOG CEERAMOON, ADA OFFER LESS 10% UNTUK SET LENGKAP PENJAGAAN DIRI...
HANYA ENTER KEYWORD 'BLOG CEERAMOON' UNTUK MELAYAKKAN ANDA MENERIMA OFFER INI...

Mush @ Jijie - sms/whatsapp/weChat/LINE - 017 3709989
Email : mushonline82@yahoo.com

Malam berinai #sepetkahwin

$
0
0
Family aku masih mengamalkan malam berinai sanding sanding ni.
Kalau ikutkan pengantin, kuasa kan nak buat semua ni. Tapi difikirkan macam dah adat, layankan saja..
Dulu masa aku kahwin pun aku macam ehhh kuasa nye, siap nak kena tukar tukar baju segala. tak sukeeee... tapi dah adat dan atas permintaan family, buatkan ajer.

Now, album dah duk diam diam je dalam laci.
Takde pun beria nau nak menengoknya, pffftttt...
Pembaziran u know.
Its okey anak...
Nanti korang kahwin, mummy ikut permintaan korang. Nak ikut adat okey, taknak pun okey saja...

Pengantin dah siap.
Tak makan kot dari pagi.
Kalau makan pun main cuit cuit je.
Jadi pengantin memang kenyang kan, aku dulu pun kenyang je. Dah tengah malam baru rasa lapar, hahaha...

Weols pakai lense, perasan tak?
Petang tu aku lari sat cari lense untuk zackU.
Alang-alang membeli, eh aku pun nak jugak la...
Lama tak jadi mata kucing.
Ku pakai kaler green, zackU pakai kaler grey.
Tapi zackU punya tak nampak sangat. Mungkin sebab dia sepet jadi tak nampak sangat la biji mata dia.
Kat camera aku je tak nampak. Camera pro mungkin nampak...

Ops, hehe...

Pelamin dah letak kerusi dan bunga-bunga.

Tu diaaaaaaaa, drama adik bradik.

Dengan adik badik dan anak buah..

Berarak time.
Siap ada mercun lagi. Kehlasssssssss #familynoh
Tapi lupa sangat nak keek...
Sebab masing-masing mengkagum tengok mercun depan mata.
Feeling tahun baru tengok mercun kat klcc. Bergegar jantung.
Keisha masa ni dah peluk aku takuit.
Yunnan jugak steady. Elok je dia nengok...

Ada bersanding juga...

Anak buah.

Emak dan abah...
Abah sakit belakang lettew...

Aku masa ni lepak dalam bilik, mak masuk bilik suruh pi merenjis. Adoiyai, ku dah la malu nak merenjis-renjis ni. Dah la masa tengah bubuh air mawar kat tangan zackU, tetiba kena hoi, terbubuh air mawar banyak sangat sampai bertakung tangan dia, hahahahaha... ngek betul...

Eh, kenapa gambar kakak-kakak ku takde ye, hahaha... persoalan lagi sekali.
Tapi yang ni aku boleh jawab, sebab hujung-hujung upacara memory card dah fulled. Sempat sampai gambar mak abah je. Lepas tu nan adosemua dah.
Gambar aku ada ni pun sebab guna camera hp aku sendiri.
Sebbaik bijok, miahahahaha...

Ok dah, tu je gambar yang ada.
Gambar posing geds tunggu pengantin update..

Love : Ceera =P

- Ads -

Koleksi terbaru dari Aafiya Collection, cuma RM111 satu set. (Baju dan skirt)
Jom tengok koleksi lain yang cantik cantik dari Aafiya Collection:

Instagram : @aafiyacollection
Facebook : Aafiya Collection
Website : http://www.aafiyacollection.blogspot.com/


Open house kjas and kleen

$
0
0
Rumah wajib kena datang setiap tahun sebab makanan dorang sedap sedap...
Kalau tak datang rugi wooooooo, rugi setahun.
Kebetulan dorang buat tarikh yang sama, cuma masa je lain lain.
Kakleen buat tengahari sampai malam, kakjas pulak buat petang sampai maghrib.
Jadi kita serbu rumah kakleen dulu, sebab nye dekat bebenor rumahnya dengan rumah aku. Sebelah taman je...

