Quantcast
Channel: Ceeramoon
Viewing all 187 articles
Browse latest View live

Pertama: FRIM

$
0
0
Aktiviti laki bini yang baru adalah hiking... =)
Seronok ciput bila bini dia sendiri yang requested nak daki bukit gunung segala. Kalau tak, dia ajak jalan-jalan taman pun bini dia bagi seribu satu alasan sebab malas nak keluarkan peluh katanyeeee, hahaha...

Actually, aku ni bukanlah suka buat aktiviti outdoor sangat.
Dari duluuu lagi. Dari sekolah menengah lagi.
Sekolah dulu, aku manade masuk sukan bagai. Pakaian seragam pun tidak sebab aku tak suka nak kena kawad segala bagai. Nanti hitam.
Dah la memang kulit ni tak berapa nak cerah dulu. Kang kalau berjemur-jemur lagi la bertambah tak cerah kulit aku...

Tapi masuk U, masa semester awal. Aku masuk kelab daki gunung ni la.
Tapi sekali je aku join. Yang seterusnya aku tak join sebab aku rasa renyah sangat kena tidur-tidur khemah ni. Eeeeeeeeeeee tak suka. Nak mandi susah, nak kencing susah, berak apatah lagi. Kalau tetiba period aaa canner? nak buang pad celah mana? kang buang merata ada pulak hantu ikut balik rumah pulak...uuuuiiii  takuit.

Aku benci bab tidur-tidur ni la. Bab hiking semua ku suka.. cuma ye la, dulu kalau ikut masuk hutan wajib tidur hutan jadi ku malas nak ikut. Tidur bilik lagi bagus. Ken..

Disebabkan itu, aku dah tak buat dah aktiviti outdoor. jadi sem 3 aku kena campak kolej lain. Tak aktif, kahkah... padan muka haku....

Ok berbalik kepada kisah hiking...
Sebenarnya, semangat membara-bara aku ni datang dari sebelum yunnan keluar.
Dari aku belum mengandungkan yunnan lagi.
Aku tengok tv cerita apa entah, tapi pasal cuti-cuti malaysia tu. Pasal MAS bawak pemenang-pemenang contest dorang ke tempat yang dorang nak tu. Ada sorang ni, dapat pergi kinabalu. Tengok pengalaman dia naik kinabalu. Lepas tu tengok dia lepak kat puncak tu terus macam bestnya bestnyaaaaaaaaaa... Nak naik jugak, nak naik nak naik!!!

Bila ciput balik terus aku cakap ke dia.
B jom naik kinabalu.
Ayang ni kenapa tiba tiba?
Saja je, jom ahhhh...
Boleh. Tapi ayang kena fit dulu kalau nak naik kinabalu. Kalau tak fit nanti kecundang di tengah jalan...
Jom ahhh jog...

Mampos semangat lebih. Tetiba bulan depannya dah mengandung, bahahaha..
Siap dah plan dengan manjers nak pergi naik gunung dato' sekali apaaaaaa pon tak boleh.
Walaupun begitu, bersyukur lah sekarang yunnan dah ada depan mata.
Jadi marilah kita merialisasikan impian yang belum terlaksana.

Bila yunnan dah besar sikit apa lagi. Marilah kita naik bukit yang rendah-rendah dulu. Carik yang dekat-dekat dengan rumah. Kalau rasa boleh blaaaaaaa... baru kita naik gunung yang up up sikit. Tapi yang pasti ku taknak tidur dalam hutan. Takat pergi pagi balik tengahari ok. Pegi pagi balik petang. But no tidur semalamam dua malam. Tak sanggup...

Kinabalu takpe. Tempat tidur dia selesa, kahkah...

So frim adalah tempat pertama yang kitorang jejak.
Dah pergi sekali hari tu, tapi tu untuk projek samsung galaxy camera *soon*
Jadi kita pergi lagi sekali, sebab yang hari tu pergi tak pergi ke jambatang gantung. Yang ni kesana la kite...

Perempuan semangat lebih, hahaha...

500m je nak ke atas, elehhhhhhhhhhh sap sap soi...

 
Tengok bontot ciput dulu...

Ok skang tengok bontot aku pulak.
Jalan macam nak melayang-layang, hahaha...

Berehat sebentar...

 Ambik gambor dulu...

Mari sambung perjalanan.

Dah sampai. Phewwww...
Ciput pakai kasut getah je. Dia memang naik gunung pakai kasut ni. Senang katanya. 10hinggit je beli. Lepas tu skang nak berkebun kat luar rumah pun dia pakai kasut ini jugok...

Elok sampai, aku macam kepeningan sikit. Mungkin sebab naik naik naik tanpa henti. Lepas tu baru proses dah seronok naik naik naik, tetiba kena berhenti dah. Dari jantung laju laju, terus jantung slowdown semula. Tu yang pengudaraan macam jadi terumbang ambing kejap...

Baru 500m uols...
Tu sebab kalau nak daki gunung tinggi kita kena fit. Takut jadi benda lain pulak..
Kawan ciput baru-baru ni meninggal kat gunung tahan... tak tahu dah sampai puncak ke belum. Tapi sebab sesak nafas meninggal... kitorang dapat tahu terus terpinga-pinga. Ciput kata dia baru sms ciput nak pinjam beg sebab nak naik tahan, tetiba member call bagitau arwah meninggal di sana. Innalillah...

Ok lupakan...

Kali kedua naik jambatan gantung.
Pertama dulu time form 4 tak salah, ke form 5 entah.
Perasaan takut sama seperti dulu. Tapi jalan tetap laju, hahaha... ko jalan pelan lagi takut wat... baik jalan laju. Atleast kalau jadi apa-apa aku dah lari laju-laju, hahaha...

 
 info

Berhenti sebentar sebelum memulakan lagi perjalanan yang menyeramkan.
Muka aku adalah muka mintak lempang.

kami.

