Quantcast
Channel: Ceeramoon
Viewing all 187 articles
Browse latest View live

Day 3 part 2 - Hong Kong

$
0
0
Checkout kul 11, terus kitorang zasssss ambil teksi depan hotel. So jangan risau, depan hotel pun berlambak teksi menunggu, cakap je nak teksi nanti munculla teksi di depanmu...

Dalam teksi
Tak tahu nak pergi mana sebenarnya, sebab tak buat research pun sebelum nak ke sini..
Ingatkan takat nak lepak dalam HK Disneyland je. Tetiba flight jam 8 malam, takkan ko nak lepak airpot semata mata. Jadi harus guna masa sebaik yang mungkin ini untuk ronda ronda hongkong...

Memula ambil teksi nak jalan dekat dekat je la kononnya.
Aku pun dah lupa apa nama mall tu.
Kitorang dengan bagasi lagi, sebab member hk cakap mall tu ada tempat simpan bagasi, so ok la.. jalan situ je la... elok teksi blah, masuk mall tanya receptionist boleh tak katanya takde simpan bagasi disitu. Apakah??? Ini adalah kekejaman tahu...

Dengan dua anak, satu stroller, satu beg besar, satu beg kecik. Macamamana nak jalan oi...
Sakit hati betul, ingat duit teksi murah ke nak bayor. Dah tak berbaloi aku rasa sebab macam bayar 2 kali ganda... pfffttttt...
Terus keluar ambil teksi dan straight ke airpot. Simpan bagasi kat airpot lagi bagus.

Setel simpan beg, kitorang pikio nak jalan ke mana pulak...
So pikir punya pikir ke tsim sha tsui la kita, sebab situ katanya kalau nak beli barang designer berlambak... Aku bukan nak beli, nak tengok je...

Mulanya ingatkan dekat je, sekali mahu satu jam daaaaaaa dalam teksi.
Ok tak sampai la satu jam, tapi lamaaaaaaaaaaaaa gila hoi...
Umpama dari airpot kita nak ke klcc...
So duit kitorang banyak habis kat teksi je, coi coi coi...

Dah sampai.
Siapa kaya boleh la beli hbeg kat sini.
Murah sikit dari kl. Murah dalam 200 la macam tu.

Ala ala kat jalan bukit bintang gitu. Ramai orang...
Aku masuk h&m dia tak bernapas. Sumpah ramai. Hilang napsu nak shopping. Memang tak shopping langsung la. Takat jalan jalan je ambil gambar tengok negara orang.

Lapar jadi kita makan mcd saja.
Nasib baik jumpa mcd, kalau tak... tak tahu nak makan apa...

Keisha itu je la pun dia makan...

Muka malas nak layan mummy, hahaha...

Kitorang jalan sana tak sampai sejam. Lepas tu dah macam apa nak buat ni? hahaha...
Kesimpulannya marilah kita ke airpot semula naik teksi...
Ko kalau nak jimat tak payah la naik teksi, naik je dorang punya lrt. Memang murah banyak la. Tapi sebab kitorang ni dengan anak anaknya lagi, jadi pejam mata je bayar duit teksi semua...

Sampai airpot terus lepak kat satu tempat yang tak ramai orang...
Malam tu dalam airplane, yunnan menangis adoiyaiiiiiiiiiiiiiiii, tak tahu nak buat apa dah...
Dah la dia sorang je baby dalam airplane tu...
Waktu tido dia ken, lepas tu tak selesa apa lagi. Memang marah la dia.. Mata pejam, tapi mulut menangis. Ciput bawak jalan jalan sampai kebelakang pun tak jalan. Setengah jam kot dia nangis... last last tersungkur juga tido...

Lepas ni no more airplane tengah malam, tak sangguppp
Tak pun tunggu anak dah besar sikit baru kita terbang lagi.

Sampai kl jam 1 pagi macam tu.
Elok sampai mama and jeppa dah tunggu kitorang...

Perjalanan yang mencabar tapi menyeronokkan...
Tak sabar nak plan cuti cuti kat tempat lain pulak lepas nie...
Oh, kos nak ke HK nanti ku update entry lain. Dan aku ada nak giveaway 2 keping tiket masuk ke HK Disneyland... terlebih lebih pulak... Siapa yang confirm nak ke sana je aku bagi tiket tu okey...
Tungguuuuuuuuuu

Love: Ceera

Jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia GE13

$
0
0
Aku dan zackU di hari mengundi...

Nampakkan keceriaan dia muka kami.
Muka orang pertama kali nak mengundi. Muka orang bersemangat lebih. Nak pangkah nak pangkah nak pangkah... pangkah apa? Biarlah rahsia...

Sebenarnya umur aku ni... patutnya dah dua kali mengundi...
5 tahun lepas aku lupa daftar. Menyesal pun takde guna...
Tapi sumpah menyesal time tu. Nak nak bila tengah malam tengok result, rasa macam tersiat siat dihiris sembilu hatiku ini... rasa menyesal sangat! Nak lempang diri sendiri pun ada... jadi marilah kita berdaftar, jangan buat buat menyesal lagi 5 tahun akan datang...

2 tahun lepas kot, aku dengan ciput daftar kat pejabat pos jusco balakong sana.
Bila dah daftar terus rasa dewasa, haha...
Dewasa yang mampu menentukan pemimpin negara... Hik hik...

Jadi kelmarin...
Aku di kampung cheras baru.
Ciput pulak di bandar sri permaisuri.
Ikut alamat ic kan...
Jadi tengahari, aku pergi undi dulu... dia tunggu rumah dengan anak-anak. Lepas aku ngundi baru dia ngundi pulak kat permaisuri sana...

Aku pergi tengahari, jadi tidak la ramai orang.
Orang gila je nak pergi tengahari buta macam ni, hahaha...
Tapi untungla.. wpon gila, tak payah beratur panjang. Lagipun aku dah tahu aku saluran apa semua. So, tak payah nak beratur untuk tahu saluran mana. Terus zassssssssssss ke saluran yang sepatutnya...

Sediakan ic dan tahu no siri saja sudah cukup...

Di saluran 4 tingkat 3..
Semput aku naik tangga.
Abang dengan kaklang orang tua, jadi dorang di saluran 3 tak payah naik tangga...
Untung jadi orang tua, haha...
Takpe, 5 tahun lagi insy aku tingkat bawah pulak, kekeke...

Berdebor ok time nak pangkah tu.
Aku harap pangkah aku tu tak jadi undi rosak la... rasa ok dah pangkah tu.
Kakcik aku bengong ok, hahahaha lawak nak mampos pompuan tu... Kitorang wechat lagi pepagi tu. Tanya dah pergi ngundi ke belum semua.. kakcik pepagi dah pergi ngundi kat kawasan rumah dia... sebab laki dia kena ngundi kat kuala selangor. Jadi dia kena setelkan hal dia pepagi...
Kan ke kena pakai dakwat kat jari kan... Ada ke patut dia cakap, yang dia ingat yang nak pangkah tu pun guna jari yang berdakwat tu. Jadi dia pun try la pangkah guna jari berdakwat dia tu, hahahahahahahahahaha... pastu dia nampak, eh asal ada pen. Hahahahahahaha... adoiyaiiiiiiii... kitorang bantai gelak la apa lagi. Tak dapat aku bayangkan dia try pangkah guna jari yang berdakwat tu, sengal habis tau kakcik nie... Terus dia cakap, kakcik syak mesti satu kertas kakcik tu jadi undi rosak, hahahaha... senget senget...

Bangga sangat la ada dakwat kat jari.
Bila berjalan rasa nak tunjuk je jari kat orang supaya orang tahu yang ahkak dah ngundi, hahaha...

Mesti yang tak mengundi tu malu nak tunjuk jari ken??? ken ken ken...
Mesti nyorok dalam rumah je kan???

Oh tempat aku, aku tak jumpa pulak bangla. Tempat korang ada ke?

