Quantcast
Channel: Ceeramoon
Viewing all articles
Browse latest Browse all 187

Kembali 18, puiiii...

$
0
0
Kenangan bersama rambut panjang.
Pertama kali rambut panjang sampai macam ni sekali. Selalu takat dada je lepas tu mesti potong. Ini dah sampai pusat okey, sampai aku pun naik rimas. Asal nak kasik yunnan kuih je mesti dengan rambut-rambut pun masuk dalam mulut yunnan...

Dan bila ko dah stat rimas, nak urus rambut pun dah malas.
Dulu, kalau keluar rajin jugak la nak curlkan ke, ironkan ke. La ni, kuasa sudah. Kalau tak sanggul, ku ikat tinggi saje... Dan tetiba, nak mekap pun malas. Sebab rambut punya pasal, kahkahkah. Ada kaitan okey.

>_<

Kenangan ciput bersama rambut.
Ye, ciput pun potong pendek jugak... Kira ini la rambut dia yang paling panjang bila dengan aku. Aku pun kesian tengok dia merimas dengan rambut. So kitorang buat perjanjian, lepas 100 hari kita potong la, bahahahaha... *ayat tersirat*

Balik dari cyberjaya, sampai rumah bila anak-anak tidur, aku larik kejap pergi salon dekat dengan rumah. Masuk-masuk je terus cakap, moiiiiiiiii kasik potong pendek...

Pendek mana?
Paras bahu
Oh saya ingat mahu pendek betul.
Eh tak tak...

Ku tak confident sebenarnya nak potong pendek betul.
Pernah la dulu potong ala tomboi. Masa bujang dulu. Tapi skang, terima kasih aje la... paling paling pun potong bawah telinga aje. Dan sebenarnya nak jugak potong bawah telinga, tapi takut rambut aku tak sesuai pulak buat macam tu, kang kembang setaman kang. Nangis aku hari-hari depan cermin....

Kepala ahkak sudah ringan, yabedabedu...
Potongan adalah seperti biasa. Ahkak tak reti potong fesyen-fesyen ni. Yang aku tau, bila pergi salon, cakap... potong pendek. Bila dia tanya macammana gaya? ikut suka u, hahahaha...

Ciput potong hari lain. Indian barber sudah. Murah pun murah... style pun style...
Bila ciput dah potong pendek, elok mama daddy tengok, dua-dua terus bersyukur, kahkahkah. Rimas benar dorang menengok anak dorang rambut panjang. Lepas tu bila mak aku tengok, terus puji hemsem hemsem..

Eh mesti la hemsem, tengok la suami siapa... =P

Ok, ada beberapa orang tanya tips rambut.
Sebenarnya, rambut aku takde la sihat sangat. Tapi ok la dari dulu, kalau dulu rambut aku lagi sedehhhhh... cepat rosak, gugur bla bla bla. Sekarang, alhamdulillah... ok. Gugur pun dah tak. Standed la gugur bila sikat. Tapi takde la sekali sikat sampai berpuluh helai yang gugur. Kalau mandi cuci rambut pun, dah takde menggugur sangat...

Hihi, macam kelakor nak bagi tips rambut, sebab macam salah orang ko tanya. Tapi ini yang aku tahu, aku share la ye...
  1. Jangan cuci rambut dengan air suam. Sila guna air yang sejuk. Itu sebab kalau ko pergi salon, dorang cuci rambut ko dengan air sejuk. Tapi ada salon yang akan tanya, nak cuci dengan air sejuk ke suam, sebab setengah orang mintak suam sebab yang tu gediks tak biasa kena air sejuk kot, bahahahaha.... padahal dia tak tahu, elok lagi rambut dicuci dengan air sejuk.
  2. Pakai la conditioner lepas shampoo tu. Tapi kalau pakai, jangan pakai sampai kena akar rambut. Pakai hujung-hujung rambut cukup la. Sebab kalau ko pakai sampai akar, macam ko shampoo rambut, dikuatiri berminyak kepala ko. tu yang bawak kepada gugur rambut tu.
  3. Kerap tukar shampoo. Ini tips aku pernah dengar dari cheryl samad. Ko tengok rambut dia, cantik gila kan. Itu la tips dia. Katanya, dia kerap tukar shampoo 3 bulan sekali. Kira 3 bulan ni guna dove, 3 bulan akan datang guna sunsilk, lepas tu loreal dan lain lain. Sebab eh, dia kata rambut kita kalau pakai satu shampoo je takut dah lali, bila tukar shampoo lain baru macam ada perasaan lain pulak. Ish aku nak terangkan pun tak tahu, tapi begitu la. Harap ko paham.. Macam aku, aku tengah pakai dove. Bila dah pakai dove rasa macam syiok, malas pulak nak tukar ke shampoo lain. Tapi kalau dah boring kang nak try pakai loreal pulak.
  4. Pakai treatment rambut seminggu sekali. Ini aku baru nak start. Baru 3 kali pakai. Nak buat kat saloon malas, jadi buat sendiri ajer la. sambil lepak depan tv sambil bagi vitamin kat rambut. Lepas setengah jam kang cuci lah..
  5. Kalau selalu pakai iron, pakai la minyak rambut jenis yang apa eh kita panggil tu. Adoiyaiiiiiiiii... tapi saloon selalu pakai. Bila pakai je, lembut je rambut ko... 
  6. Shampoo la rambut selalu. Tapi jangan la hari-hari. 3 hari sekali pun ok.
  7. Jangan sikat lepas shampoo. Tapi aku sikatkan je, haha....
Ok tu je yang aku tahu.
Sebenarnya ikut kerajinan jugak kan. Ada setengah orang risau risau rambut menggugur, tapi apa pun tak buat... bz kononnya, hehehe...

Okbai.

Love: Ceera =P

Viewing all articles
Browse latest Browse all 187

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.