 Suamiku...

try jugak taknak pegang tepi, tapi terhayun-hayun ku rasa...
Jambatan ni dia guna tangga bomba tu ajer ok. Kalau ko tengok tangga tu macammana dia letak bila dah penghujung mesti ko akan cakap, perghhhhhhhh macam ni je ko letak tangga? hahaha..
Tapi sebab ada tali tali kuat yang mengikat. Insy tak jatuh.

Ok, setel canopy walk. Jom kita turun lepas tu pergi ke wow sport.

Nampak tak wownye di mana???
tu atas tu.. takpe, nanti video projek samsung siap ku tunjuk...
Jangan risau, kami tak buat apa-apa pun. Hahaha... banyak nyamuk kot area sini...

Nak tunjuk taf konon, hahaha...

Lepas ni kita naik bukit lain pulak. Tak sabor...

Love: Ceera
 

Dah angkat bontot

$
0
0

Tapi masih belum berjaya melangkah. Hari tu banyak mengesot ke belakang. Now dah banyak mengesot ke depan. Dia main lompatkan diri dia je ke depan. Ada masa tu terhantuk kat kaki sofa. Entah macammana entah... tahu tahu dah menangis haha...

Sikit lagi merangkak la ni.
Kalau ikut keisha dulu. Dia pandai duduk dulu baru angkat bontot. And memang langsung tak ada fasa merangkak. Yang dia tahu duduk, mengesot dan tetiba dah berjalan.

Mungkin yunnan bakal berbeza dari dari kakak dia. Merasa la aku nak tengok anak merangkak. Hehe...

Ais jagung yang marvelous

$
0
0
Lupa pulak aku nak citer lepas balik dari frim hari tu aku singgah makan kat kedai maktim, pekena ais jagung dia yang marvelous..
Pergh.... sedap nak mamp ok ais jagung dia. Terbaik dari ladang.
Ni dah teringat-ingat, aaaa canner? dah la jauh dari rumah, pffftttt...

Gaya sedang menikmati kenikmatannya.
Nak pulak tengah panas ken, dapat sedut air sejuk macam ni. Terasa di awang-awangan terus.

Tu dia ais jagung sebelum di kacau.
Berapa hinggit aku sudah lupa. Tapi murah je la. Kalau ko tamak, ko mintak bungkus. Memang banyak dan puas minum. Confirm buncit lepas tu.

Aku pernah je buat entry pasal mak tim ni.
Jap ku bagi link, Click SINI
Tapi lama sudah la, tahun 2008.
Lepas tu kalau lepak makan sini pun takde dah buat entry. Kuasa sudah.
Tapi hari tu perasan JJCM ada datang sini shoot, terus terasa-terasa dia punya nasi beriani..
Nasi beriani sini sedap. Dah la sedap, banyak gileh! dah la banyak gileh... murah kot. RM10 je untuk semua jenis nasi beriani. Mana nak carik nasik beriani rm10 kat kl ni skang. Nasi beriani yang kat tesco tu pun RM17 ke berapa entah. Nama kedai ku lupa. Tapi situ pun sedap, cuma mahal sikit la... Sini pun sedap gak, yang penting banyak dan murah, hehe..

Ciput order kambing macam biasa.
Aku pulak order ayam masak merah.
Terus feeling makan nasik kenduri, kahkah...
Habis licin okey.
Lepas tu terorder tauhu bakar. Sebenarnya dah cakap takmo, orang tu salah dengar kot. Dia bagi jugak. Pfffttt... nak taknak kena habiskan jugak. Kang membazior tak pasal-pasal.
Tauhu bakar dia kureng, jadi jangan beli. Hahaha.. sokahati...

Gambar penutup entry

Lokasi Mak Tim: di bulatan keramat
Tutup hari isnin.

Okbai...

Love: Ceera

Projek hari ini #6 - bikin passport Yunnan

$
0
0
Pukul 6.30 pagi aku dah bangun. Tapi jam 7.45am baru keluar rumah hihi. Sampai imegresen putrajaya dalam jam 8am. Time tu jugak la baru terhegeh-hegeh nak ambil gambar bagai. Photostet ic and surat beranak pun time tu jugak ken... merasa la ko tunggu setengah jam je semata-mata untuk itu. Sebab yang kerja amik gambar and photostat tu sorang je. Pfffttr..

Setel...
Beratur nak ambil no pulak. Tang beratur yang rasa nak nangis. Lama gilerrrrrr... apa yang lama sangat pun ku tak tahu. Turn aku ambil no takde pulak stuck sampai seploh minit.

Ko kalau nak ambil no pls jangan tanya macam-macam. Make sure ic dah photostat, gambar passport ada sekeping. Borang tak payah isi pun takpe. Kalau buat untuk budak, surat beranak pun kena photostat. Kalau semua tu takde. Jangan beratur. Aku lempang kang...


Disebabkan buat untuk yunnan. Umur 2 tahun ke bawah. Dapat la lane khas. Yahooooo...

Mummy dan yunnan

.
tiheeeee... baru ambil no. Terus pergi kaunter. Terbaik.  Tapi kalau normal lane. Menangis gak nak kena tunggu.


Tepat jam 11 siap!
Rm150 untuk 5tahun.
Boleh la kita satu family bercuti kat oversea lepas ni. Hehe...

Love: Ceera

Pengaruh mummy #8

$
0
0

Selalu sangat tengok aku tidurkan yunnan henjut henjut macamnie. Dah dia pun nak ikut henjut bebear macam ni jugak. Siap nyanyi... *allah huma allah huma* hahahaha...

