Quantcast
Channel: Ceeramoon
Viewing all 187 articles
Browse latest View live

Cerita puasa 1 dan video yunnan jalan

$
0
0
Assalamualaikum...
Ewahhhhhhhhhh mentang-mentang ramadhan kan, bagi salam terus...
So macammana berbuka korang?
Ada meriah tak?
Aku biasa biasa je. Kalau nak meriah biasanya kat rumah mak je. Kalau rumah sendiri, beli apa yang patut je. Macam semalam, ciput balik awal. Kul 6lebih dah sampai. Masa dia sampai, kitorang kat luar rumah tengah main. Yunnan kan dah pandai jalan, syok la bawak dia main luar. Tapi kat luar tu, kalau tak kotor memang tak sah la.. aku bior je anak-anak aku kotor, lantak pi situ... sebab bila dah puas main, aku mandikan dorang terus kat luar. Seronok je dorang, hari hari mandi luar.

Masa ciput balik, dia ajak pergi jalan bazar. Bawah rumah aku je, dekat.
Paham-paham je la hari pertama puasa. Semua pun excited kot nak pergi bazaar. Kitorang sampai kul 630 , lauk semua dah licin okey. Menangisi!!!
Bukan kata lauk, air pun licin.
Semua stok beli makanan nak telan telan ke nak makan nie.
Kalau ada yang tinggal pun semua kena beratur panjang, pfffttt..
Baru ingat nak berbuka dengan kerabu. Sekali kerabu semua ilek pocik...

So dapat beli samosa 4. Lepas tu beli air 2.
Itu pun beli air kat kedai depan sekali. Mungkin semua pun jalan hujung hujung dulu. Kedai depan takda orang beli sangat. Aku baru nak sedih takde air sejuk untuk berbuka. Masa tengah tunggu ciput kat tengah jalan sementara dia pergi kedai depan, elok dia datang tengok kat tangan dia ada air 2 bungkus. Yeayyyyyyyyy....
Air asam boi satu. Air laici satu.
Oh sedapnya kalau teringat...

Disebabkan tak dapat beli lauk satu hape pun. Kitorang pergi cari kat kedai atas pulak.
Eh lupa nak citer. Masa jalan jalan kat bazaar, ternampak tomak, wifey and anak dia yang comel tembam tu...
Tomok kuruihhhhhhh je. Wife dia pun kuruihhhhhhhh je. Anak dia tu yang bambam gewammmmmmm...
Ok dah...
Nak jobo bagitau jumpa tomok je, kahkah...

Kan ke rumah aku tu atas bukit.
Kitorang bawak anak anak semua la. Jalan kaki je ke bazaar.
Bawak stroller sekali. Keisha dok dalam tu. Yunnan ciput dukung.
Masa nak balik, membontot la tolak stroller naik bukit. Letih hoiiii...
Si keisha kita suruh jalan, takmo ni.
Ko tahu dia cakap apa...

Takmo jalan. Jalan penat.
-_-

Ayooooooooooo kecik kecik dah pemalas takmo jalan...
Sabar je la...

Ciput amik kunci keta, kita pergi kedai atas.
Tapau lauk 3 jenis.
So berbuka dengan bersederhana saja semalam.
Gambar ada amik. Tapi malas pulak aku nak transfer. So entry tak bergambar sudah la ye...
Malam tu kul 9.30 kitorang dah masuk bilik.
Kul 10 semua dah tidur. Gila awal.
Anak anak aku pun tidur kul 10 jugak. Kalau tak, selagi tak 12 selagi tu tak tidur...
Esok pagi kul 430 bangun masak sahur...

So sahur pagi tadi sukses.
Masak slow slow. Jam 515 makan slow slow jugak...
Now aku bertenaga tak lembik macam semalam.

Hari ni insy berbuka rumah mertua..
Besok baru berbuka rumah mak.

Oh aku cakap yunnan dah pandai jalan kan.
Nah video dia.
Semalam aku ada keek.



