Bila dipikirkan nak kena update sekaligus pasal pangkor ni la yang membuatkan aku nak menangguh nangguh entry ni sampai ke sudah... ini pun ada tahap kemalasan nak update, tapi ku tak layankannnnnnnnn jebat... Yela, takkan nak peram pulak kan, jadinya marilah kita cerita ceritu secara pantassssssss...
So korang pun sila baca secara pantas juga ye.
Semua gambar aku dah kira ada 47, hahaha...
cerita 3 hari 2 malam di ringkaskan ke dalam satu entry sahaja. Kes malas nak pecah-pecahkan entry.
Lagipun kat sana, tak banyak sangat ambil gambar.
Gambar keisha mandi pool pun takde, gambar keisha buat sand castle juga tak ada...
Malas nak bawak camera...
Ok ok...
Plan nak ke pangkor ni makan tahun jugak la..
Mula mula adik badik plan nak ke pulau pemanggil. Tiba tiba takde siapa pulak nak arrange kan... so macam senyap begitu saja... Lepas tu ciput cakap jom ah pergi perhentian/redang. Sebab sana pulau dan air dia cun... mula mula semua ok, tetiba bangcik ajak pergi pangkor je sebab katanya nanti mesti mak tak larat nak travel jejauh kalau sampai ke ganu sana. Fioneeeeeee pangkor pun pangkor la...
Tapi hujung hujung citer, mak abah tak ikut pun, pffftttttt...
Actually, bila dah plan and bayar semua tu yang tiba tiba abah jatuh sakit.
Tapi nak taknak kena la jugak pergi sebab dah bayar kan...
So tak semua adik badik yang ada...
Andak, ana, abang, ayie takde.
Mak abah pun takde.
Kurang seronok rasa...
Nak buat macammana, ada yang tiba tiba ada hal. Ada yang kena jaga mak abah, gitu la...
Kakak dah semangat nak berjalan nak naik boat...
Kitorang balik kg sabak bernam dulu hari jumaat tu... Mama nak balik kampung sebab nak buat kenduri sikit kat sana. So kitorang hanto ma balik dulu. Esoknya sabtu baru terus ke lumut.
Adik badik yang lain, jumaat malam tu dorang balik tronoh tengok opah...
Jadinya, pagi sabtu tu dorang pergi lumut dari tronoh la. So lagi dokek...
Aku pagi sabtu tu bangun jam berapa entah, aku pun tak ingat. Tapi boleh tahan pagi jugak la.
Pung pang pung pang anak 2, lewat jugak keluar rumah.
Tapi cun cun sampai lumut before 11am. Sebab nak naik feri jam 11.30
Kusssssssssssss semangat.
Dah la parking sikit punya jauh... mengah ahkak berjalan vogue vogue dukung anak sampai senget senget bahu. Tapi topi dan spek tetap tak tanggal ye. Eskiusme, hehehe...
Laki aku lagi gagah perkasa. Dengan keisha berdukung, sambil sebelah tangan bawah barang.
Masa kitorang tengah berpoluh poluh berjalan kaki nak ke jeti. Sekali tengok ehhhhhhhhh akak akak aku pun baru sampai ke? Derrrrrrrr... ingatkan aku macam dah lambat sangat tadi...
Yunnan dengan kakaknya...
Tak boleh percaya aku anak buah aku dah masuk kolej...
Tetiba nanti dah nak kahwin. Tetiba kang ada anak. Arghhhhhhhh nenek la aku!
Feeling feeling...
Alang, kakida and me...
Disebabkan kitorang nak bermalam kat teluk dalam resort. Jadi kitorang tak payah la susah susah nak beratur panjang bila nak naik boat. Ada boat khas nak ke sinun. Terus berlagak VIP, hahaha...
Akak...
Dalam boat...
Shekshinye anak mummy...
Biasa la, orang opeghak jarang naik boat. Haruslah pergi naik atas amik gambar... Hehehe...
Gayat kot... bukan gayat tinggi. Tapi gayat rasa macam nak terbang sebab angin kuat sangat...