Lagu sebenar - lailahaill allah muhammad rasulullah

Love: Ceera =P

Bila abah join wasap

$
0
0

Why u sooo funny abah...
Terus ceria wasap family noh dengan adanya abah. Lawak sangat. Apa je abah tulis mesti kitorang nak gelak.
Tapi lepas ni takleh ngumpat ngumpat lucah lucah la ye. Tu kita cerita kat group lain. Kahkah...

Love: Ceera =P

Sembang jumaat

$
0
0

Minggu ni betul-betul mencabar tenaga aku lah.
Anak kecik ku flu jadi dia punya meragam, masyaAllah... sungguh mengetapkan bibir, haha...
Ko bayangkan dua hari aku tido duduk. Pffftttt... Takde la sepanjang malam tu tidur duduk. Ada la jugak dapat baring baring, cuma tu la kejap kejap bangun sebab yunnan dah menjerit tak selesa. Waaaaaaaaaaa...
Anak ke 2 ni challenging sikit. Tak susah ye, tapi mencabar je kalau nak dibanding dengan keisha.

Keisha dulu demam pun tidur elok je dia tidur.
Aku pun selalu je cukup tidur dulu. Bukan je cukup, kekadang terlebih tidur.
Bila yunnan ada ni baru aku rasa, yeeee jaga anak ni memang besar tanggungjawab dia. Jadi harus banyak bersabar.
Selalunya kata-kata positive dalam diri aku bila rasa macam nak nangis penat adalah = amanah Allah anak-anak ni. Takat anak buat hal sikit, apa ada hal... bondo kocik yo...

Terus kembali ceria.

Tapi sejak anak dua ni. Ciput banyak sangat membantu.
Dia dah rajin sangat sangat sangat jaga anak.
Dulu pun rajin jugak ye. Aku tak cakap tak. Cuma sekarang ni bertambah rajin.
Kalau dulu, ciput ambil part sikit je untuk jaga anak. Sekarang ni aku rasa dia dah ambil half untuk jaga anak kalau dia ada kat rumah.

Aku kalau ciput sampai je rumah, memang terus aku lanting anak ke dia.
Terutamanya si Yunnan tu, hahaha..
Tapi keisha pun, kalau daddy dia ada... memang nak melekat je dengan daddy.
Lepas tu now kalau menangis, aku marah ke apa ke terus menjerit daddy daddy, haha.. mummy mummy memang dah takde dah. Kalau daddy takde, tetiba oma oma, hahaha...
Dia tahu, kalau dengan mummy memang tak boleh nak di bawak main, tu yang mintak orang lain selamatkan dia...
Tapi keisha dah pandai sebut aku mummy tau...
Dah tak ami, dah tak mi. But mummy. wuuuuuuuuuuu vangga rasanya...

Mula-mula sebut mummy mummy tu kembang je hidung aku.
Tapi ada masa, dia asik termummy mummy, aku pulak rasa macam eeeeeeeeeeee keisha pergi main bole tak? hahaha... dasar sangat mak ko ni keisha.

Kadang-kadang ciput yang tidurkan anak-anak.
Ciput kalau tidurkan Yunnan memang champion. Aku kalau takleh blah sangat, dah penat nyusukan yunnan, dodoikan yunnan tapi masih taknak tidur. Kasik je kat ciput.. 5 minit selepas tu tidur la si yunnan tu. Hebat sangat!!! Kalau kat luar pun, aku bagi ciput je handle yunnan. Kot kat kedai mamak yunnan mengantuk, ciput dukung je terus tidur budak tu. Wahhhhhhhhh suami saya sexy pandai tidurkan anak, tetiba.

Yunnan kan sekarang pandai gelak sangat-sangat...
So kalau ciput balik kerja dia akan sakat-sakat la anak dia, so gelak-gelak la si yunnan.

Ciput: Comel kan yunnan ni yang.
Aku: Cuba B jaga satu hari, tengok comel lagi ke tak.

Hahahahahahaha....
Tu tahap kalau dah penat sangat la tu.
Yunnan kan kalau nangis, masyaAllah. Bergegar iman aku. Tu yang tak nampak comel dah. Tapi kalau baik, comel sangat sangat. Tidur pun comelllllllllllllllll sangat sangat.

Pastu biasanya kalau bertiga kat rumah, ciput kerja. Kakak keisha la yang banyak tolong aku.
Kadang-kadang dia yang tengok-tengokkan yunnan. Kalau aku malas nak layan yunnan, dia la yang layan. Kalau yunnan nangis, nanti dia kasik mainan kat yunnan suruh jangan nangis, oloh oloh oloh... baik sangat hati kakak. Terharu mummy...
Terima kasih kakak sebab tolong mummy jaga adik. Kakak dah besar sangat mummy tengok. Kita akan perasan anak kita dah besar bila kita bagi dia adik. Selagi tak bagi dia adik selagi tu kita rasa dia kecik. So sila bagi anak korang adik lagi ye, hahaha...

Hoiiiiihhh rumah aku ni tak terurus dah aku tengok.
Macam sekarang aku tengah update blog.
Keisha tengah main apa entah tapi jap jap datang ke aku cakap entah hape benda yang aku kena iye kan. Kalau tak iyekan selagi tu dia membebel bebel guna bahasa dia. Pffftttt..
Yunnan pulak tengah tido.
Aku tak masak lagi!
Rumah bersepah!!!!
Baju banyak tak berlipat...

Takpe, lepas update ni aku nak kemas rumah jap.
Lauk ku panaskan yang kelmarin punya. Kasik keisha makan. Aku takyah makan takpe. Boleh diet, *mata keatas*

Cukup la kot bercakap pasal anak...
Sebelum yunnan bangun, baik la aku mengakhiri kata... ecehhhh...
Selamat berweken.
Aku balik kg mungkin...

Love: Ceera

Projek hari ini #7 - melawat anak buah baru

$
0
0
Kita ada anak buah baru. Seronot.