Yunnan dah 10 bulan
Dia dah start jalan a few steps masa dia 9bulan ++
Awal gileh...
Skang dah berjalan ajer... Jatuh jatuh bangun jalan, jatuh lagi bangun jalan....
Budak tak serik namanya ni...
Pernah jadi superman jugak, hahaha.. dari sofa tetiba hilang. Rupanya dah jatuh ke bawah. Bukan dari depan tau, tempat kita sandar tu. Kat situ la dia terbang ke belakang, hahahahaha.. lawok betul bila ingat. 

Love: Ceera =P

Ikan bilis

$
0
0
Lauk kegemaran time sahur.

Aku rasa ramai la yang gemar makan sahur benda kering kering macam ni.
Selera dia lain macam. Boleh bertambah tambah macam berbuka.
Cuba ko bagi makan kuah kuah masak lemak time sahur, adoiyaiiii, kembang tekak. Makan pun main cuit cuit je. Lepas tu tengok nasik, kenapakah ko tak luak-luak nasi. Rasa letak sikit je tadi, haha...

So inilah sahur ku pagi tadi dan pagi pertama yang terlajak itu...
Dan mungkin akan jadi lauk sahur untuk besok lusa dan sampai habis ramadhan, kahkah...
Ini la pun paling senang pantas dan sedap...
Yang lain, lemauuuuu...
Eh kejap, ada satu lagi sedap. Telur dadar... nyums..
Ikan bilis ni sedap terhamat okey. Garing hangat hangat.
Aku beli time kat lumut hari tu,
Menyesal beli 500mg ajer. Kalau aku tahu begitu sedap dan garing aku beli sampai 2kg buat stok.
Bekalan ikan bilis dah tinggal separuh je ni, 3 kali sahur habis lah dia...
Kat mana nak beli yang sesedap ni lagi.
Sebab selalu aku beli mesti salah beli. Padahal dah beli yang paling mahal tu. Bencik...

Ok tu je nak citer.
Sebab aku tau, bulan puasa ni luar biasa sikit visitors blog.
Ramai lain macam. Semua pun nak online kan. Nak makan tak boleh. Surf tenet la apa lagi...

Nak resepi ke?
Eh jangan nak mengada ngada. Masak ikan bilis ni pun tak tahu. Pergi terjun bangunan k.

note: pasal ikan bilis pun boleh buat entry kan, kahkahkah...

Love: Ceera

Burger Al-Lazat memang lazat

$
0
0
Hari tu masa melepak lepak kat rumah mama, jeppa bagitau ada kedai baru bukak kat bandar sri permaisuri. *kitorang memang macam ni. Pantang ada kedai makan baru bukak kat kawasan sini, haha*

Ira, burger abang burn dah ada kat permaisuri.
Kat mana?
Dekat dengan satay station sana...
Yeke??? wahhhh dekat la nanti kalau nak pergi.
Sedap tak?
Sedapppppppppppp... pergi la try. Memang sedap!

Lastweek, tetiba dapat invitation kat email kata ada launching burger baru kat kedai abang burn. Tengok alamat, bandar sri permaisuri. Ehhhhhhhhhh kena pergi ni. Dekat dengan rumah, gila ko tak pergi. Untung untung dapat makan beger free, hehehe...
Asal free laju je kennnnnnnn...

Ditemani suami...
Anak-anak tinggal sat kat rumah mama...
Masa nak masuk tu ciput cuak, eh kenapa ada kerusi kerusi ni yang, ada sidang media ker?
Derrrrrrrrr, bini dia ni blogger poyo konon media la nie...
Ye, blogger sudah poyo. Sentiasa perahsan media, hahaha...

Ok aku cerita secara pantas ye, kenapa abang burn ajak media and blogger ke restoran dia.
Selain nak bagitau ada burger bakar baru *nanti aku show off*. Abang burn juga bakal bukak satu lagi cawangan BBAB di bahagian lembah klang di mana ia akan beroperasi semata-mara untuk tujuan infaq di mana semua keuntungan bulanan akan diberikan kepada anak yatim dan juga fakir miskin.