Sekolah rendah aku...
Hebat kan alamat sekolah aku.
KL ada, Selangor pun ada..
Dulu kalau KL cuti kitorang pun cuti. Kalau Selangor cuti kitorang pun cuti jugak.. Best...


Hi Keekersssssssssss... * dengan slang k...

Jari di waktu malam..
Aku tak masuk pertandingan untuk cuba hilangkan dakwat di jari. Jadi jangan la suruh aku cuba macam macam jenis clorox bla bla bla untuk hilangkan dakwat ni ye... 5 tahun sekali je kot. Jadi biarlah dia disitu... Hari ni dah tinggal saki baki di tepi jari...

Anyways, bangga tengok rakyat malaysia yang bersemangat mengundi kali ni...
Thumbs up!

Love: Ceera =P

Yunnan dah botak cin...

$
0
0
Yunnan punya rambut tumbuh tak sekata...
Rambut tepi, panjang. Rambut atas alahaiiiiiiiiii bercinta nak panjang/tumbuh. Kalau tengok kepala dia umpama kepala orang tua yang sudah berpulau...
Tu pasal kalau daddy *opa ye ku maksudkan, bukan ciput* pegang yunnan, macam adik beradik je ku tengok... adik beradik tang rambut, bahahaha...

So aku cakap la dengan ciput.
Moh ler kita botakkan kepala yunnan. Kesian benor aku tengok rambutnya...
Lepas je bfast di mamak kegemaran, terus singgah kat sebelah kedai mamak. Ada indian barber...

Yunnan dah standby...
Mummy berdebor sampai gegor gambar...

Sangat behave...
Yela, baru 8 bulan... cer kalau dah setahun lebih. Mesti menggelupur jugak...

wajah stim beliau, hahaha...

Sampai tertonggeng tonggeng...


Sudah tentulah i ada keek...
Nasib baik ingat, kalau tak rugi satu moment yang berharga...

Tadaaaaaaaaaaa...
Kecomelan berganda bila mummy tengok yunnan dah botak licin.
Kalau aku tahu yunnan botak lagi comel, dah lama aku botakkan dia, hahaha...
Lepas ni, botak je la nak.. tunggu awak besar sikit baru kita bagi ada lambut...

Love: Ceera =P

Aktiviti baru untuk Keisha

$
0
0
Aku dah start buat aktiviti untuk keisha kat rumah supaya dia tak tertumpu sangat dengan katun and ipad...
Kalau tak asik katun katun katun, ipad ipad ipad...
Tapi aku takde la bagi muka sangat... bukannya ipad sepanjang masa... Kekadang siang tu no no no... dah nak petang baru aku bagi... kadang-kadang tu seharian takde ipad, hahaha... dia pun tahu kot mummy dia ni macam singa jadian, kalau aku cakap no tu takde dah la dia nak menggesel gesel... cuma kalau daddy dia ada baru dia macam gediks sikit. Daddy kan cepat cayor kalau dia mintak something

Hari tu kelakor...
Dia nak susu...
Masa kat luar ciput dah tanya dah, keisha nak susu??? wahhhh... kemain eksen ni cakap takmo.
Elok masuk bilik dah tutup lampu kat luar semua, baring atas katil tup tup...
Nak susu... nak susu... dia cakap kat daddy...
Ciput malas la nak layan...
Terus keisha bukak dia punya pujukan..
Daddy nak susu plssssssss. Cakap kemain lembut ni. Nak susu... nak susu... terus berzikir kat telinga ciput nak susu nak susu..
Dan dan ciput tuduh aku, keisha ni ikut ayang la ni kuat berzikir, eh eh aku pulak yang kena...

Cakap nak susu nak susu tak jalan, keisha bukak pujukan paling heibat dengan... "nak susu daddy, plsssss... muahhhhhssss* kiss pipi ciput. Bahahaha... Kena kiss apa lagi terus bangun ciput buat susu, hahahaha.. lawak sangat oh, masa keisha kiss tu ciput terkejut. Jangan kata dia, aku pun terkejut sama. Lepas tu tiga tiga gelak besar...

Melalut saja ini perempuan...
Disebabkan yunnan dah besar dan senang dah nak di handle. Bolehlah buat pelbagai aktivitu bersama...

aktiviti satu: blocks ni beli kat toyrus...
Rm149. Klu promosi rm119. Aku beli elok time habis promosi. Benci betul...

Yunnan apa semua masuk mulut.
Boleh la bg dorang ni leka utk sementara waktu...

Hasil hebat mak dia. Haha...
Mak dia pun nak main jugeksss... dulu kecik kecik main batu je tak dapat main mendalah ni.

Hasil keisha...
Boleh la. Usaha lagi k.

aktiviti 2. Colouring.
Kalu tak kat luar. Aku bagi dia kaler kat dining. Suka dia. Hari hari mintak kaler. Dah nak abis pun water kaler tu. Kena beli baru gamaknya.
Ini aktiviti keisha sorang. Adik takleh join. Nanti ke mulut semuanya...

Lepas ni nak buat aktiviti lain pulak...

Love: Ceera =P

Kos untuk bercuti ke Hong Kong Disneyland & Tickets Giveaway

$
0
0
Okey, entry yang di nanti nanti sudah tiba. ewahhhhhhhhhh nanti ker???
Aku buat secara ringkas je la ye. Malas nak panjang lebor sangat. Pepandai la masing masing mencongak sendiri. Jangan congak pun suruh aku jugak, amboiiiiiiiiiii....

1. Bermula dengan tiket flight.
Tiket flight around 2 k for 2 adults, 1 kid and 1 infant.
Tapi depends jugak ni... Kalau korang book awal, dapat la lagi murah. Kalau book time ada airasia promosi, lagi murah murah berganda...
Kalau book last minit, nangis la sikit...

Kaya sikit kalu, boleh naik MAS.
Ku naik AirAsia saja...

Lepas tu perjalanan ambil masa selama 3 jam 45 minit.
Hari tu aku dapat pilot yang laju. Jadi 3 jam saja diudara. Syiok wehhhhhhhhhhh...

2. Teksi



Kat sana ada 3 jenis teksi.
Merah, hijau dan biru.
Yang pergi ke theme park disneyland adalah teksi hijau dan merah.
Tapi ku sarankan ko naik teksi hijau sebab murah sikit..
Perjalanan dari airport nak ke disneyland ambil masa selama 20 minit.
Dah harga teksi around HK120 = RM50

Ok senang citer, RM40 = HK100 ye...

Nak lagi murah naik MRT.
Murah berganda... Disebabkan aku bawak anak, susah sikit la nak naik MRT. Kalau yang bujang bujang tu. Boleh la try. Tapi ambil tiket yang sehari tu. Boleh naik MRT apa sahaja banyak kali pun tak apa... harga ku tak sure. Tapi memang murah.

Untuk senang faham.
Kat dalam disneyland ni, ada 2 hotel sahaja. Iaitu HK Disneyland Hotel dan juga Disney's Hollywood Hotel.

3. Harga hotel

Hong Kong Disneyland Hotel

Disney Hollywood Hotel
Convert ler sendiri...

Biasanya kalau kita lepak hotel tu, mesti ada pakej sekali dengan tiket masuk theme park... So korang boleh cekidaut link ini - KLIK SINI

Tapi kalau mereka yang lepak hotel luar dari disneyland. Ini harga tiket masuk theme park disneyland adalah:

4 Tiket masuk Theme Park

1 day tiket

2 Day tiket
Percayalah, sehari dalam disneyland adalah tak cukup!!!!!!

5. Makan makan di Hong Kong

Ok makan kat sana boleh tahan mahal...
Sekali makan satu set lebih kurang HK100.
Itu paling murah... sebab biasanya sekali makan untuk sorang more than HK100
So ikut korang la, nak bawak bekalan lebih sikit dari malaysia seperti megi lagi bagus, hahaha...
Lepas tu, kat dalam theme park ada satu kedai makan halal... so dont worry. Jangan risau kerana anda tidak akan kebuluran, haha...
Paling best, boleh bawak makanan masuk ke dalam theme park. Ini bukan jenis macam kat sunway lagoon yang nak bawak masuk air pun tak boleh pfffttt... Memang ada cek beg masa nak masuk. Dia just nak cek ada bawak bom ke tak ajer, hahaha... so aku sarankan bawak la jajan ke roti ke untuk kemudahan masing masing...