Alhamdulillah...
Leena dah selamat melahirkan baby girl semalam jam 5pm di pmc seberat 2.6kg. Hoihhhh tecik sangat.
Mungkin sebab tak cukup 40weeks kot. Tak salah aku leena baru 37 or 38 weeks macam tu. Untung la melahirkab awal. Tak payah nak pam badan lagi hehe...


Baby binti jeppa. Nama belum diketahui lagi.

Muka sama sangat dah kenapa?
Mika dah jadi abang. So jangan nak anje anje hangat.

Oma happy dapat cucu baru.
So dah ada 4 cucu oma. 2 lelaki 2 perempuan.
Perfecto.

Love: Ceera =P

Shopping lite-lite di baby expo klcc

$
0
0
Jumaat 2 minggu lepas aku menghabiskan duit kat baby expo at klcc sana. Semua salah kathy ajak aku pi sana. Aku bukan boleh orang ajak gi shopping. Nanti mula badan ku menggeletek.

Kebetulan ciput baru bagi 100.
Kat purse ada 150.
Tp jangan ko tanya dalam bank ada berapa. Itu tinggal kais pagi makan pagi je tu. Tak sanggup ku nak cucuk tengok balance. Jadi guna jela duit yang ada ditangan untuk shopping walaupun sebenar macam derrr cukup ke ni. Macam banyak je ku nak beli. *juling mata*

Belikan cheongsam untuk keisha.
Sebab - hanya rm10.
Aku beli warna biru.

Hari jumaat jd tak berapa sesak sangat but still sesak. Orang malaysia bukan boleh ada xpo ni. Kalau kerja pun sanggup cuti semata mata kerana mu xpo.

Beli makanan untuk yunnan.
Dapat mak pemalas. Begini la jadinya haha...

kerjaya baru yana...
Tolong kakak dia bukak butik dynas kat setia city mall.
So uols kalau rajin pi sana boleh la jenguk jenguk manjer I.

Cantik gak carrier ni. Aku nak beli baru untuk yunnan. Tapi tak tahu nak beli brand apa. Sedang berfikir fikir.

jom lepak makan. Lapar kot.

Posing dgn makanan adalah satu kewajipan.

Lepas tu masuk toilet jumpa cermin besar. Dah parkinson masing masing nak bergambar depan cermin. Aku kena duk paling belakang untuk nampak paling kurus.
Pandai tak strategi ahkak menipu mata korang.
Bahahaha...

Lepas tu aku soping sat dalam klcc.
Yana sambung kerja
Kathy pulak terus pi kerja. Aku syak minah tu masuk kerja, 5 minit selepas... mesti dah terkocoh balik. Kemain lama dia mengulor hahaha...

Love: Ceera =P

Hai *lambai-lambai*

$
0
0
Woooo... lama sungguh ku tak update blog. Dah macam gaya orang tengah mengandung puloq. Tapi ku tak mengandung ye... walaupun minggu lepas kerap jugak la fening fening loya loya haha... siap cakap kat ciput.

B, ayang ni dah kenapa? Mengandung ker?
Ciput terus buat mata keatas malas nak layan. Hahaha kong ajo...

Sebenarnya hari kamis pagi aku terbang ke hongkong cuti cuti. Pagi tadi jam 1 baru sampai kat rumah. Penat ya hamat. Penat sebab boleh tahan mencabar jugak bawak 2 anak kecil. Tapi syukur keisha sangat senang dijaga mungkin sebab dia tahu adik dia bakal membuli mummy daddy. So dia biarkan tugas membuli itu ke adik saja. Huhu...

So... nanti2 ku update pasal percutian ke disneyland k.



Love: Ceera =P

Si bambam dah pandai duduk

$
0
0
Aci tak kalau aku malas dah nak update perkembangan bulanan yunnan? Aku akan update terus satu satu if ada perkembangan baru yunnan.. baru la entry aku banyak sikit. Kahkah... bukan apa. Takut dok nunggu nunggu sampai bulanan last last lupa dah apa aku nak update. Itu belum tertangguh berminggu minggu nak update. Macam sekarang, yunnan dah 6 bulan ++ pun ku masih tak update pasal dia. Pffftttt..

Idok la bebusy benor. Tapi biasa la aku. Selalu buat buat busy. Kikiki...

So kesah terbaru yunnan adalah...
Sudah pandai duduk.
Dia pandai duduk masa dia cun cun 6 bulan seminggu.
Jap ku check ig jap. Sebab situ update terlaju.
Ops 6 bulan 4 hari.
Pandai angkat bontot sebelum masuk 6 bulan. Lupa bila tapi yang tu aku dah update sini kan. Kena check balik.


Dah macam kakak jugak pandai duduk dulu. Ada ciri ciri tak merangkak kalau macam ni. Huhuhu... tapi kita hanya mengagak. Tuhan yang menentukan. Ewahhhh....

Now. Dah laju gila yunnan duduk.
Kakak kalau yunnan duduk, kemain lagi dia tepuk tangan siap yeayyyy nan pandai duduk. Hehe... kelakor ku tengok. Bagus kakak, bagi semangat kat adik.

Sekarang pun dah pandai mengesot kedepan. Kira dah boleh capai apa saja barang yang dia nak. Nanti yang tu aku ambil video tunjuk kat korang.

Berat last check adalah 8kg.
Semangat.

Makan pun sudah. Alhamdulillah dia ok je makan. Laju je nganga. Tapi ada masa berkerut jugak muka dia kalau makan benda yang rasa pelik. Tapi ku dah pandai sekarang. Tidak memaksa anak makan. Kalau nak makan ku suap. Kalau taknak makan ku tak suap. Senang.
Susu je pon boleh. Sihat jugak ye dak.
Keisha buktinya. Kahkah...

Ok tu je.
Tata titi tutu...