Alhamdulillahhhhhhhhhhhh

Semoga murah lagi rezeki abang burn. Doa dari saya...
Bila pengarah pengarah bagi ucapan tujuan majlis ni, terus sejukkkkkkkkk hati aku. Bukan aku je la, aku syak semua orang pun sejuk hati dengan niat mulia abang burn dan yang lain...

So sekarang ni, BBAB dah ada 18 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia.
5 cawangan restoran, dan 13 kiosk tetap...

Pengarah eksekutif dan juga pengarah urusan.
Ini bukan abang burn ok. Abang burn masih misteri.
Memang misteri sungguh abang burn ni tau... tsk..

Tu diaaaaaaaaaaaa perasmian buger baru dari BBAB.
Yang diberi nama Al-Lazat.
Sumpah lazat!!!!

Pekerja abang burn. Kemain menyengih bila aku nak amik gambar.
Terima kasih kerana memberi kerjasaman...

Ok, nak tunjuk burger baru sempena ramadhan.
Bukak mata besar besar, dan jangan nak telan ailio lebih sangat, hahaha...

Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
Nak kena pi pekena lagi ni.
Sebbaik dokek...
Burger al-lazat ni, ramadhan je ada uolssssssss... so ko memang kena try. Kalau dah raya baru nak try, menangis la ko disana... jangan harap nak ada lagi. Tunggu la ramadhan tahun depannya pula...

Dia bukan satu jenis je tu. Ada lebih kurang 6 jenis.
Yang aku tunjuk ni antara 3 jenis yang ada. Tapi semua ayam percik.
Aku amik semua gambar, tapi bila nak edit aku macam eh macam sama je semuanya, hahahaha... tak reti ahkak nak beza bezakan la. Yang akak reti beza bila cheese banyak je... itu cheese kalau dapat ngap memang menangis la...

Aku dapat yang bukan cheese banyak. Mencik.
Tapi takpe, nextweek i dah boleh order sendiri.
Yang ni nama apa entah. Memang sedap gila..
Sedap sedap sedap giler ahhhhhhhhh.
Roti lembut, ayam percik dia pun lembut. Takde tulang ok. Sos dia pun sedap. Memang combination yang meletop pop popppppppp...

Dua keping gambar dengan burger je cukup
Aku tak sabar nak ngap ni, hahaha...

Yang ni memang buat aku telan ailio lapanploh kali. Y so kejam di bulan puasa ha????

Bloggers dan media yang hadir.
Aku simple nak mampos. Kata 2 minit dah sampai, hewhew...

So puasa nanti, semua wajib order burger al-lazat dari BBAB okey. Insy dengan order kita, mana tahu abang burn akan bukak lagi satu cawangan untuk tujuan infaq...

Selamat maju jaya team abang burn!!!

Facebook: burger bakar abang burn
Website: www.abangburn.com

Love: Ceera

Perubahan demi anak

$
0
0
Aku adalah seorang surirumah dengan dua orang anak.
Dulu, masa aku kecik kecik... aku tak pernah terfikir langsung nak jadi HW!!!
Dalam fikiran aku, nanti aku dah besar, habis sekolah aku nak sambung belajar masuk U. Habis U nak kerja best best baru kahwin. Dah kahwin taknak duduk rumah, tak suka. Kalau nak boleh nak kerja pakai baju cantik cantik. Nak beli kereta. Nak ada duit sendiri setiap bulan. Laki pun bagi duit jugak tiap bulan. Tapi aku nak jugak ada duit sendiri. Baru berkepok kepok sikit duit, wahhhh... Baru la boleh beli macam macam benda tanpa perlu lihat price tag.

Kemain impian dia ken, nak beli barang taknak tengok price tag.
Konon nak main ambil ambil je, pastu pergi cashier bayar.
Hehehe...
Impian perempuannnn...

Tapi sekarang, apa yang aku impikan, nampaknya sangat berbeza dengan kehidupan aku sekarang di mana aku sendiri tak sangka yang aku adalah housewife yang menjaga anak dirumah...