Keluarga kecil saya...
Aku kat atas ni kejap je.
Elok ambil gambar terus lari turun bawah.
Ciput and keisha dah nak sampai, baru reti nak turun bawah. Tak tahu panas ke dorang??? Panas gila kot kat atas tu...
Dah sampai!!!!
Angin sangat kuat. Tengok la rambut aku, hahaha...
Jap aku ada keek... keek naik van. Sendat semua sumbat dalam satu van, hahaha...
Nak menjeleskan andak la konon. Padahal dia lagi seronok sebab ada kat HK disneyland sana...
Sesampai..
Dapat checkin awal, sebab banyak bilik kosong...
Ok la teluk dalam resort ni. Sebab kitorang amik bilik yang betul betul depan beach. So dapat la merasai suasana beach tu... Kalau sapa yang amik bilik yang jauh jauh, memang tak dengar la bunyi deruan ombak tu sangat....
Macam kakcik, kaklang, akak and kakida, dorang amik chalet yang besar sikit. Chalet tu jauh kebelakang. Jauh daripada beach la...
Tapi dorang fedulik hape sangat pun semua tu. Dorang ni tahu nak melepak menggosip je lebih, hahaha...
Dalam bilik...
Paling kesian bilik kaklang la. Kerusi pun takde kaklang kata, hahaha...
Pastu bila tanya orang sana mana kerusi/sofa... selamba je dorang jawab kerusi dah patah... adoiyaiiiiiii, orang bayar mahal mahal itu yang ko jawab. Atleast amik la kerusi kat bilik lain, ini tak... lepas tu kat sana, towel pun nak kena mintak. Derrrrrrrrrrrrrrr...
Kita datang hotel compom2 ah tak bawak towel kan. Buat berat beg jeeeeeeee... dah kenapa ko tak sediakan towel siap siap, sepak nak???
Melepak sampai ke sudah.
Nak ke bilik dorang jauh. So kuasa aku nak kesana..
Best lepak bilik sebab depan laut. Tapi angin tak kuat sangat kat sini...
Bila tengah lepak lepak macam ni, baru teringat kat cherating... lama dah tak jengah cherating. Dulu muntah asyik pergi cherating je...
Kalau cherating mesti lagi best kan B. Angin kuat... sejuk je. Tak payah pasang aircond pun takpe. Rindu la nak pergi cherating. Jom...
Kan, lama dah kita tak pergi cherating. Nanti la hujung tahun ke. Kita ajak ma and daddy sekali...
Pastu nak makan satar. Rindunyaaaa...
Biar jarang jarang pergi baru rinduuuuu..
Kalau setahun 3 kali memang muntoh...
Pemandangan depan bilik...
Ini la rupa chaletnya...
Ok la..
Kalau tengok kat website kemain lagi nampak cantik gah gah gitu kan...
Tapi hakikatnya, biasa je ponnnnnn... Itu semua gambar 10tahun sebelum. Memang la nampak shining shining baru baru. Tapi 10tahun selepas, sedehhhhhhhhhhhhh...
But issokay... weols ok je. *mata keatas
Minum petang.
Kat sana takde ala carte. So kalau macam tak amik pakej makan sekali tu macam susah sikit...
Nak tunggu tea time memang berjangguit.
Nasib baik la kitorang ni ada bawak macam macam jajan. Kalau kebulur melantak la apa yang ada dulu...
Konon sangat la ni, taknak amik pakej makan sekali. Bila tak amik, tu yang jadi macam ni... kelaparan memanjang, hahaha...
Cuaca memang terbaik punya panas la...
Dah la bilik jauh. Menangisi je berjalan sambil kendong anak...
So aktiviti hari pertama tu... tak berapa banyak sangat la.
Sampai dah tengahari. Lepas tu melepak dalam bilik chill chill.
Petang turun tea time. Melantak nasik bihun goreng dengan karipap habis-habisan sebab itu je yang ada nya pun... Lepas makan, turun beach sebab nak main pasir dengan keisha sementara yunnan tidur kat dalam bilik. Ciput jaga...