Love: Ceera =P

Pengaruh mummy #9

$
0
0
Keisha ni punya penakut tak tahu la aku  nak cakap macam mana. Tapi kekadang tu boleh tahan bengang jugak la kalau asyik takut takut takut.... pfffttt...
Nak letak ubat kat badan sebab nyamuk pun takut. Orang ramai sikit pun takut. Apakah?


Ok bukan nak citer pasal penakutnya si keisha ni. Tapi biasanya kalau keisha takut. Ayat yang selalu keluar kat aku and ciput adalah...

Keisha takmo takut k.
Mummy ada.
Daddy ada.
Baby nan pun ada...
*usap usap kepala*

So satu hari tu aku tengah menyapu kat luar rumah.
Keisha pun lepak kat luar jugak tolong aku menyapu.
Yunnan pulak kat dlm, aku tutup pagar tak bagi dia keluar. Main ko kat dalam sana.

Yunnan pulak jenis. Asal nampak orang berdiri je mulala sebak tak tentu pasal. Mintak didukung. Jadi histeria la dia kat dalam bila dia nampak aku dengan keisha kat luar. Dia sensorang kat dalam.

Aku masa yunnan mengaji, aku buat dunno je.
Tapi si keisha la yang tak senang hidup dia bila tengok adik dia mengaji. Terus dia pergi ke yunnan yang dah ada kat pagar tu sambil usap usap kepala and cakap.

Kakak ada... kakak ada. Usap usap...

Hehehehe...
So sweet la awak ni keisha.
Terus mummy pun tak sampai hati nak biorkan si yunnan kat dalam... senget senget bahu aku menyapu kat luar sambil dukung yunnan. Gigih sangat romannya.

Kakak yang pandai pujuk adik.

Love: Ceera =P

Nuffnang 6th Birthday Bash

$
0
0
Akhirnya ku update jugak, haha..
Tapi aku jaja gambar je k. Malasssssssssssssss nak cerita...


Malam yang cukup happening.
Mula-mula boleh tahan blur jugak. Dah sejam lepak baru rasa fun...
Nak nak bila dah dapat tempat duduk, terus tak reti nak balik, hahahaha...

Baju aku size M, tu yang nampak macam baju pinjam tu. Pfffttt..
Kisah baju pun macam pffffttt jugak. Beli baju lain, pakai baju lain.
Tak kisah, yang penting tetap gojes, kahkah...

Love: Ceera =P

Amway Nutrilte

$
0
0
Secara kasarnya, ini adalah protein.
Semua pun tahu, protein itu apa dan juga kepentingan protein di dalam badan.
Siapa tak tahu, aku ada terangankan dekat my previous entry. SINI

Jadi hari ni, aku nak cerita pasal benda yang sama. Berkenaan dengan Protein dan Amway Nutrilte.
Harap korang masih setia bersamaku.
Penat okey, ahkak pecah kepala nak karang entry ni. sentap kalau tak baca.

Melihat pada gambar di atas.
Dah tentu itu makanan seharian kita.
Satu hari 3 kali makan, mana mungkin takde sedikit protein pun yang masuk dalam badan ye tak?
Pagi - Nasik lemak
Lunch - Nasik campur. Dalam nasik campur ada ikan/ayam/daging dan sayur.
Malam - Nasik lagi, pffftttt... Pun isi dia sama juga, ikan/ayam/daging dan sayur.

Celah mana tak dapat proteinnya ken, semua makanan yang diambil semuanya ada protein.
Pagi ada telur, tengahari ada sayur dan ikan, malam pun ada sayur kacang dan daging.
Kalau dikira-kira, insy cukup protein yang diambil pada badan dalam sehari.

Aku taknak cerita pung pang pung pang pasal apa yang membentuk protein? Protein dibentuk oleh asid amino bla bla bla. Lepas tu asid amino ada dua, ada asid amino perlu dan asid amino tak perlu. Apa fungsi asid amino perlu, lepas tu keluar pulak nama-nama yang aku nak sebut pun tergeliat lidah... Pffftttt....
Nanti kang, kalau aku cerita panjang lebar tang tu bukan kata ko, dengan aku sendiri pun blur balik. Hoihhhhhhhhhhh aku bencik sains tauk. Jadi bila sebut perkataan ala-ala sains ni, aku jadi alergic. Dah tetiba gatal seluruh badan, hahaha...

Stop disini pasal asid amino.
Kembali kepada kisah protein kita...
Pada entry yang lepas. Aku ada cakap berkenaan dengan Nutrilite All Plant Protein dimana ianya adalah serbuk protein kepada mereka yang kekurangan protein dalam badan.
Disebabkan aku syak yang aku kurang protein sebab sentiasa lesu bila masuk petang, Jadi aku sedang mahu cuba minum ini...
Nutrilte All Plant Protein Powder di mana ia di perbuat daripada tumbuh-tumbuhan
Iaitu dari Soya + Pis + Gandum 

*Protein di dalam soya ada setanding dengan protein yang ada di dalam daging

Kenapa protein yang nak diambil ni hasilnya daripada tumbuh-tumbuhan? Kenapa tidak diambil daripada protein haiwan?
Satu je jawapan yang mudah. Sebab protein haiwan ada banyak lemak. So no no no... Manakala protein tumbuh-tumbuhan pula mempunyai sumber serat dietari yang baik dan umumnya rendah kandungan lemak, terutamanya lemak tepu. Sebab itu, kita pilih untuk ambil protein dari tumbuh-tumbuhan supaya tiada bahan lemak berlebihan yang bakal di ambil. Bila kurang pengambilan lemak, tinggi pengambila protein. Maknanya, bolehla kurus, haha..