Aku rasa readers aku yang lama tahu la kot yang aku berhenti kerja bila tahu aku mengandung.
Elok mengandung 2 bulan terus berhenti kerja.
Faktor utama - Malasssssssssssss
Faktor kedua - nak jaga anak sendiri.


Selalu je dulu kalau aku pergi rumah sedara mara orang akan tanya aku.
Kerja apa???
Bila aku cakap tak kerja, jaga anak ajer, dorang macam laaa tak kerja ke???
Orang sekarang, dah macam terbiasa tengok orang perempuan bekerja. Bagi dorang orang perempuan tak berkerja adalah pelik. Jadi aku adalah nampak pelik disini.
Kenapa? tak boleh ke kalau tak kerja. Tak boleh ke kalau kerja aku menghabiskan duit laki je, kahkah...
Tapi ada setengah orang pulak, akan bagi expression yang macam ni...
Wahhhhhhhhhhh tak kerja ker, bestnya.
Mungkin itu impan dia jugak kot. Hehehe....

So perubahan yang aku buat dengan tidak berkerja, wpon dah belajar tinggi tinggi, langsung aku tak menyesal. Bagi aku its worth la bila aku nampak anak-anak membesar depan mata dan sangat sangat rapat dengan aku. Semua keputusan anak, aku yang buat. Maksud aku cara asuhan anak semua terletak kat tangan aku. Dan macammana pun, dorang mesti nak aku. Berpisah sehari besoknya dah carik aku. Eh jangan kata anak la. Aku pun macam tu. Baru tak jumpa sehari dah rindu rinduan...
Ikatan kekeluargaan tu sangat kuat dan kasih sayang pun kuat jugak.


Walaupun sekarang, duduk rumah jarang pakai baju cantik cantik, hehe... tapi tetap happy sebab dapat tengok anak membesar depan mata dapat pakaikan baju dorang dengan sempurna.
Walaupun sekarang rasa lagi nak patah pinggang jaga anak, tapi tetap happy sebab dapat tengok telatah mereka yang macam-macam, telatah/perkara pertama kali dorang semua aku dapat tengok dulu.
Walaupun sekarang jarang keluar tengok wayang tapi tetap ok walau hanya tengok movie dekat tv dengan anak-anak, lebih syiok apa...

So I'm okey
I'm happy with my life. With my 2 beautiful children and husband.

Kadang-kadang hidup perlu diubah untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik
Jangan takut untuk berubah. Kerana perubahan pasti akan menjanjikan sesuatu yang lebih indah di masa hadapan...

So what is ur story?
Ada story yang nak diceritakan berkenaan perubahan yang anda lakukan untuk bayi anda.
Kalau ada, mari kongsikan disini... www.drypers.com.my/changes
Kerana anda peluang memenangi sehingga RM12,000 hanya dengan berkongsi cerita dengan drypers.

Ni antara story yang menarik patut anda tengok.

Untuk bagi anak selesa, sanggup korbankan benda lain yang pernah diimpikan...

Love: Ceera =P

Semalam di Golden Palm Resort

$
0
0
Tak sabar gile nak pergi sepang ni.
Dari hari ke sehari menghitung hari.
Padahal nak tidur semalam je pun, haha...
So minggu last before puasa, ke sana la kami...
Ini company trip ciput.
Aku dah citer kot lastyear, company ciput akan spend kan RM600 every year untuk staff pergi bercuti. So kami pilih pergi golden palm resort sebab senang nak bawak anak-anak. Lagipun kalau guna duit sendiri nak ke sini, hmmmm hmmmm pikir dua tiga empat kali jugak kot, hehe...

Otw...
Nasib baik dua dua tidur.
Keisha amik gambar muka masam sebab dia majuk dengan daddy dia, hehe..
Tapi lepas tu tidurlah dia.
Skang keisha dah pandai tidur dalam keta, kalau duaaaaaaaa... adoiyai, boleh kira bape kali je dia tidur dalam keta. Tapi kali ni, dah kerap kali dah... Yunnan pulak memang timing tidur dia, bagi kuih terus lelap.
Aman kejap dunia aku dengan ciput...
Sebab yunnan kalau tak tidur, hura hara aku dibuatnya...