Roti jala sedap, rendang sedap, eh semualah sedap.
Tapi kenapa takde laksa macam tahun lepas kakleen. kenapa kenapa???
Laksa tahun lepas tu saya teringat-ingat sampai sekarang ok. Sedap melampau!!!

Keisha skang dah pandai sikit.
Kalau kita mintak dia senyum bila ambil gambar, ini la hasilnya. Hehehe..
Sampai mata terkecik kecik sebab beria nak senyum...

 Ini la kakleen
Aku kenal sebab kakleen ni dulu rajin komen kat blog.
Pastu semua social media la dia ada... Jadi rapat la kitorang.
Aku kahwin dulu pun dia datang. Tu yang kenal sangat sangat tu.

Mira ni pulak adik kakleen.
Pun kenal dalam dunia blog dulu dulu...
Best je dulu dulu, semua kita kenal... Siapa yang ada blog mesti kenal.
Cuma sekarang je dah tak berapa kenal. Sebab ramai sangat kan.
Dulu boleh kira dengan jari sapa yang ada blog, skang ni tak terkira dek jari... Campur jari jari ko pun tak tentu cukup. Ramai sangat!

Hari tu, ada member blog tegur kat FB.
Nama blog lain, nama kat FB lain. Memang la ku tak ingat.
Elok dia sebut nama blog baru aku ooooooooooooo, hahahaha...
Eeeee rindu zaman dulu dulu, zaman yang kejanya membaca blog orang je. Haha..
Skang bukan poyo taknak baca blog orang ye. Skang sebab takde masa nak baca. Nak update pun memcecet nak cepat-cepat, ini kan pulak nak menyinggah sana sini... Dulu aku duduk mengangkang je kat opis, boring. Tu yang keja nya click click cari pembacaan, haha... Blog ni terhasil sebab boring jugak la. Boring tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak cakap dengan sapa. Bukak blog, ko bercakap la sorang-sorang macam orang gila. Sungguh la takde life, kahkahkah....

 Ok, nak otw ke rumah kakjas ke shah alam sana...
Tahun lepas tak dapat pergi, sebab dalam confinement.
Tahun ni walau apa pun halangan, kena sampai jugak.

Ini ku cekup dulu, miahahahaha...
Tapi sentap tau, cheese tart tak ada.
Cheese tart kakjas order sedap tau...
Kakjas cakap, orang cheese tart tu lupa nak buat.
Dey dey dey...
Tiap tahu orang tu order cheese tart, itu pun boleh lupa ka?
Kan aku dah kempunan...

Kemho sat sementara anak-anak ku bermain di taman...
Eh ada gambar bebudak ni kat taman, ciput amik...

  Kemain seronok memasing...

With kakjas yang comel je tapi anak-anak dah besar. And anak-anak dia pun hoiiiiiiiiiii lelawa...
Aku tak perasan kat mana trisya hari tu, mungkin sebab dah besar kan, tu yang tak perasan tu. Tapi bila usha ig kakjas, kemain semuanya skang. Lawa!!!

Love : Ceera =P

- Ads -


Shawl comel ni dari amiera hijab. Jom dapatkan shawl yang lawa lawa sebelum kehabisan stok.
Instagram : @amierahijab
Facebook : hijab.amiera

Open House Petronas @ Mandarin Oriental KL

$
0
0
Si Willy ni kan, ayat nak manis ajer tau. Masa ajak pergi open house petronas pun macam tu...

Orang petronas tu suka betul dengan korang tau. So jadi kan datang this friday 6pm

Pffttttt...
Jumaat lak tu... Sebelah KLCC.
Jem hoi!!!

Dalam hati je bebel, pergi tetap pergi.
Gila ko tak pergi, kalau petronas ajak makan mesti pergi woooo... Mewah!!!
Nak nak pulak, andak dengan filla ada. Lagi la syiok..

Filla, nak pergi tak makan-makan petronas ni?
Kat mana?
Mandarin oriental
Mandarin!!! wahhhhhhhhhhh kena pergi wey, makan best...

Tu filla, kalau ajak makan hotel best terus setuju, hahahaha...

Aku stuck dekat jalan tun razak sampai sejam. Sakittttttttttttt hati.
Wpon bukan aku yang drive tetap sakitttttttttttttt hati.
Filla yang jauh rumahnya pun boleh sampai dulu dari kitorang yang dokek rumahnya.
Biasalah kan, orang dekat memang sampai paling lambat. hik hok hik hok...