Disebabkan Nutrilte ni diperbuat daripada soya, pis dan gandum. Ko pun boleh agak apa rasa dia kan???
Mesti la tidak ada rasa yang sedap disitu... lain la kalau ada campur buah-buahan sekali. But issokay, dunia sekarang semua orang kreatif. Nak bagi sedap kita olahkan ia menjadi sedap. Senang saja...

Ada 450g di dalamya.
Cukup untuk sebulan kalau konsisten minum hari hari.

Rupa didalam seperti tepung. Rasa pun seperti tepung kalau ko bancuh begitu sahaja...

Ini cara saya...

Coklat + sesudu Nutrilite All Plant Protein  + susu + air sejuk.
Kalau nak bagi larut, guna air panas. Tapi selebihnya campur dengan air sejuk. Tapi kalau nak minum panas panas pun tiada siapa yang larang. Sebab protein tu tetap takkan hilang. Ia masih disitu...
Tapi untuk pencairan yang lebih baik, boleh gunakan shaker, atau campuran pertama dengan air sejuk kemudian baru tambahkan dengan air panas.

Aku nak sedap, aku buh dalam petisejuk sat, dan minumm...
Minum laju laju, hahahaha...
Nak protein ke tidok? nak tenaga ke tidok? nak rambut bersinar sinar ke tidok? nak muka berseri-seri ke tidok???
Apa ada hal kalau benda tak sedap sikit pun. Nak cantik punya pasal, sanggup saja...

Tapi sebab iols campur dengan coklat and susu, jadiknya rasa nutrilte tu dihujung-hujung tekak aje. Nanti kita try campur dengan air buah pulak. Pasti lebih sedap....

Resepi lain kalau ada yang mahu cuba.


  • Positrim Dutch Cocoa x 1 pack, All Plant Protein x 1 scoop, Low fat milk x ½ cup, Iced water x 1 cup
  • Positrim Vanilla x 1 pack, Protein Mixed Berries x 1 scoop, Iced water x 1 cup
  • Active 8 Lemon/ Lime x 2 tablespoons, Manuka Honey x 2 teaspoons, Iced water x 2 cups


So, nak guna nutrilite ni ada macam-macam cara. Ikut keselesaan masing-masing.
Kalau nak campur dengan sup pun boleh. Dalam cake pun boleh. atau apa-apa saja resepi kegeraman anda. Nescaya tak jauh beza pun rasa makanan tu kalau dicampurkan dengan nutrilte. Insy sama rasanya... Yang bezanya, proteinnya ada banyakkkkkkkkkk... Ini la yang kita nak. Kan...

Ini adalah positrim. Can google kalau nak tengok rupa sebenar yang lebih cantik. Ia berkhidmat sebagai pengganti makanan yang kita boleh campurkan ia dengan serbuk Nutrilte All Plant Protein.

Secara ringkasnya yang aku boleh aku cakap berkenaan dengan Nutrilte All Plant Protein Powder adalah:
  1. kombinasi asid amino yang ideal untuk memastikan anda sentiasa berasa sihat dan bertenaga.
  2. protein soya, gandum dan pis yang menyihatkan jantung adalah rendah lemak dan bebas kolestrol dan laktosa.
  3. memberikan 8 gram protein berkualiti tinggi setiap sajian.
  4. mempunyai skor asid amino yang diperbetulkan dalam kebolehcernaan protein iaitu satu (PDCAAS = 1) yang bermaksud ia memberikan protein yang berkualiti paling tinggi
Love: Ceera =P

Selamat tinggal semut

$
0
0
Aku kan ada citer yang semut bermaharajalela kat rumah aku. Sampai tahap aku naik stress. Masuk dapur je stress sebab pantang letak makanan, 10 saat lepas tu mesti bala bala tentera semut akan kerumun. Sumpah banyak.
Dah bunuh banyak, tapi yang hidup lagiiii banyak. Aku pun tak tahu celah mana sarangnya. Belah sini ada, belah sinun pun ada... pffftttt...

Paling benci kat tong sampah.
Standed la kan tong sampai, mesti la semua benda dalam tu adalah jijik. Punnnn boleh dia dikerumun oleh semut. Jenis semut apakah ko ini? Jenis semua aku balun kah??? Aaaaa benci...

Lepas aku post entry tu. Ada la 2 3 orang yang komen sajes aku beli itu ini untuk bunuh semut.
Yang sorang ckp beli penyembur serai wangi. Ok kita try yang tu dulu. Carik la kat hero, jumpa. Balik tu terus guna serai wangi untuk lap dapur. Memang wangi dan tengek sikit. Kalau sembur mendalah tu kat semut, serta merta mampos semut semut tu.
Tapi temporary je la. Sebab semut lain akan datang balik. So tak jalan.

Jadi kita try beli ubat semut jenis makan pulak.. 
Elok ciput beli malam tu terus aku tabur mendalah tu kat atas pisang, dan tempat pebret semut. Tabur tabur dan chow balik rumah mama tidur sana. Sehari tinggalkan rumah, lusanya balik... amazing gila, sekor semut pun dah tak jumpa. Bahahaha... dah macam beruk dah aku kegembiraan. Tengok kat lantai, nampak la semua semut dah die die die... hahaha... padan muka ko semut. Itula balasan dia bila bermain di rumah raksaksa yang gojes ini...

Guna sepeket je. Ada lagi 4 peket dalam simpanan. Siap la semut semut yang lain kalau berani datang singgah kat rumah kita.

Ciput beli kat kedai cina.
Dia tanya je. Tokey lu ada jual ubat semut tak... nahhh ini dia kasik... memang terbaik. Harga pun murah.


Indah gila rumah tanpa kehadiran semut... Boleh dah letak makanan atas dapur. Kalau tak ku masak terus simpan dalam oven. Dah macam style orang dolu dolu dah.