Cuaca adalah sangat cunnnnnnnnn...
Tak panas sangat. Tak juga mendung...
Masa dalam perjalanan je la. Sampai je resort, terus panas membahang.

Bangun dah budak tembam mummy.
Ok nak huru hara dah boleh, sebab sikit je lagi nak sampai..
Mummy can handle u.

Dah sampai....

Anak mummy feeling feeling nampak...

Naik shuttle nak ke bilik...
Kawasan dia adalah sangat besar.
Boleh la amik basikal. Tapi bilik kitorang dapat bahagian depan depan je. Jadi jalan kaki sudah. Lagipun nak naik beskal camne pulak ada anak kecik macam ni. Kalau ada tempat sit dia ok jugak. Boleh bawak dorang seround dua. Dah la kat sana angin kuat. Layan habis.

Pokcik excited lebih.
Kemain berdoa taknak bilik atas, sekali memang dapat bilik atas, pffftttt...
Letih nak angkut stroller turun naik je.
Tapi yang syiok bilik atas sebab angin kuat...
Lepak luar memang terbaik ah...

Besar memang bilik dia.
Amik premier pun dah besar. Kalau amik yang up up lagi, terus taknak balik kot.


Keisha dah pandai menikmati percutian. Tak habis-habis dia cakap, bestnye bestnya, hahaha..
Kelakar bila dengar dia cakap camtu.
Bangun pagi pun macam tu jugak, elok kat ceruk sambil berselimut, dia cakap bestnya bestnya sambil kaki usap usap katil.
Besar dah anak mummy ni la haiiiiiiiiiiiii....





Kat luar beranda ni pun kemain besor.
Best la bebudak ni main kejor kejor.
Aku ni kan jenis seriau sikit. Nak pulak ada 2 palang tu macam dah goyang sikit. Mula la aku pikir bukan bukan, kang terjatuh pulak anak aku ni kang... so setiap kali dorang pegang palang mula la aku yang ni jangan pegang, yang ni boleh pegang, hahaha...
Maaflah, mak ko ni memang tak fun...

Baru sampai, kena la amik gambar banyak-banyak sikit, hehehe......

Ok jom mandi rasmikan bilik ayor dia yang besar itu. Lepas tu jom jalan jalan kat luar amik gambar...

Ecewahhhh....

Penat gila nak jalan sampai  ke hujung. Kemain jauh lagi. Siapa dapat bilik hujung memang kena amik beskal. Kalau nak ke cafe pergi makan, baru kenyang. Sampai bilik dah lapar balik. Kemain jauh lagi, haha...

Besar gila bilik bahagian sini. Kalau datang bawak family reramai kena sewa kat bilik sini. Baru meriah...

Jalan-jalan kejap je. Lepas tu dah menggelupur nak balik bilik. Panas boleh tahan ah.
Duduk bilik, lepak luar minum air lagi best.

Dinner kat sini, macam mana nak cakap ye.
Kalau takat nak kenyangkan perut tu boleh la.
Food dia tak 5 star sangat. Takat 2 star ajer.
Tak tahu kenapa tak 5 star. Bilik dah meletop, sekali makanan... alahai, potong habis.
Tapi takpe, makan je jangan banyak citer. Yang penting kenyang.

Ambil angin malam...

Breakfast pun cenggitu jugak.
Masa bfast makan yang alahai alahai ni. Terus teringat kat HK Disneyland punya bfast, terbaik, sangat baik, wallahhhhhhhhh... banyak pilihan.
Tak jumpa lagi hotel kat msia buat macam tu lagi. Semua jenis nak cut cost je. Mencik.

Banyak jugak keisha makan skang, bagus. Mood nak makan dah ada la tu.

Habis bfast, balik bilik. Baring baring kejap menikmati kemudian kemas baju dah nak pulang. Sekejap je, jadikla...