Muka tengah mengumpat, hahaha...

Sedap memang...

Masalah besor ni, skang giler minum tea tarik...
not good not good.
Tapi sedappppppppppppp, nak buat cammane eh...

Kakak dan adik.
Sebbaik orang petronas hari tu cakap, ok saya ingat. Awak adik, dia kakak.
Hahahahahahaha...
Pandai menjaga hati i...
Kalau tak nak menangis membawa diri. Tak pun telan collagen banyak-banyak.

Sukanya gambar ni, sebab aku nampak tinggi dari andak.
Jarang jarang terjadi ni, hahaha...

 Andak.filla.ceera

Perut dah kenyang... Jom balik.

Terima kasih petronas, sebab jemput kami ke open house petronas yang sangat best gilang gemilang, makanan best best, tempat osem dan best nak chill. Amboi pujian.
Pesanan akhir : Lain kali ajak lagi...
Hehehe...

Love: Ceera =P

- Ads -

Miracle Muslimah Refreshing Spray merupakan produk yang berasaskan minyak kelapa dara (VCO) dan formula khas dari MARDI Serdang yang membantu anda yang mempunyai masalah :
1. Keguguran rambut
2. Kegatalan kulit kepala
3. Kelemumur
4. Sering sakit kepala & migrain
5. Rimas dan kurang selesa bila terlalu lama bertudung.

Hanya serendah RM 9.90 sahaja untuk Trial Pack. Khas untuk pembaca blog c33ram00n, diskaun 50% diberikan. Sah sehingga 30 september sahaja.
Agent amat dialu-alukan dengan modal hanya serendah RM 200 dan diberi stok dan FREE MARKETING.

Facebook Page : www.facebook.com/MiracleMuslimah
Instagram : @miraclemuslimah 
Website : www.miraclemuslimah.com
SMS : " Saya nak diskaun 50% & masalah rambut anda ke 01112555749
No h/p : 013 936 4676 & 019 287 0861

ESCAPE - Dunia hiburan alaf baru

$
0
0
Hari tu, aku ada pergi pelancaran Eccape dengan Celcom.
Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.
Yang tu, aku buat entry lain. Entry bergambar saja aci???
Ala, yang ahkak jumpa rosyam nor tu, ehek ehek... masih teringat ingat sampai skang...

Entry ini, aku nak cakap pasal apa itu ESCAPE?
Aku masa mula-mula dengar pun, blur jugak...
Apakah escape?
Bila dah diterangkan baru macam oooooooooooooo... baru ku tahu. Baru ku faham. Dasyat betul Celcom dah ada escape... Siapa yang guna Celcom, untunglahhhh... boleh dapat ber escape, siapa tak guna celcom, apo nak dikato. Marilah guna Celcom...

www.ESCnow.com
Click kalau nak tahu apa itu ESCAPE.

Escape ni secara ringkasnya adalah dunia hiburan alaf baru.
Sekarang kat mana-mana ko dah boleh berescape, dengan erti kata lain, dah boleh nonton movie.
Kat dalam kereta, masa otw nak ke opis, dalam tandas kahkah, dalam bilik meeting ops di mana-mana sahaja...

Caranya, mudah sahaja.
Kena register dulu dengan Escape.
Bab register masing-masing pandai kot.
Macam biasalah dia akan mintak nama, username, password dan paling penting no tel CELCOM.

Nampak tak?
Only Celcom customers can enjoy full access to escape.


Nanti akan dapat sms untuk code, dan terus enter code dalam webiste dan send.

Dan lepas tu, pepandai la memasing kan. Kena validate dulu email segala bagai. Baru boleh sign in masuk ke dalam ESCAPE.

Tahniah Ceera, anda pengguna ESCAPE sekarang.
Boleh la tengok filem gangster 2 kat tepon ajer, wohoOoooo...
Ok bila nak keluar tu???

Macam-macam movie ada...
Kdrama pun ada. Sukala penggemar Kpop macam ini...
Tu cerita the little nyonya tu best okey.
Dulu aku tengok kat tv. Sanggup menunggu setiap hari. Ni kalau tengok kat sini, tak perlu tunggu esok. Boleh tengok direct sampai lebam...