Lepas puas main pasir. Turun swimming pool main baling baling bola dengan adik badik...
Malam pulak, keluar cari makan kat town..
Part keluar cari makan tu pun kelakar...
Yang drivernya cina. Jadi dia bawak la kitorang pergi makan kat kawasan cina sesado... Dah tu nak makan menda... kedai melayu pulak penuh sepenuhnya... kalau tunggu mahu sejam dua baru dapat makanan. Aku dengan bawak anak kecik dua orang. Tak sanggup!!!
Last last masuk hotel, makan kat cafe dalam tu. Puas hati! Tak kisah la makanan dia tahap mana. Yang penting makan. Lapar gila kot...
Keek tunggu makanan dalam kelaparan..
Keisha tak sempat nak makan. Dia dah tidur dah.
Mengantuk sangat. Time tu dah nak kul 10... Penat petang tak habis. Tu yang ketiduran awal tu sampai makan pun takde selera...
Pagi hari kedua...
Bfast kelam kabut. Sebab aku jam 9 baru bangun.
Bfast habis kul 9 jugak katanya, hahahaha... kong ajooooooo bakpe cepat sangat entah..
So dengan tak mandi terus pergi bfast...
Tapi kul 10lebih kot baru dorang clearkan.
Nasib baik...
Gambar tak amik sebab terlalu kelam kabut paham, hahahaha...
So aktiviti hari kedua, lebih kurang jugak macam semalam.
Cuma petang tu aku melepak bilik kakcik borak borak.
Lepas tu petang main rebut rebut bola dengan adik badik sementara ciput keisha yunnan tidur dalam bilik. Hahaha.. ambil kesempatan la uols. Kalau tak dah macam percutian sendiri sendiri la pulak. Tak macam percutian dengan adik badik...
Malam, weols decide taknak keluar.
Makan kat dalam resort je. Tapi adik badik aku yang lain keluar la. Dorang nak makan ikan bakar.. Aku macam tak kuasa dah. Anak anak aku kang cranky aku jugak yang kena layan... Jadi baik la tak payah...
So kepoyoan resort ni, adalah tak ada ala carte. Boleh je nak makan buffet tapi macam arghhh aku nak makan sikit je. Kang kalau amik buffet dah tentu tentu tak dapat mengawal napsu...
Dorang kata kat sebelah cafe nama kedai dia apa entah. Kopitiam macam tu la, ada ala carte. So weols pun makan situ je... harga makanan campur air kalau dikira kira sama je macam ko makan buffet, haha.. tapi tak apa, sebab utama kita apa??? taknak makan banyak...
Tengah sesedap makan boleh tak blackout.
Derrrrrrrrr...
Satu Pangkor blackout ok. Aku ingat kan kat resort je blackout. Sekali dapat wasap daripada adik badik semua pun cakap gelap gelap, hahaha... nasib la. Sampai ke sudah kitorang makan dalam gelap. Otw balik bilik pun masih bergelap. Nasib baik sebelum tidur tu ada letrik balik. Lama jugak la takde letrik. Nak 2 jam rasanya. Tangan aku dah lenguh mengipas anak. Sebbaik dah ada letrik balik...
Bangun bangunnnnnnnnnnnn...
Pagi bfast awal sikit. Takut jadi macam semalam makan laju laju, haha...
Sebelum balik bilik, berjalan dulu kat pantai dan ambil gambar.
Petang nak balik dah... Gambar kat pantai sekeping pun nan ado... Panas membahang ok time ni. Nak amik gambar punya pasal, sanggupppppppppp...
Tak boleh burok lagi ke muka tu, hahaha...
Pantai dia kotor la. Nak mandi pun tak semenggah rasa...
Takut amik feel ombak tu boleh la.
Dah bersiap nak balik...
Bye bye pangkorrrrrrrrrrrr...
Boleh la setakat nak lepak lepak je pangkor ni.
Jangan meletakkan expectation yang terlalu tinggi kalau nak kesini ye...
Okbai
Love: Ceera