Kat airport juga ada makanan halal.

6. Souvenir
harga souvenir aku tak cek sangat sebab aku tak beli apa sangat pun.
Harga car aku beli untuk keisha tu, HK120
Ballon mickey mouse HK100
Lepas tu beli botol air HK80
Jam tangan HK100 ke berapa entah aku pun lupa...
So HK100 ++ adalah standed untuk souvenir.
Dan ku tak perasan pulak harga FM ke keychain semua sebab kuasa kot nak beli, tengok apatah lagi...

7. Aku tukar berapa???
Aku cuma tukar RM1k je untuk ke HK Disneyland.
Tapi make sure kad bank korang boleh di gunakan bila ke oversea incase kalau tak cukup ke apa...

Ok tu ajer kot...

Dan lastttttttttttttttt sekali...



Aku nak giveaway 2 tiket masuk Theme Park HongKong Disneyland yang worth HK900 iaitu RM360...
Valid till: 28 Ogos 2013
Siapa yang dah confirm nak ke sana, boleh tinggalkan komen or email *Nama dan email address*
Nanti aku pilih siapakah dia yang bertuah...
Siapa yang sebelum ini ada email or pm di FB boleh buat sekali lagi k.


Tiket itu...

So kesimpulannya, kalau ada RM5 k, dah boleh dah pergi HongKong Disneyland.
Kalau pandai budget/planning. Insy below 5k pun dah dapat pergi sana...

Love: Ceera =P

Suami ku, sugar daddy ku.

$
0
0
Hari kamis hari tu, aku nganto ciput pergi kerja. Jadi petang tu aku kena la pulak ambil dia kan. Selalunya kalau aku ambil ciput, keisha mesti nak ikut. Entah macamana, petang tu dia taknak ikut sebab dia nak main dengan mika.
Fioneeeeeeeeee taknak ikut mummy takpe. Mummy boleh drive sensorang ambil daddy kat opis.

Elok aku sampai, ciput heran tengok keisha takde dalam kereta.
Lalu apa lagi, marilah kita dating.
Jarang jarang dapat dating ni, kahkah...

*padahal memang dah plan lepas ambil ciput kat opis terus nak terus straight ke bukit bintang sebab ciput nak pergi uniqlo beli baju dalam...

So tujuan kami petang tu satu je. Ke uniqlo beli barang...
Parking kat pavilion terus berjalan kaki je ke uniqlo.
Elok keluar pv, hujan renyai renyai...
Tetiba ada pulak orang jual payung yang transparent tu. Dan boleh pulak ciput taknak beli...

Hey, sampai hati u biarkan gf u kena hujan ye...
Ayang nak payung ke???
Tak boleh ke??? Cantik oh payung tu...
Romantik apa jalan dalam hujan macam nie....
Memang la romantik sayang. Tapi i kisahkan beg i ni... habis beg i kena hujan.

Bahahaha...
Tolong jangan lempang saya...

Topi ini rm79.90
Nak pergi pangkor pakai topi ni pls...

Untung betul aku, sebab ciput belikan seluar pendek untuk aku satu dan baju dalam untuk aku dua. WohOooooo... terima kasih sayang. Bulan ni u belikan macam macam untuk i. *pehal ko ni dari tadi i u i u.. sepak nak?
Lepas tu ciput beli untuk diri sendiri hanya 2 helai baju dalam. Eh siapa yang nak shopping sebenarnya, hehehehe....

Baju dalam kat uniqlo adalah super comfy. Me likey so much. Mahu beli banyak banyak lepas nie. Lepas tu seluar pendek dia pun comfy jugak. Dah la tu ada macam macam color pulak. Hijau adalah sasaran ku lepas ni, merah juga, kuning pun nakkkkkkkkkkkkk... Harga rm59.90. Mahaiiiiiiiiiiii bagi aku untuk harga seluar pendek yang hanya pakai kat rumah, tapi tak mengapalah. Boleh lenjan sampai bertahun, hahaha...

Sooo, baru aku terasa normal sikit pakai seluar pendek kat rumah.
Aku pun tak faham kat diri sendiri. Dulu masa belum kahwin, tak reti reti nak pakai seluar panjang bila kat rumah. Seluar pendek memanjang. Seluar panjang memang tak ada langsung. Elok kahwin, dah tak reti reti pulak pakai seluar pendek. Panjanggggggggggg sesado. Dah kenapa ko ken????
Bila mengadu kat ciput. Terus i dapat seluar pendek. Hip hip horeyyyyyyyyyyy...

Ciput kata dia nak kekalkan aktiviti makan kat tony romas 2 bulan sekali.
Aku pulak kata, pehal 2 bulan sekali. Sebulan sekali lah... dasar kuat makan!

Aku punya.
Bapak banyak. Konon nak makan lite lite. Konon je la. Sekali sampai, terbuntang bijik mata. Nasib baik sedap.... eh sedap sangatlah!!!

Ciput punya...
Memang kegemaran ciput kalau pegi tony romas makan burger.
Dan burger dia memang terbaik.
Sedap melampau dan besar melampauuuuuuuuuuu...


Tak pasal pasal dapat mendating hari kamis tu. Terima kasih keisha, jasa mu mummy and daddy kenang...

Cerita lain:


Tidak lama dahulu, beberapa video tersebar di Internet mengenai kewujudan makhluk asing di Stuttgart. Selepas sekian lama, perkara sebenar terbongkar menerusi filem terbaharu PETRONAS Motorsports. Filem pendek ini bakal memaparkan aksi pecutan kereta yang mendebarkan di tengah Bandar bagi mengelak kapal induk dan anak-anak kapalnya. Kemuncak akhir cerita itu, akan mendedahkan kuasa pecutan kereta itu adalah hasil gabungan PETRONAS dan AMG.

Love: Ceera

JJCM : First time makan burger bakor

$
0
0
Adakah aku sorang saje manusia yang tak pernah merasa beger bakar? Adakah, apakah??? Sooooooo alien kan??? dulu pung pang pung pang orang cakap pasal beger bakar, siap beratur panjang ni ambil no bagai, sikit pun aku tak heran... bukan apa, malas menguasai segalanya, hahaha... dalam hati ku berkata, *ewahhhhhhhhh* alaaaaaa standed la tu, benda baru semua pun kemain over nak try... nanti dah 2 3 bulan kang baru aku try. Sekali amik ko, bukan dua tiga bulan, nak setahun baru aku dapat merasa ini beger bakar. *menangis kesyukuran*

Rupanya, bukan aku sorang je yang tak pernah makan beger bakar, si zackU tu pun tak pernah jugak. Kahkahkah... Baru terasa normal sikit aku...

Jadi jom andak,zackU kita makan beger bakar kat dagang avenue...
Dengar dengar beger bakar kat sana sedap, beger bakar abang burn....
So berjumpa la kami hari kamis jam 9 malam. 
Aku sorang je datang single. Andak dengan bangdak, zackU pulak dengan qery. Aku bukanla taknak bawak ciput and anak-anak. Pepaham je la yunnan tu tengah malam, makin agresif... takut beger ke mana yunnan ke mana pulak kang...


Perkara pertama sampai...
Meatballs abang burn bebeh.
Orang dalam pantang kena cuba ni. Memang terbaik lada hitam dia bubuh dan dicampur pula dengan mushroom brown sos... Sedap...
Nak nak katanya daging ni homemade punya... bukan dibeli siap...
Ahkak sukaaaaaaaaaaaaaa homemade macam ni. Baru nampak keistimewaan sikit...


Gaya kena sopan...