So kalau korang nak tahu, ada lebih 500 filem di mana anda hanya perlu bayar 80 sen sejam untuk tonton...
Ada macam-macam filem aksi, seram, drama, Konsert, and red carpet pun ada...
Paling best, streaming dia memang tak sangkut sangkut...
Boleh pause, forward, rewind dengan sesukati. Dan imej dijamin high resolution.

Boleh dload app ecsnow kat telefon masing-masing...
Dan juga boleh ditonton di pc/laptop kalau kat rumah.
Dah tak payah nak dload dah. Boleh tengok terus. Tak payah tunggu sesaat pun, itu yang paling penting.

So apa lagi. Mari Escape bersama dengan saya.
Register now di www.ESCnow.com

Love: Ceera =P

Gambar di Event Escape

$
0
0
Bila up entry ESCAPE, baru teringat yang aku tak update pun lagi pasal event escape itu hari, hahaha... Filla, jangan menganjing aku ye... >___<
So, mari menjaja gambar...
Rugi pulak kalau tak buat entry. Gambar dah macam orang gila ambil. Takkan tak letak sekeping pon. Siap si tian chad kasik gambar lagi, haihhhh lawo. Jadi kena update la jugak...

Saya dengan kak filla, hehehehe...
Sampai awal kot, lepas tu... apa kita nak buat ni filla???
Tetiba nampak pulak artis, lepas tu masing masing malu nak pi ambil gambar.
Aku tolak ko, ko tolak aku.
Haihhhhhhhhh, dua2 perasan artis kan, tu yang malu nak approach orang ambil gambar tu, hahaha

Disebabkan kemain malu, kita ambil gambar dengan artis biasa-biasa je la.
Haha..
Tapi ini taiko woooooooo, abang besar kawasan ni...

Gangster makan kacang...

Yana samsudin bukan artis biasa. Ini pelakon filem wanita popular.
Kurus dah dia, dulu aku jumpa kat wedding kawan ciput berisi sikit.

Ambil gambar kat sini dulu sebelum masuk ke dalam dewan...

 
Best gile mus nyanyi...

 
 Makan adalah sedappppppppppp...

Busy nau kakak korang tu.

 
Kak siti, sampai hati u balik awal.
Saya tak sempat nak ambil gambar duckface dengan awak tau.
Baru bercita cita sekali eh hilang, pfffttt..
Tak apa la. Ada rezeki kita bertemu lagi.
Kak siti., awak sangat cantik, kurus, peramah, suka senyum arghhh saya minat gila kat awak sampai hujung nyawa, gitu, hahaha...


Kesian aku, hahaha..

Terlalu comel, jadi kena letak semua, hahahaha...
Filla.Ceera.TianChad

Come escape with me.
Tapi gaya macam nak hi5kan orang je.
Salah gaya tangan daaaa...
Ni aku dengan filla punya jakun, tu yang ambil kemain banyak gambar kat sini, hahaha...
Orang kampung, tu yang manjang jakun tu, kahkah...

Love : Ceera =P

- Ads -

Siapa pengguna Maixara, ni nak bagitau. Kalau beli Maixara dengan nisa sebab kang nanti dia bagi free gifts yang comel comel macam kat atas nie.
Lepas tu kepada sesiapa yang meniaga apa-apa ajer la, yang tercari cari barang untuk di jadikan free gifts kat customers atau wedding dan seangkatan dengannya. Boleh beli borong kat nisa... Tak payah susah susah berjalan cari barang, beli je online terus sampai depan rumah...

Facebook : Doorgift
Facebook : Maixara PROMO
Tel : 012-2106774 / 010-2855905
Email : galleria1001@gmail.com

Cukur jambul YunnanSB #sepetkahwin

$
0
0
Dah setahun, dah berlari. Baru nak buat cukur jambul kan, hehehe...
Aku sebenarnya, taknak buat pon. Plan asal nak buat aqiqah untuk yunnan je, sebab dah alang-alang buat kenduri, kita tumbangkan la sekali 2 ekor kambing. Sekali mak cakap nak panggil orang datang marhaban sebab pagi tu konon nak buat katam quran sekali.

Ko nak buat cukur jambul anak ko tak tam?
Kalau tak buat takpe ke mak... #sumpahmalas
Mak dah panggil orang marhaban. Takpe, selit je anak ko nanti. Nak buat buai tak?
Tak nak la buai-buai mak... yunnan tu dah setahun, mana reti nak duduk elok elok dalam buai..