Otw pulang, yunnan tak tidur. Huru hara aku nak pegang dia. Dah la 2 jam perjalanan.
Keisha pulak elok tidur. Bagus...
Ok itu ajer ceritanya. Nak kongsi gambar je yang lebih sebenarnya...


Love: Ceera =P

Mahukan wall makeover secara percuma?

$
0
0
Mahu mahu???
Sebelum itu tengok gambar-gambar wall ni dulu.
Santek kan???
Aku dah terbeliak beliak mata menengok. macam ni nak, macam itu pun nak. Tapi aku dah simpan design aku awal awal. Taknak show off sini. Kang korang amik, sama la nanti dengan rumah aku, kahkahkah...
Kita dekut, taknak sama sama dengan korang. Nak spesel.
Ewahhhhhhhh..
Entah entah nanti sama jugak...

Ahhhhhhhhh lawa...
Sebab rumah aku ni takde kena mengena dengan color pepel, jadi harapan je la aku nak buat wall begini...

Ni pun lawa.

Yang ni pun lawa. Herghhhhhhhhhhh...

Nak macam ni pun boleh...

Kalau ada anak gadis, boleh design macam ni. Meletop pop pop bilik anak ko...
Silap-silap ko pun nak tidur bilik anak jugak, haha...

Cantik jugak...

Macam-macam design ada.
Boleh KLIK SINI kalau nak tengok.

Ok macam yang aku cakap tadi.
Kalau agak agak nak try dapat free makeover.
Kebetulan, Nadia tengah cari 3 buah rumah untuk di makeover.
Tapi satu wall je la, di mana worth RM500...
Cara nak join senang ajer...

Yang penting, ko kena duduk kat lembah klang.
Tapi if mereka yang duduk jauh selain lembah klang pun boleh join jugak, cuma team Na tak dapat la datang rumah untuk buatkan. Ko hanya boleh dapat stensils sahaja... nnti sendiri boleh buat kat rumah, nescaya ba ba bommmmmmmm jugak. Sama standed dengan kru wall makeover by na buatkan...

Syarat-syaratnya:

  1. Like facebook Wall Makeover by Na
  2. Like facebook nadiafarahida, sebab beliau yang akan pilih 3 orang pemenang itu.
  3. Pilih satu gambar design kat dalam fb Wall makeover by Na yang korang rasa cantikkkkkkkkkkkk sangat dan berkenan di mata hati. Gitu.
  4. Buat 1 entry di blog masing-masing dan attachkan sekali design yang korang nak dan sambungkan ayat ini "Saya nak www.nadiafarida.com memilih rumah saya untuk di makeover oleh Wall Makeover by Na dengan design pilihan ini kerana ...................." ayat kasik la leleh sikit tau, hehehe...

 Nak panjang macammana pun ikut sokahati...
Tarikh tutup penyertaan adalah 20 July 2013 iaitu hari sabtu ini.
Sori macam nak cepat pulak ken, tapi takpe. benda baik macam ni, jangan di tangguh tangguh. Lepas je korang baca entry ni, terus terjah fb Wall makeover by Na dan pilih design dan buat entry... Buat time lunch hour tu k... hehehehe...

Lepas dah siap, tinggalkan link entry korang dekat entry nadia Saya sedang mencari 3 buah rumah untuk di makeover secara percuma, anyone?
Insy, kalau ada rezeki korang adalah ye...
Saya doakan adalah rezeki korang. Nanti untunglaaaaaaaaa rumah cantik...

Ni antara rumah yang pernah jadi pemenang dan di makeover...
http://www.nadiafarahida.com/2012/12/makeover-rumah-pemenang-utama.html

Good Luck

Love: Ceera  =P

Berbuka rumah mak memang ohsem

$
0
0
Hari sabtu hari 1st berbuka rumah mak...
Kebetulan semua adik beradik balik. Apa lagi meriah la uols...
Aku datang petang jam 6 macam tu. Tu pun dah berzikir kat telinga ciput sebab boleh pulak dia bantai tidur, eh aku pun tidur sekali, tapi aku bangun dulu. Bahahaha... keisha yunnan pun tidur, ah sudah. Takkan datang nak makan je kan, memang kena baling kasut la nanti. zacku dah menyinga kat dalam wasap suh balik awal, huhu...