Aku dengan hantu cina... Hahaha...
Sentap sebab zackU putih sangat...


Air green apel dengan asam boi.
Terbaik memang baik sangat baikkkkkkkkkkkkkkkk...


Ni la burger i.. Burger beef supreme cheese, RM 10.50
Biasala, i kan tamak. Jadi i order yang paling besar punya... Bahahaha
Bahananya esoknya mulut ku lenguh...

Mana tak lenguh kalau nganga begitu besar...
Tapi puas hati uols...
Beger dia sedap, daging dia sedap... sos dia pun sedap...
Sos pun homemade... patut la rasa lain dari yang lain...


Kemain ramai orang beratur...

Ok nak bagitau, kat sini ko kena cop meja dulu sebelum order. Nak order pun ada cara, kena beratur, order, bagitau number meja, bayar dan duduk. Karang baru burger akan terus sampai ke meja masing masing...


Jadi menu ini akan kelihatan semasa hendak order. Jadi jangan risau dan tak perlu terpinga pinga untuk order apa. Macam aku lebih kurang terpinga pinga la jugak, sebab aku ni bab order slow sikit, kah kah... nak nak kalau ada macam macam jenis burger, lagi terpinga pinga. Macam eh ni pun sedap, itu pun sedap. Kang ko tengok ni aku nak ini, ko tengok tu, aku nak tu, hahahaha..

Nasib baik perut kecik, eh...

Bersih tip top...


Kiri burger burn leleh kepunya zackU. Harga RM 9.50
Ni dia punya lada hitam memang pedas. Sapa suka pedas kena try yang ini...
Kanan pulak abangdak punya... siap ada onion ring...Burger kambing bako cheese, RM 11.50


Atas kepunyaan qery, burger beef cheesy RM 10.50
Bawah kepunyaan andak, burger ayam special RM 10.50

Semua pun makan dengan penuh kegembiraan dan kekenyangan.
Lepas ni kena buat second round nampaknya... ajak adik badik yang lain pulak. Sebab gerai dia dokek gila dengan rumah ode...


Bukak jam 5pm sampai 12.30am...
Bukak hari-hari

Ini alamatnya: 
Burger bakar abang burn,
Dagang avenue foodcourt,
Jalan B/3A Taman dagang, Ampang.
Facebook: burger bakar abang burn
Website: www.abangburn.com

Cun cun sebelah wang solo...

Nak senang dload la waze weyyyyyyyyyyy kat phone memasing.
Apa guna ada smartphone tapi takde waze... 

Ok bai...

Love: Ceera =P

Tiket itu milik Fizan

$
0
0
Ok tak payah komen dan email lagi untuk entry tiket giveaway itu, sebab aku sudah putuskan untuk bagi 2 keping tiket Hong Kong Disneyland Park kepada Fizan yang email aku pada hari yang sama aku publish entry tu...

So fizan, nanti akak akan pos kat awak tiket tu ok.
Enjoy ur anniversary...


Anyways, yang lain sorry sangat. Kalau aku ada doploh tiket memang aku dah bagi kat semua pengomen. Tapi apakan daya, ku hanya ada 2 tiket sahaja... 

Lupa nak bagitau, tiket ni ada magic pas. So boleh masuk certain tempat dengan pantas. Cek my entry yang day 2 kalau nak tahu yang mana boleh masuk secara pantas k...

Kepada yang terlepas pandang., aku sertakan entry entry HK disini...

Selamat men-Enjoy-kan diri di Hong Kong my frens...

Love: Ceera =P

Saya dan pink

$
0
0
Entry ni cuma nak letak gambar je. Sepatutnya nak publish semalam. Boleh jugak jadi wordless wednesday. Tapi pasai apa entah semalam aku lemau sesangat, jam 2 aku dah paksa anak anak aku tidor, sekali amik ko jam 5 baru masing masing bangun. Perghhhhhhhhh syorgaaaaaaaaaaaaa bebeh, syorgaaaaaaaa....

Ko telan la supplement sampai seploh jenis pun. Kalau dah lemau tu, dia lemau jugak. Lemau ni sebulan sekali je datang... memang tak dapat nak dibendung bendung... Aku siap cuci muka, masak awal pun macam tu jugak, lemauuuuuuuuuuu...

Hari tu ada photoshoot kat rumah...
So macam biasa la, lepas mekap tebal haruslah bergambar sebarang seratus dua ratus dulu... snap snap snap tak henti henti. Tapi macam tu jugak muka aku, tak bertukar jadi nora danish pong...

Eh benci kan ND.
Dia amik gambar muka macammana pun tetap comel... tsk...
Kenapa comel sangat ni, kenapa kenapa???

Siapa pandai buat kening tebal macam ni sila ajar aku, sila sila!!!
Nak belajar sanga!!! Sebab aku ni sentiasa fail touch up kening. Tak reti dan selalu senget benget. Entah betul entah tidak aku guna pencil tu, aku pun tak tahu. Main bantai ajer asal boleh.

Okbai...
Nak masak jap...

note: Selamat hari guru kepada semua guru guru tak kira guru sekolah tadika ka, rendah ka menengah ka, agama ka, kolej ka... Asalkan tugasnya mendidik...

Love: Ceera

Demi diri sendiri, suami dan anak

$
0
0
Sebelum kahwin, 5 tahun lepas. Aku dengan ciput selalu berborak yang nanti bila dah kahwin kitorang nak cuba jalani kehidupan yang sihat... Dan hari ini, apa yang aku nampak, walaupun tak banyak, tapi ada la sikit  yang kitorang borakkan dulu tercapai...

Salah satunya adalah, makan makanan yang sihat atleast 2 kali seminggu... Ko tahu je la orang melayu ni, dah terbiasa makan makanan bergoreng, berminyak. Kalau minyak banyak lagi sedap, nak nak kalau masak sambal goreng, perghhhh terbaik kalau buh minyak banyak sikit, hahaha...
Dulu masa mula kahwin, aku ikut dan aku je masak sambal buh minyak banyak. Tapi laki ku dia agak geli sikit makan benda yang banyak minyak. So disebabkan laki, lama-lama ku kurangkan minyak dalam masakan...
Lepas tu bila dah ada anak ni, sebaik yang mungkin masak yang elok elok je untuk anak walaupun kekadang terbabas juga bagi makanan yang entah hape hape. Itu sebab nak ambil jalan mudah lettew, malas nak masak sangat, haha...

Ini salah satu contoh...
Cuba masak dan makan makanan yang healthy untuk diri sendiri, suami dan anak anak...

Selain tu, ciput memang rajin ke gym waktu lunch hour, itu pun kalau dia tak busy.. Wpon cuma sejam sehari, ok la dari takde langsung???
Weekend pula aktiviti ciput adalah bola...

Itu dia, aku pulak???
Hahahaha...
Gelak dulu sebelum taip...
Aku ni bukan taknak exercise... tapi jaga dua orang anak, dah cukup exercise bagi aku...
Pagi pagi dah terkocoh mandikan anak, siapkan bfast anak/sendiri, layan permintaan anak itu ini, tengahari sibuk memasak. Belum lagi tidurkan anak dengan pelbagai gaya... kadang kadang gaya berhenjut, kadang kadang gaya mendodoi. Dah kalau sehari si kenit tu tidur 4 kali. 4 kali jugak la aku macam tu, pffftttt....

Keinginan nak jog sekali seminggu tu memang ada. Tapi bila ada anak kecik ni, nak realisasikan niat tu selalunya memang sukar untuk dicapai. InsyAllah... suatu hari nanti...

Dan aktiviti baru walaupun baru tercapai satu adalah, iaitu daki gunung/bukit...
Jap show off gambar.

Dey suami, bila nak daki bukit lagi ni??? kaki ku sudah parkinson nie...

Disebabkan baru baru ni, kitorang lebih cenderung untuk hidup dengan lebih sihat. Jadi kitorang decided untuk ambil blackmores sebagai supplement harian...