Anak aku dah 2 kali jatuh buai.
'Baik' sangat...

Pastu mak aku cakap, kesiannnnnnn anak ko takde buai buai kan. Takde kenangan dia.
Dalam hati aku, apa nak dikesiankannya pon tak tau lah... tu berlambak gambar yunnan aku amik time dalam buai, kahkahkah.. ok tak kelakar.

Lepas tu tetiba katam quran tak jadi.
Dah tetiba pagi tu jadi aku punya majlis sensorang plak.
Cis betul...

Kambing golek masa malam berinai.
Lupa pulak aku nak citer kat entry malam berinai tu...
Sedap sebab guna kambing biri biri...
Ciput risau betul dia kalau kambing ni berlebih-lebih.
Aku cakap, takde makna nak berlebih lebih. Tak cukup lagi ada sebab sekor ni pun kat family aku dah licin...

Sekor lagi kitorang pilih kambing kampung paling hemsem.
Itu buat masak kari untuk hari kenduri. Alhamdulillah, sedap dan licin. Tu nanti aku tunjuk kat entry sanding sepet. Haishhhhhhhhh, nanti la nextweek aku up entry sanding zackU. Malas gila nak resize and watermark gambar.

Ini keek korban. Siapa tak kuat semangat jangan tengok. Sebab aku masa ambil keek ni pun aku toleh tempat lain, haha..


Daddy dah hemsem dengan baju melayu
Yunnan pulak dah comel dengan jubah.
Jumaat malam tu, aku pi lari jap ke aeon cari jubah yunnan. Lupa langsung pasal baju cukur jambul dia. Sibuk kan baju sendiri, baju anak dilupakan, hahaha dasar mak ko ni yunnan.
Sebbaik jumpa jubah dengan sap sap soi, itu pun atas bantuan member FB. Dah tu, aku memekak memekak kat FB tanya kat mana nak cari jubah budak, sebbaik ada yang jawab. Kalau tak nangis ahkak...

Wedding zackU je la abang-abang aku boleh berbaju melayu macam ni.
Wedding adik badik lain, jangan harap. Tshirt cukup, sebab masing masing bz bagai nak gila.

Mia si pembuli...

Suka la yunnan, atuk atuk yang marhaban. Elok diam je dia kat situ.
Kan kalau marhaban dia punya bacaan mendayu dayu kan. Bila part hujung memang panjang la dayu tu. si yunnan pun tak nak kalah ni, dia pun menjerit sekali bila part hujung tu.

 Tu tengah menyanyi la tu, hahahaha...

Dari cucu 1st sampai cucu ke berapa eh ni, gini je la rupa bekas untuk cukur jambulnya, hahaha...
Bunga mesti bunga kertas luar rumah... takkan pernah ada yang berubah.

Haishoooo lupa sangat nak ambil gambar yunnan sensorang dengan jubah.
Ingatkan ada. Sekali bila belek gambar takde pulak.

Anak aku dah la rambut sedehhhhhhhhhhh, kesian atuk atuk ni nak menggunting...
Dah semua pun takut takut nak gunting. Terkecik kecik mata memasing nak gunting...

Lepas tu ada sorang pakcik tu baca baca la doa kat telinga yunnan, elok je mamat ni landing kepala dia kat muka pakcik tu, hahaha... Yunnan kalau dah suka orang, mesti dia akan landing kepala dia nak tunjuk manja.

So sepanjang sesi mencukur, semuanya sukses... tak menangis tak apa. Happy je.
Dan alhamdulllah. Semua selesai. Bahagian anak dah setel. Senang hati.

Love : Ceera =P

- Ads -

Marshmallow halfmoon shawl ni dari puteri hijab.
Facebook : Puteri Hijab
Instagram : @puteri_hijab

Sekarang puteri hijab tengah bagi 20% off pada semua shawl yang masih available. (12 sept - 16 sept)
Lagi best, sesiapa yang bagitau dia adalah readers dari ceeramoon, akan dapat lagi 5%.
Apa tunggu lagi, jom shopping kat puteri hijab, semua shawl cantik cantik dan memang tak akan mengecewakan anda...

Love: Ceera =P
Viewing all 187 articles
Browse latest View live