Nasib baik kul 5lebih tu semua bangun.
Aku suruh ciput siap cepat cepat. Anak-anak tak payah mandi pun takpe. Bawak je busuk masam macam tu...

Sampai rumah mak terus singsing lengan menolong mak di dapur.
Amboi bunyi macam anak mithali sangat ni, padahallllllll mak suruh tolong lebih sikit terus cakap, asik atam je kena buat mak, andak tu satu keja tak habis-habis. Atam dah nak kena potong lain pulak... *Kong ajo punya anak...
Pastu mak cakap.
Mak nak ajar ko buat kerabu mangga ni. Kang ko tak reti...
Ye mak, atam gurau je tadi. Gurau anak beranak...

Ini la dia, benda kena potong potong ni.
Senang je. Tapi saja je memoyo gaduh gaduh kat dapur, hahaha...


Juga memotong ni.
Kiri budu, kanan cencalok...
Haaaaaaaaa sapa kata orang yang takde kena mengena dengan kelantan melaka tak pandai makan ini semua...

 Sup kambing, andak belikan...

Meriah air. Habis ok...
Aku skang mengalami sakit tekak teramat, dan batuk teramat sampai deria bau dan rasa dah hilang!!!
Tapi tak serik, buka puasa air sejuk juga ko telan...

 Kerabu...

 Kerang rebus

 Ikan siakap masak tiga rasa.
Kakcik and bangcik yang masak. Hebat!

Ikan tenggiri masak lemak.
Ini mesti la mak masak, sampai nak kacau pun takleh kacau dengan senduk ok. kena goyang goyangkan periuk tu. Mak punya gaya pelik pelik tau... dia taknak kasik ikan tu hancur kononnya. tapi bila sampai ke aku nak hidang, aku main senduk je. Lantak ko situ ikan...

Best sangat.
Penuh dapur mak...
Sampai tak cukup dah satu pusingan. Siap ada yang kena makan belakang belakang...
Aku makan laju laju sebab yunnan tak dapat dikawal.
Disebabkan dah tolong mak masak, mengemas tugas orang lain pulak, aku dah lari ke depan...

Malam tu, kitorang pergi terawih.
Ciput tolong jagakan keisha and yunnan...
Senang, anak dah besar sikit. Dah boleh tinggal macam tu je tak risau sangat...
Yunnan pun tak kerap sangat menyusu. Dia kalau dapat main, dia dah tak pedulik dah susu. Pancing tunjuk 'kuih' pun dia tak pedulik...

Love: Ceera =P

Sahur

$
0
0
Tetiba je dah hari ke 13 hari berpuasa.
Y so sekejap...
Ada 2 weken je yang tinggal. Macam tak cukup.
Weken depan nak balik sabak bernam. Weken satu lagi dah sibuk nak raya. Haihhhh tak cukup tak cukup... Kalau dapat 5 weken mungkin lebih syiok...

Semalam and kelmarin, aku shopping raya...
Sabtu shopping baju kurung. Ahad pulak shopping tudung.
Aku rasa aku punya bahagian untuk raya dah setel.
Keisha and yunnan pun dah setel. Ciput punya ada lagi yang tak setel.
Lepas tu ingat nak beli baju untuk orang tua pulak. Itu pun kalau ada lebih bajet. Kalau tak suruh adik beradik lain je yang beli. Sebab nak bagi duit raya ni pun aku kena korek korek, hahahaha...