Ambil yang ini.
CoQ10 - 50mg.
Yang ini adalah untuk energy dan stamina..
Memang sesuai la untuk kami laki bini.
Semoga energy kami bertambah. Dan stamina juga makin kuat...

2 biji satu hari.
Satu pagi, satu malam...
RM115 - 30 biji...

Aku dari anak dara memang ambil supplement dari blackmores. Tapi dulu ku ambil fish oil. Nama apa aku lupa. Tapi bila mengandung aku stop sat, pastu terus lupa nak sambung balik, kihkih...
Now baru nak sambung makan balik...
Tapi kita try test jenis yang ni pulak...

Kalau yang CoQ10, ada 4 jenis...
Selain 50mg...
Ada CoQ10 75mg, CoQ10 150mg and CoQ10 Omega...

CoQ10 75mg - To replenish CoQ10 levels while on cholesterol lowering medication
CoQ10 150mg - To assist in managing heart, blood pressure and cholesterol issues
CoQ10 Omega - To proactively look after your heart and to maintain healthy cardiovascular health

Kesimpulannya, CoQ10 memang baik untuk jantung kita... dan sangat sangat sesuai diambil untuk mereka yang sudah meningkat dewasa... di mana ia boleh meningkatkan tenaga sel
pengeluaran dan mengukuhkan antioksida dalam badan

Mari lihat video ini untuk timbulkan kesedaran diri.
Aku tengok terus rasa macam, yeeee aku perlu sihat untuk anak anak.
Suami aku pun perlu sihat demi aku dan juga anak anak...


Kita sendiri kalau boleh tak nak jadi macam ni kan???
Kalau boleh kita nak buat aktiviti bersama dengan anak.
Nak main basikal dengan anak. Nak pergi taman dengan anak. Nak naik slide dengan anak. Nak pergi hari sukan untuk support anak. Nak lihat dia membesar sebab ada banyak kejayaan anak yang kita nak tengok. Dari dia kecil sampailah dia besar. Dari dia lahir, sampai la dia dewasa...

Sebab tu kita kena sentiasa sihat demi anak...
Dan juga kita sendiri nak anak kita sihat demi kita...

Website: www.blackmores.com
Facebook: Blackmores Malaysia

Love: Ceera =P

Di hari emak

$
0
0
Aku ingat hari sabtu tu nak datang rumah mak awal.
Sekali banyak pulak kesahnya kitorang ni sebab malam sebelumnye tido kat rumah mama. Jadi bila tidur rumah mama, lambat la pulak agenda yang dirancangkan di dalam hati...

Pagi konon nak bawak anak swimming pun tak jadi, sebab aku jam 9 baru bangun dari katil. Bahahaha...
Dah 5 tahun kawin uols... tunjuk la sikit perangai perangai tak elok tu kat mertua, haha... Anak anak aku pukul berapa entah bangun, aku pun tak tahu. Tapi biasanya, yunnan akan celik jam 8pagi la.. so elok yunnan celik aku lanting dia kat ciput... sila jaga anak aku nak tidur. Tak cukup tidur okey!!!
So ciput pun faham dia kasik can aku bangun lambat. Bila dah bangun lambat jadinya hari pun dah panas la. Bila panas kuasa la weyyyyyyy nak pergi swimming... terbakar kulit i nanti...

Pung pang pung pang tengahari baru balik rumah. Dalam jam 2 jugak la, sebab ma suruh lunch dulu sebelum balik... Elok sampai rumah, aku terus online sebab ada kerja nak kena siapkan before 6. Anak anak pulak tidoq...
Ciput pulak jam 5 ada bola...
Dah kalau anak tidur, ciput ada bola, aku ada keja nak kena siapkan. Macammana pulak nak balik rumah mak awal ken... last last aku suruh ciput pi main bola dulu. Habis bola baru terus balik rumah mak...

Kesahnyaaaaaaaaaaa....
Amboiiiiiiiiiiii panjang alasan dia, hahahaha...

Tahun ni tak payah pening pening sangat nak pikio apa nak belikan untuk mak, sebab ayie cakap tong tong duit je belikan mak handphone. Sebab hp mak pun dah kiok... bila ayie dah bagi cadangan macam tu, terus je kitorang setuju.
Bagus idea mu ayie *tepuk tepuk bahu ayie*


Kiyomi tak kita???


Keek perempuan gojes sampai haha
keek lain sila tengok kat @viruspadu punya ye...

Untuk mu emak...
Siap ada bunga. Siap ada kad.
Kad tu lupa aku nak amik gambor... siap ada ayat ayat la adik badik tulis. Paling tak boleh blah kaklang punya ayat...
"ira sayang mak lebih dari akak"
Bengong gila kaklang...
Silap aku tak tulis, atam sayang emak lebih dari alang, hahaha...
Semua taknak kalah...

Tetiba ibu mertua ku ada... hahaha...

Terkejut tau mama and daddy ni. Tetiba je muncul depan rumah mak...
Abang : atam bapak mertua ko datang
Aku: Yo oooo je abang ni.
Abang: Ya allah betul la..

Terus aku jeling ciput.
Aku: B tak bagitau ayang pun ma daddy nak datang
Ciput: B pun tak tahu...

Hebat siot mertua aku buat kejutan.
Diorang sengaja tak bagitau kitorang sebab kang kitorang ni banyak nau alasannya, haha.
Dari hari tu lagi mertua aku nak jenguk abah. Abah dah 2 kali keluar masuk hospital * sapa baca blog adik badik aku tahu la pasal apa*
So tiap kali dorang nak datang spital je abah dah balik. Bila cakap nak datang rumah je aku cakap, abah takde apa-apa serius pun... tak payah datang la...
Disebabkan banyak sangat alasan, haaaaaaaaaaaaaa terkejut tak???
Huhuhu... memang terkejut...

Anyways tq ma and daddy datang tengok abah...

 Sibuk betul si keisha tu. Dia ingat harijadi dia ke apa...

Kecoh...
Memang kecoh habis la rumah aku malam tu. Dengan anak buah berlari lari.
Aku harap mertua aku tak sakit jantung la tengok kebisingan rumah mak malam tu.


Big family...

Mak dapat hadiah.
Lepas ni mak pun join wechat la ni...

Ehhh sakit hati pulak aku tengok dorang ni menggediks kat sebelah mak. Tak boleh jadi ni, aku pun nak join geds sekali...

 Gambor orang lain gegor tak apa. Yang penting gambar aku sharp, hahaha...

Cukup semua adik badik kami.
9 orang semuanya...
Kami sayang emak...

Yang jejantansnya pun taknak kalah. Geds jugak...
Mak pun happy sangat malam tu... =)

Ok ku akhiri entry ini dengan gambar kami berdua...
Muahsssssssssssss...

Love: Ceera

JJCM : Bidor Station

$
0
0
Dah macam blog jalan jalan cari makan pulak blog aku nie, hehehe...
Ni dokek je dengan rumah aku. Kat taming sari sana, ker seri taming entah. Aku pun lupa. Tapi if korang teringin nak pergi cuba, waze saja dan taip bidor station. Pasti jumpa... *nak senang jumpa, click kat bahagian foursquare belah bawah sekali *

Hari tu la tengok kat JJCM tv3.
Bila dia sebut nama tempat aku macam, eh macam dekat je dengan rumah kita B. Kat mamak ABC tu kan??? Sebelah tu je...
Ciput: Yeke? B tak perasan pulak.
Aku: Nanti kita try nak?
Ciput: Ok...

Disebabkan dah muak asyik makan kat oldtown je. Aku pun cakap moh ler kita makan kat bidor station nun... mana tahu sedap mengikut tekak. Boleh la datang lagi dan lagi dan lagi...


Elok sampai, perghhhhhhhhh ramai siot. Dulu aku tengok kosong je. Mungkin dah masuk tv terus ramai ken... kebetulan datang memang waktu dinner, memang terbaik la...