Love: Ceera

Tisu itu Kleenex

$
0
0

Sebut saja Kleenex, mesti akan terbayang tisu.
Tisu tandas, tisu lap mulut, tisu di bawa kesana kemari, tisu dalam kereta, tisu kat dapur, tisu ala wipes, semua pun Kleenex ada. Sebab itu, Kleenex diiktirafkan sebagai tisu muka no 1 dalam dunia. Kerana kelembutan tisunya yang mampu membersihkan semua jenis kulit. Manakala setiap helaian tisu pula diperbuat 100% daripada virgin fiber yang berkualiti. Dan yang pasti all packaging adalah cantik dan menarik untuk dibeli...

Tisu dalam kereta dan tisu dalam hbeg.
Ada anak kena sentiasa bawak tisu, kalau tidak padah jadinya.

Bagusnya kleenex sebab terfikir nak buat packaging kecil yang macam ni. Dia boleh fikir apa yang kita fikir.
Kalau tak duluuuuu,  nak carik kotak tisu yang kecil adalah susah. Ko pusing satu supermarket pun belum tentu jumpa...
Lepas tu tisu Kleenex ni tebal. Best!

Baru-baru ini, Kleenex mengeluarkan lagi satu produk baru iaitu Kleenex® Natural 3-ply facial tissues infused with cucumber extract untuk pembersihan semula jadi lembut yang boleh membuatkan kulit berasa lebih segar dan juga tenang.

Baru, dengan cucumber extract.

Kalau mekap jadi messy, just wipe dengan facial tissue dari Kleenex ataupun kadang-kadang hari panas muka melekit-lekit, tisu Kleenex pasti dapat membantu. Mesti lepas tu kulit akan terasa lebih halus, lembut dan juga ringan.

Sempena dengan pelancaran produk baru dari Kleenex. Kleenex ajak semua rakyat Malaysia untuk sertai “Share The Softness with Kleenex®" yang mana program ini di jalankan pada bulan march hingga April. So sesiapa yang ada facebook, boleh pergi ke facebook.com/Kleenex.Malaysia untuk tekan LIKE. Sebelum menyertai program yang dijalankan.
Apa yang perlu anda buat adalah, post and share satu siri heartfelt notes dari halaman fb anda dengan keluarga dan juga rakan-rakan fb. Once dan post and share, anda bakal memenangi relaxing spa experience and Kleenex® Natural facial tissues. Contest ini berlangsung selama lapan minggu dengan hadiah bernilai sehinggan RM24,000 untuk di menangi.

So jangan lepaskan peluang.
Layari facebook.com/kleenex.malaysia sekarang.

Kalau dah menang, jangan lupa kongsi-kongsi dengan i ye, hehehe...

Boleh digunakan di rumah dan di ofis. Lebih tebal dari biasa. Dan lebih lembut dari biasa. Juga boleh dapatkan pack yang kecil untuk kegunaan di luar.

Mana nak beli?
Kat pasaraya ada.
Harga dari RM4.90 hingga RM14.95.
Untuk maklumat lanjut. Sila hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188.

Love: Ceera =P

Berdiri dan merangkak

$
0
0
Paling latest adalah berdiri sendiri dengan kaki sendiri, hehe...
Ini budak kan, sangat cepat tau. Sebijik sebijan macam kakak dia...
Tapi jangan diheran sangat anak aku nie. Anak aku, bab ni memang laju sikit. Bab hujung hujung selow sikit. Contoh, bercakap haha.. ko tengok la keisha, sampai laaaaaaaaaaaa dia cakap sangkut sangkut. Tapi aku ok jeeee... tak kisah pun. Nanti masuk sekolah pandai la dia cakap. Ye dak?


Elok berdiri gembira.
Ketawa kegembiraan sangat!

Eeeeeeeeee cubit pipi baru tahu.
Yunnan dah nampak kurus sikit kan???
Baru baru ni tak sihat. Flu batuk sakit tekak. Mungkin sebab tu la selera makan dia pun dah kurang. Tu yang aku nengok alahai, kurus dah anak mummy. Sian dia...

Berjaya merangkak dari 2 minggu lepas tak salah.
Tapi jenis merangkak duduk merangkak duduk tu la.
And yes, sama jugak macam kakak. Haha... dasar muka sama, semua pun nak sama jugak, pfft...

Bagusnya jenis merangkak dorang ni *read: mengesot
Dorang tak pergi jauh. Dorang akan main keliling aku je.
Lepas tu dorang tak mengutip dan masuk mulut
So kalau rumah sepah pun ku tak risau sangat.
Cuma letih sikit la nak nunggu dia sampai, banyak sangat pit stopnya hahaha...

Selalu pancing remote kalau nak suruh dia datang dekat dengan kita, haha...

Video Yunnan merangkak

Skang tengah popular keek, do follow me kat keek k. Search: ceeramoon. 
Semua latest video ku letak situ, hehehe...

Budak nak masuk 7 bulan nextweek, yeayyyyyyyyyyyy
Cepat betul masa berlalu.

Love: Ceera

Kelebihan soya dalam Nutrilte

$
0
0
Hari ni saya nak jadi cikgu.
Jadi semua perkataan saya akan bertukar menjadi sedikit skema.
Sila serius semasa membaca entry ini. Sesiapa yang perlukan spec sila ambil sekarang, kerana banyak perkataan daripada gambar pada entry kali ini...

So, kita akan berbicara semula berkenaan dengan Nutrilite All Plant Protein.
Kali ini saya tekankan pada kelebihan protein soya dan isoflavon soya dalam Nutrilite All Plant Protein.

Macam yang semua tahu, Nutrilite All Plant Protein Powder adalah diperbuat daripada 3 adunan yang unik iaitu daripada protein soya, pis dan juga gandum. Ia mengambil benda-benda yang baik hanya daripada alam, ditanam dan dipetik dengan meletakkan kesihatan sebagai keutamaan. Oleh itu, tiga adunan tersebut memberikan kombinasi asid amino yang ideal bagi memastikan anda sentiasa berasa sihat dan bertenaga.