Budak tembam ni sedang mengantuk.
Tahukah kamu waktu malam adalah waktu yang paling sukar untuk tidurkan yunnan.
Ko berhenjut berpulas macam mana pun belum tentu lagi dia akan tidur. Aku setiap malam akan bersyukur kalau dapat tidurkan dia awal. Tapi jangan harap la ye, kalau tidur pukul 9 sekali pun. Pasti kul 10 dia akan celik. Dia tetap akan tidur sampai pagi kalau tidur jam 10 ke atas...

Oh satu lagi kesahnya...
Duduk kat baby chair ni sekejap je boleh.
Lama kaluuuuuuuu macam kakak dia jugak. Histeria!

Yang kakaknya pulak.
Nak kongkong, nak kongkong sampai ke sudah. *dukung*
Aku rasa meja aku yang paling kecoh sekali... sekejap macam itu sekejap macam ini... lalu aku terpikir, macammana la kalau aku dah ada anak 3 karang. Haha... standed la, dulu masa anak sorang pun pikir macam tu jugak, macam mana la bila dah ada anak 2, tup tup bila anak 2, eh boleh handle. Allah itu maha adil. nanti bila ada anak 3 pun insy akan otomatik boleh handle jugak. Aminnnnnn...

 Malam malam nak mekap buat apa...

Ingat dulu masa matrik kat sungkai kemain lagi outing kat bidor, haha...
Time tu bidor pun boleh, asal keluar dari kolej. Kat bidor ada kfc ke apa entah, pun dah buat kitorang kagum, bengong gila... *tahun 2000 ye*

Nasi goreng dia ok ok saja.
Aku agak menyampah jugak la orang buat nasi goreng pakai sayur instant tu, yang ada jagung kacang tu... menganggu kesedapan tauk...
Tak payah letak lagi bagus kot.

Ayam dia sedappppppppppp...
Rasa macam, ayam masak merah + ayam kurma...
So ku pun tak tahu nama sebenarnya apa, haha...

coconut shake.
Air kelapa kalau tak sedap jangan jadi air kelapa la ken..

Mee sup untuk keisha. Pun biasa juga bagi aku.
Yang penting idak la cayor ke tawor ke. Tak menghampakan la...
Laksa pulak, biasa jugak. Cuma dia guna laksa sendiri tu je yang buat rasa lain sikit. Kalau tak standed pasar malam punya laksa.
Heloooooooo laksa pasar malam adalah terbest ye...

Mungkin makanan terbest dia aku tak try...
Yang penting banyak pilihan. Ada nasik ulam bagai.

Love: Ceera

Tutorial masukkan keek dalam blogspot

$
0
0
Marilah ku ajar ye. Sebab ramai nau yang menanya macam mana nak letak keek dalam blog. Dah letih aku nak ngajor sorang sorang. Ye, ku tahu... bukan semua orang celik it. Masih ada yang samar samar it wpon dah berkurun ada blog ken, haha... Haaa, tersedek lettew...

Pertama: Pergi ke keek.com
Kedua: Log in.
Ketiga: Pergi ke keek mana yang ko nak masukkan. Nak masukkan keek orang lain pun boleh. Sebab satu kelemahan keek ni, tak boleh private. sapa ada akaun keek, kena la feeling retis sikit sebab berkemungkinan ada orang lain yang bakal mengusha keek anda.
Dah tu cannot private ma... aaaa canner???
Aku mula mula nak bukak keek konon nak private la, sekali pui takleh priavate, derrrrrrrrrr...

Keempat:


Nampak tak ada icon kecik kat bawah video keek itu...
Situ la tempat yang ko nak share kat mana-mana social media pun. Nak share kat twitter boleh, fb boleh, blog pun boleh.
Cara nak share kat blog macam biasa la. Kena ada coding pepanjang macam tu...
So click kat yang aku bulatkan merah tu... copy coding dah pastekan kat blog. Paste macam biasa je... *untuk pengguna chrome* Siapa guna selain chrome, kalau paste kat compose tapi tak muncul muncul videonya. Try paste kat bahagian HTML ye...

Kat mana HTML?
Sebelah Compose sederet dengan ko click icon untuk masukkan gambar tu. Belah kiri sekali...
Nampak ke tidok???

Kalau nampak bagus. Kalau tak nampak... nasib engko lah!



Nahhhh video budak bambam kemain geds lagi tengok muka sedia kat camera depan, hehe...

Selamat Mencuba...

Love: Ceera =P

JJCM : The Loaf

$
0
0
Eh entry jalan jalan cari makan lagi.
Kebetulan, last week aku makan tempat tempat baru. Jadi marilah kita over sikit ambil gambar. Boleh jugak share kat blog ye tak???

Ye aku baru pestime nak makan kat the loaf ni haaaaaaaaaaaaaaaaaa... sebelum ni asik lalu lalu ajer, tak pernah singgah pun... pernah hari tu singgah dengan ayu and kathy, elok duduk dua minah tu ajak makan tempat lain puloq. katanya makan situ tak kenyang.

So, hari ahad lepas ciput cakap nak belanja kitorang makan kat restoran apa entah namanya kat belakang opis ciput. Ciput kata situ pastri dia sedap. Elok sampai sana, sekali hambek ko... berderet kereta kat parking. Siap takde parking kosong. Ramai nau nak bfast kat sinun jugak gamaknya... Ciput ada jugak jenguk jenguk kat dalam tengok ada kosong ke tak... memang la 2 3 meja kosong, tapi tak payah la... kalau aku berdua je dengan ciput ok je bising penuh macammana pun. Ini dengan yunnan tu haaa... terima kasih je la. nak pulak time tidur dia, mahu bergegar restoran tu kang suara dia...

Jadi marilah kita cari makan kat tempat lain pulak.
Pikir punya pikir...
Jom makan kat the loaf pavili..
PV belakang opis ciput jugak ye. Kot ada terkojuit macam eh sampai ke PV ko pergi ceera. Hahaha...
Memang dekat la. 5 minit dah sampai macam tu.

Wajah saya di pagi hari.

Makan tisu pun sedap mummy...
Haaaa makan la tisu dik...

Aku tak tau nak pilih yang mana sedap. Jadi aku main belasah je amik yang mana pun.
Lepas tu tiru orang depan amik mana hahaha...
Aku tengok, eh banyaknya dia ambil tu... Elok dia kedepan sikit aku pun amik. Lepas tu oooo dia amik tu jugak, pun aku amik. Kahkahkah....

Ni la salah satu yang aku tiru.
Bila masuk mulut, memang sedap...
Rangup je.. Padahal inti dia tuna je pun.. Cuma roti dia tu sedap...
Satu lagi cranberry chis. Pun aku tiru.
Itu berganda ganda sedap.
Rasa macam yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy bagus ceera bagus. Pilihan yang bijak. *tepuk bahu sendiri...
Bila gigit kunyah tu terasa berada di awang awangan...
Siap pesan kat ciput sebelum balik kena kasik tapau lagi... not enaf...

Yang ni order untuk keisha.
Pun sedap la haiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Banyak keisha makan...

Air coffee untuk kami...

Aku kenyang minum air coffee dia je. Banyak nak mampos.

Sesi menapau...
Sebelum balik, tawaf PV sat... tak beli apa pun...

Budak merajuk sebab kena tegur suruh duduk dalam stroller. Sabor je la...
Lama pulak tu merajuk. Dari kat parking pv sampai la masuk kereta and otw balik rumah...
Pantang ditegur...
Macam aku jugak. Pantang ditegur, hehehe...

Tadaaaaaaaaaaaaaa...
Nikmat wa cakap luuuuuuuuuuuuuuuu...
Cheese memang nikmat dunia...

Love: Ceera

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W

$
0
0
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

 2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

 3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

 4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

 5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

 6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

 7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

 8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

 9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

 10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

 11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati

Sumber: facebook

Entah siapa punya entah aku main copy je. Kahkah... mintak izin k share kat blog. Saja nak letak kat blog. Senang aku nak carik balik kalau kalau terlupa...

Dulu masa mengandung aku suka gila kot makan tembikai. Masa keisha dulu aku ingat lagi aku post gambar aku makan tembikai terus ada hamba allah tu cakap ngandung tak elok makan tembikai. Katanya nanti anak kuning ke apa entah... bila aku bgtau kat akak2 aku terus kena laser. dorang ckp... ko dengar la ckp entah sapa sapa. Makan je tembikai tu, kitorang ni dah beranak pinak time ngandung elok je makan tembikai, huhu tak pasal pasal aku dilaser...

so bila aku baca point no 6, haaa nak cakap apa lagi? Wanita mengandung elok ok makan tembikai. Please la jangan bagi ajaran sesat kat org. Tak baik tau...

Ok tu je nak share.
tatitu...

Love:

Makan dengan family mertuaku

$
0
0
Macam biasa la, di permulaan entry kena tepek muka aku dulu. Baru korang ada semangat sikit nak click masuk kan? haha... perasan lebih...

Masa ni kitorang makan kat restoran kawan daddy kat sri petaling sana. Pernah rasanya aku review pasal restoran herbs and spice ni. Jadiknya aku malas nak citer lagi. Takat citer citer kosong saja la ye.
Awalnya, ciput nak ajak makan kat tempat lain. Konon nak belanja mama makan kat tempat spesel sikit la. Tapi dia ada jugak cakap kat aku, ada dua pilihan macam tu. satu kat tetttt satu lagi kat sri petaling. Elok dia cakap sri petaling terus aku potong cakap takmo. Kata kuasa la makan sinun. Bosan tak tau nak makan apa. Takkan nak mee kari lagi. Ehhh panjang la aku punya bantahan...

Sekali bila dah sampai villa. Ajak la daddy ikut sekali
Boleh tak daddy ajak pergi makan kat sri petaling.
I is menangis di dalam hati u know.
Terus buat muka fake cakap... saya ok je makan kat mana pun, pui... hahahaha...

Masa daddy naik atas tengah siap terus aku cebik ke ciput...
B dah agak dah, mesti daddy nak makan kat sana punya...
Hebat la B ni... B memang memahami daddy. Ada connected tots sungguh...
Lain kali B bawak ayang makan tempat best ye.
Okey...

Kat sini air dia selalu failed la...
Ke aku selalu bernasib malang asal order je dapat air tak sedap...
Air three layer dia kalah dengan air three layer di mamak kegemaranku.
Situ memang terbaik la. Manis sejuk cukup...

Hi mamak, i tau u mesti merindui i kan. Nanti i datang sana jenguk u okey... i pun rindu sama roti canai u jugak...

 Keisha nampak biru...

4 orang dewasa tapi makanan sampai 6.
Nak buat macammana ni???
Perut siapa yang berlebih lebih nak makan ni???
Engko kalau jenis berdiet memang menangis la dapat bapak mertua macam aku ni haaa... pemurah tang makanan. Dia bukan nak makan sangat pun. Dia order je lebih. Lepas tu kang suruh kitorang makan bagi habis... Paling sadis, dia tolong ambilkan makanan masuk dalam pinggan kitorang. Huwaaaaaaaaaaaa.... Yang aku takkan nak cakap taknak pulak kan. Senyum senyum je la bagi telan...

Tapi aku ni jenis suka makan. Walau dah full macam mana pun. Boleh jugak main sumbat sumbat lagi. Ada setengah orang, kalau dah kenyang memang takkan dah dia usik makanan lagi. Aku masih boleh...

Perghhhhhhhhhhhh gaya cakap nak tunjuk hebat je...
Hahahaha..
Hebat tang makan je la pun...
Dapat pulak suami jenis hebat tang makan jugak. Memang ngam lah!

Nah gambar budak tembam yang dah nak masuk 9 bulan lagi 2 minggu...
Lama aku tak citer perkembangan dia kan. Nanti la, aku buat entry lain khas untuk yunnan ku sayang...

Love: Ceera

Dayum dayum dayum

$
0
0
Lawak gila!
Aku gelak tahan tahan je masa ciput tunjuk vclip ni sebab anak anak tengah tidur. Now dah boleh gelak dengan sesukahati... ahhhh bodoh betul. Kenapa mesti kelakor sangat ni.



Part dayum dayum asyik bermain kat kepala. Helppppp...

Ada je kerja korang ken. Orang tu citer pasal beger pun boleh dijadikan remix. Part original ko cari la sendiri dalam utube. Sebab aku nak layan part remix ni je.
Dayum dayum dayummmmmm...
Dayummmmm....

Lepas ni kalau makan beger, compom ni... compom sangat akan berdayum dayum je kitorang siap emmm emm emmm... hahahaha....

Love: Ceera

Mama cantik @ Pa&Ma

$
0
0
Gambar aku dah keluar kat magazine Pa&Ma.
Siapa ada perasan???
Aku pun kalau tak, tak tahu gambar aku dah keluar. Ni pun sebab ada orang tag kat twitter sana. Rasanya ada sorang lagi bagitau. Tapi disebabkan twitter/ig dia private. Tak dapek la aku nak menengoknya/komen. Bukan saja tak dapat nak tengok. Nak tengok caption dia pun tak jumpa dah... hilang entah ke mana. Sejak update ig terus jadi macam tu. Kalau tak, sebelum ni... dapat jugak tengok caption yang dia tulis dengan gambar kecik. Cuma bila kita click je nanti jadi error. La ni, dua dua pun tak dapat...

So aku bagitau kali ke lapanploh kali kat sini ye.
If korang private korang punya twit and ig.
Ko mention la aku lapanploh kali pun, tetap aku tak nampak dan tak boleh nak baca. Yang kat twitter, lagi la... langsung tak nampak. Tak tahu if ko ada mention ke tidok...

Senang senang tag kat fb je la ye. Hehehehe...

Budak comel berkaca mata biru ini yang jadi cover depan untuk isu Jun2013

Bukak bukak nampak besar gambar aku kat bahagian muka surat tu...
Jadi column mama cantik kat page 44...
Aku terus je bukak page 44, takdenya nak singgah page lain dulu, kahkah... dasar sangat!
Eh sampai skang la takde ku menyinggah page lain. Tengok muka sendiri terus katup simpan...
Nanti la bosan bosan kang aku baca... RM7.50 kot beli.
Ciput yang beli, hehe...

Zanira selesa bergaya ringkas.
Pandai adik tu ringkaskan pasal aku...
Memang saya senang bergaya ringkas. Nak nak dengan anak... tak kesio nya aku nak pakai rantai berjela jela dengan gelang bagai..
Ecehhhhhhh, kalau tak keluar dengan anak pun, ko mana ada pakai. Bahahaha..

Yunnan manjang muka heran, haha...
Dah tu, lighting kemain bercahaya kat depan. Mana tak heran muka dia. Dengan orang depan dok panggil panggil dia macam apa je... tu yang takleh blah muka cengang dia.. ahkak jugak yang senyum sentiasa. Muka anak senget ke apa ke ku tak pedulik, yang penting muka ahkak kena senyum. Pepandai la orang depan nak buat yunnan senyum haha...

Keisha mana???
Ada kat depan kitorang. Dia taknak ambil gambar... dia nak ciput dukung dia je...
Masa ni dah jam 4 macam tu... time tidur dia. Tu yang cranky bukan main.
Aku kemain bawak baju keisha cantik cantik dengan kasut accessories semua. Sekali dia taknak ambil gambar pulak.
Actually, yunnan ni jadi bekap je. Kalau keisha taknak baru ambil gambar dengan dia. Tu yang aku tak bawak baju yunnan beria sangat. Asal ada je sebenarnya. Hahaha... Kasut semua takde la ku bawak. Socks semata mata je...
Yunnan lagipun takleh pakai kasut. Dia ni aktif semacam. Pernah la pakaikan kasut, tapi kang hilang sebelah, lepas tu dua dua belah hilang. Kalau pakai socks pun macam tu jugak. Kalau jalan jalan kang tengok tengok stokin dia sebelah dah hilang. Sabor jela..
Last last memang kuasa nak pakaikan dia apa-apa kat kaki. Bior je berkaki ayam...
Nanti awak dah pandai jalan baru la mummy beli kasut yang macho macho untuk awak...