Amalkan ambil satu hari sesudu setiap pagi boleh menambahkan 8g protein di dalam badan.

Protein dibentuk daripada asid amino. Apabila protein yang kita makan dicernakan,
ia dipecahkan menjadi asid amino tunggal yang kemudiannya dibentuk semula menjadi protein baru bagi kegunaan tubuh. Asid amino dipecah kepada dua. Asid amino perlu dan asid amino tak perlu. Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak boleh disintesis oleh tubuh manusia. Oleh itu, ia mesti diperoleh daripada diet.

Jadi disini, kita perlukan asid amino perlu dalam badan kita dimana terdapat 9 jenis semuanya.
Ini saya taknak sentuh, panjang sangat!

Yang suka saya nak sentuh adalah berkenaan dengan protein soya.
Sebab saya suka soya. motip sangat, hehe... *eh mana skema ko? ops...

Soya adalah sangat bagus. Ini memang tak dapat nak dinafikan lagi.

Soya adalah makanan ruji di negara-negara Asia selama bertahun-tahun. Protein berkualiti tinggi ini datang dalam tiga bentuk utama iaitu tepung soya, pekatan protein soya dan asingan protein soya yang memberi kefleksibelan yang lebih besar apabila hendak digunakan dalam makanan.

Cuma kat Malaysia ni agak kurang guna soya. Masih guna, tapi kurang.
Tapi air soya, va va sedapppppppppppppp...

Bagaimana protein soya memberikan manfaat kepada kita?
  • Ia adalah protein vegetarian lengkap yang mengandungi semua asid amino perlu untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
  • Minyak kacang soya sebahagian besarnya tidak tepu dan tinggi kandungan asid lemak penting.
  • Alternatif yang bagus untuk mereka yang alah kepada susu atau produk berasaskan susu.
  • Ideal untuk mereka yang mencari pilihan lebih sihat untuk membantu menurunkan lemak dan kolesterol.
  • Ia sungguh berkhasiat dan bukan sahaja kaya dengan protein, tetapi juga vitamin-vitamin B dan isoflavon. Protein soya adalah satu-satunya protein berasaskan tumbuhan yang kualiti proteinnya setanding dengan protein daging, susu dan telu

Kacang soya mengandungi sebatian unik dinamakan isoflavon yang merupakan fitoestrogen iaitu bahan tumbuhan yang serupa dengan hormon wanita, estrogen. Terdapat tiga jenis isoflavon iaitu genistein, daidzein dan glisitein. Asingan protein soya adalah sumber isoflavon yang baik. Satu cawan susu soya biasa mempunyai kira-kira 20 miligram, manakala 1½ cawan tauhu mempunyai 40 miligram.

So why not untuk cuba ambil Nutrilite All Plant Protein Powder bila kita dah nampak ada macam-macam manfaat yang ada padanya...

Kennnn....


Love: Ceera =P

Projek hari ini #8

$
0
0
Tengahari tadi aku ke sini.
Tq daddy sebab sanggup ambil halfday sebab nak hantar aku and anak anak ke sini. Aku dah macam tekad dah nak naik teksi je, sekali bila aku bagitau... terus ciput cakap biar dia hantarkan je.

Ngeh ngeh ngeh. Tak sanggup lettew tengok anak bini naik teksi. Hehe...

Photoshoot untuk magazine pa&ma.
 Untuk ruangan mama cantik katanya...

kakak yang mekapkan saya.
kurussss and anak dah 3 ko. Nak nangis aku tengok kekurusannya.


Sekali sekala mekap tebal kenala ber camwhore lelebih sikit. Hihi...
Ok tu je nak bagitau. Bye bye...

Love: Ceera

Demam keek

$
0
0
Ayoooo sekarang ni asik main keek je sampai blog dengan ig pun dilupakan. Oh twitter memang dah lama aku lupakan. Update kalau ingat je, tak pun update kalau nak bgtau blog dah berupdate. Fb lagi la sedehhhhh, tu pun berupdate pasal ig, kalau tak nan ado jugak ku intai haha... kong ajo sungguh.

Haaa apa itu keek?
Keek tu macam instagram jugak. Cuma ig kita share gambar, tapi keek kita share video 36 saat sajork. Nak lebih lebih sampai 2 7 minit, pergi ko ke youtube sana.

My keek - ceeramoon
Banyak mengarut je. Tp memang semua keek pun mengarut hahaha...

Mula mula perasan si jemah ada acc keek tp buat dunno je. Lepas tu masa lepak dengan manjers, si ayu dok record kitorang sebab nak masuk dalam keek. Dia cakap jom la join keek best manjer... aku pun ok, nanti la. Besoknya tengok si kathy dah bukak acc keek show off kat ig. Eh tak boleh jadi kena ada keek jugak. Terus la aku pun taknak kalah buat keek jugak... hahaha...

Tapi best la. Lepas tu ramai blogger yang bukak keek terus la poyo memasing amik video muka masing masing hahahaha...

Boleh tahan addicted jugak ah. Sikit sikit nak amik video, semua benda kalau boleh nak bagitau dah macam gaya retis romanya... retis tu banyak la jugak aktiviti dia, ada la jugak orang yang nak amik tau. Ko tu duk rumah pon sibuk nak bgtau aktiviti juga hahaha... anak tidur pon nak bgtau. Rasa nak lempang diri sendiri.

Tapi pedulik la. Sendiri jugak nak feeling feeling. Yang penting boleh nak nampak muka horror kalau dalam rumah. Tidak la pose cantik semata mata hahaha...

So siapa takde keek jom berkeek best!

Love: Ceera =P
Viewing all 187 articles
Browse latest View live