Haaaaaaaaaa tu la alkisahnya kenapa dihujung gambar hilang socks dia..
Sebab takleh duk diam bila berdiri, terus bukakkan stokin... senang cerita...

Anyways tq pa&ma sudi ambil gambar kami anak beranak..
Jangan segan silu untuk ajak ambil gambar lagi...
Biasala, dah jadi mak mak ni magz apa je boleh masuk. Kalau tak pama, pama je la... Lagipun ko tu siapa je orang nak ajak masuk magazine kennnnnnnnn... bersyukur sikit, haha...

Love: Ceera

Product review : Mummy's new toys

$
0
0
Aku nak show off sikit barang barang yang aku dapat dari ciput last month...
Suka suka suka sangat. Sebab tu kena menjobo lebih sikit, kahkah... kat ig dah jaja dah. Tapi nak jaja jugak kat sini, sebab kat ig caption letak pendek sangat. Kat blog boleh membebel panjang sikit. Heeee....

no1:
Vacuum cordless electrolux
Ini semua salah xiaxue. Sebab baca blog dia lah aku dah menggeletek nak jugak vacuum electrolux ni.. Kemain aku mengayat kat ciput cakap senang kalau pakai vacuum cordless ni, tak payah ayang nak pakai penyapu. Tak payah ayang nak vacuum nak cucuk cucuk kabel. Nanti rumah mesti ayang rajin vacuum hari hari. Eh macam macam la ayat aku. Kemain semua ayat rajin je aku kasik, haha... siap lentok lentok lembut lembut suara aku. Nak sesuatu, kena la lembut ken... belum pakej ku meraba raba lagi, bahahahaha...

So ciput cakap, ok la.. nanti kita pi carik..
Di suatu hari yang hening. Dia ajak pergi klcc. Konon nak usha usha microwave... sekali microwave tak jumpa, vacuum yang jumpa. wohOoooo...

Suka giler ah bila ciput cakap nak ke taknak.
Gila ko taknak. Mesti la nakkkkkkkkkkkkk....

Harga RM450.
Ada yang mahal sikit 550. Kitorang amik yang murah. Sebab yang murah ni bateri tahan 20 minit. Yang mahal tahan 30 minit. Elehhhhhhhhhh beza takat 10 minit apa la sangatnya punnnn... Lagipun ni vacuum untuk aku pakai hari hari. Pengganti penyapu. Atleast kalau keisha buat sepah takde la aku stress sangat. Sebab yang ni senang gila nak pakai. Amik, tekan on dah boleh vacuum. Kalau vacuum biasa tu, perghhhhhhhhh nak tarik kabel la, nak carik tempat pencucuk lagi. Belum vacuum sampai ke dapur. Sekali tali tak cukup panjang, dah kena tukar tempat plag. Semuanya menyusahkan...

Tapi yang ni senang banyakkkkk...

Cuma baterinya idak la tahan lama.
Takat 20minit tahan la untuk rumah aku yang kecik ni. Dari depan sampai ke belakang...
Kalau rumah yang besar tu, ko beria nak guna yang ni jugak. Lepas tu nak vacuum tingkat atas, bilik, tingkat bawah memang la tak dapek. Agak agak la sikit. handphone yang kecik pun boleh tahan sehari je. Ini kan pulak vacuum yang besar ni.
Tunggu la tahun 2020 kang kalau ko nak vacuum yang boleh baterinya untuk satu rumah banglo...

Tempat charger...
Charge dia memang lama sikit. Dalam 5 jam macam tu... Tak kisah la lama pun, sebab tak menggangu hidup aku pun. Yang pasti time aku nak pakai, bateri ada...

Kuasa dia pun tak kuat sangat.
Takde la kalau vacuum kapet, kapet terangkat angkat. Just nice. Asal boleh sedut habuk segala kotor cukup.

Tapi aku cakap ke ciput. Kalau nak sebersih bersihnya. Kerja mu la vacuum dia weken hari.
Ni untuk aku kemas rumah ala kadar saja. Atleast rumah tak berhabuk.
Kalau nak suh aku vacuum sampai tertonggeng tonggeng bawah sofa bagai, sorry. Itu kerja mu sayang. Wahhhhhhhhhh gitu.

no 2
Food processor aka blender untuk makan yunnan...
Yang ni pun aku mengayat ciput baik punya. Cakap senang nak buatkan yunnan makanan la. Kalau guna blender biasa tu susah la bla bla bla aku cakap, hahahaha...
Tapi memang susah ok. Banyak koje aku kalau takde blender avent ni. Nak rebus dulu, lepas tu blend. Kuantiti sikit blend tak jalan, pui.. kena banyak baru jalan. Yunnan tu bukan makan banyak sangat pun.. last last buang je yang lebih lebih..

Bila beli yang avent ni, ya allahhhhhhh... senang banyak aku cakap ko...

Kopek potato/buah/lain - lain.

Letak air ikut berapa minit. Kalau kentang kena letak 200ml aka 20 minit. Then nanti dia steam.

 Steam kan dia...

Lepas steam, terbalikkan jug untuk blend pulak. Bukankah mudah??
khasiat dia pun tak hilang ok.
Ku sukaaaaaaaaaaaaaaaa....

Kalau nak blend kasar pun boleh...

Siap.
Jadi mari transfer...

Nyumsss...
Tak payah aku nak basuh banyak benda. Basuh jug ajer... =)

no 3
Microwave.
Akhirnya kami beli jugak...

Beli yang murah je sebab utama nak ada microwave ni, untuk panaskan makanan je, haha...
dasar malas lagi nak basuh segala periuk...

So im a happy housewife...
Tq husband... Love u so much

Love: Ceera =P

The ride

$
0
0
Lihat video ini...

So cool huh?
Ini adalah iklan PETRONAS yang terbaru.
Kesinambungan dari diselubungi misteri yang pernah ku ceritakan dulu.
Ingat lagi ke tidak???
Part 1 Misteri di German yang mana ada cahaya yang aneh
Part 2, Ada cahaya mengejar trak di lebuhraya, dan barang dalam trak hilang
Part 3, kewujudan makhluk asing di Stuggurt

Dan ini Part 4.
Mari ku huraikan serba sedikit... Setelah tersebarnya berita kemunculan makhluk asing dan filem yang memaparkan sebuah kereta dikejar oleh makhluk tersebut, akhirnya PETRONAS muncul dengan sebuah iklan terbaru. Seorang penjaga bilik makmal MERCEDES AMG-PETRONAS terpegun melihat kehebatan jentera AMG terbaru, dan satu minyak pelincir yang menguasainya. Oleh kerana ingin tahu akan kehebatan prestasi PETRONAS SYNTIUM 7000, secara senyap beliau telah memandu keluar kereta berenjin turbo AMG 2.0 liter empat silinder untuk dipandu sendiri.

Check info here

Terpesona dengan kehebatan luar biasa yang telah dialami, penjaga makmal pulang dengan perasaan terlalu teruja. Malah makhluk asing yang mendiami tubuh penjaga makmal tersebut pun tidak dapat mengawal perasaan. Baginya, kehebatan spesis baru yang dihasilkan manusia ini memang cukup luar biasa. Akhirnya makhluk asing tersebut terus melarikan diri menuju ke kapal induk sambil mencapai sebotol PETRONAS SYNTIUM bersamanya.

Teknologi yang dihasilkan cukup luar biasa, sehingga makhluk di planet lain sanggup melakukan apa saja untuk cuba menandinginya.

Syabas PETRONAS

Love: Ceera =P
Viewing all 187 articles
Browse latest View live