Oh masa shopping raya baju kurung itu hari.
Tengah aku nak bayor, tetiba keisha kata dia nak shishi.
Kelamkabut la aku mencari toilet. Bawak dia pun laju-laju sebab ciput entah ke mana merayau dengan si yunnan.
Masuk je toilet, punya la nak laju masa nak tutup pintu bilik air, tersepit hujung jari hantu ku. Ouch!!!
Sakit nak mamps okey...
Dia punya sakit, sampai sekarang jari aku kebas.
Serius, sampai hari ni kebas.
Risau pulak aku...
Mungkin terkena urat jari tu kot, tu yang kebas sampai ke hari ni. *sedapkan hati*
Sebab bila aku goyang goyangkan jari, masih boleh lagi. Lepas tu kalau gigit masih sakit, haha... takut aku jari aku die...

Puasa tahun ni teruk sikit la...
Petang dah lembik semacam.
Kekadang tu datang pening. Kekadang tu lepas buka rasa nak demam pulak.
Dengan batuk yang tak kesudahan ni.
Dah la puasa kan, batuk menggila pun kat mana ko nak telan air.
Aku batuk siap menangis nangis...
Tapi berbuka, telan juga air sejuk kennn....
Pang baru tahu.
Hari ni nak try berbuka minum air biasa je... *tejuk tikit je*
Tak tahan la batuk ni. Macam nak tercabut tekak dibuatnya.

Sebenarnya nak cerita pasal sahur. Tapi biasala, kasik lalut dulu...

3 kali sahur roti sebab nak menghabiskan roti yang ada.
Sahur paling mudah nak buat dan menyelerakan jugak...
Lepas tu kenyang teramat.
Isi macam macam tak kenyang tak tahu la kan....

Teman mummy daddy sahur.
Baru sekali terjaga... Tapi sebab dia dah besar, kita bentang je selimut kat bawah suruh tidur balik.
Elok la dia tidur.
Asal nampak makpak depan mata...

Baru sekali sahur nasik goreng cili padi...
Gigih pagi pagi menumbuk bahan...

Baru sekali sahur mee goreng...
Sahur mee goreng memang tak ngam la.
Mungkin kalau mee goreng mamak lebih ngam, hahahaha....

Budak ni pulak dah 3 kali teman kitorang sahur.
Tapi takpe, habis sahur susukan dia, terus tidur balik.
Kalau di ajak main memang boleh baran jadiknya, haha... nasib baik elok tidur balik...

Hari lain, sahur dengan mertua...
Pagi tadi, panaskan pizza je. Lepas tu buat telur setengah masak.
Punya pemalassssssssss....

Ok tu je nak cerita.
Skang nak melayan anak-anak....

Love: Ceera =P

Dress cantik dari aafiyacollection

$
0
0
Nak jadi model jap untuk aafiya collection.
Cantik ke tidok? hehehe...

Suka ahkak baju ni...
Terletak je kat badan. Lepas tu ada tali kat belakang. Agak-agak badan naik sikit pun masih boleh pakai dress ni. Cuma jarang sikit la bahagian bawah tu. Tapi takpe, boleh pakai legging di dalam. Kalau tak pakai tudung, tak payah pakai apa-apa. Baru shekshi nampak tak nampak gitu...

Baju macam ni RM65 je.
Murah gileh.
Nak lagi murah sebab skang aafiya collection bagi 10% diskaun kat semua customer beliau.
Dari RM65 jadi RM58 jer... perghhhhhhhhh terbaik!

Apa lagi. Boleh la shopping raya.
Takkan sepanjang raya nak pakai baju kurung je ken. Kena la beli jubah dress sekali.
Atleast orang ajak pergi open house takde la bosan sangat asik baju kurung, baju kurung, baju kurung...
Macam baju aku tu, ada dua color.
Biru and hijau.
Cekidaut sini. KLIK

Cenggini lepas diskaun RM49
Ada color hitam dan grey...

 RM49

RM62

RM62

Tops ada 2 color. Pink and green
RM44

Palazo pants - RM62


Abaya dari dubai pun ada. kot-kot la nak pakai abaya di bulan ramadhon (sebut gaya kak Sheila rusly) ni pun boleh. yang abaya ni jenis kainnya korea crepe. kain tak nipis dan sejuk. saiz sampai 4XL. harga pun murah RM89 SAHAJA!

haa mana nak dapat rege gini kak *eh dah macam salesgirl pulok

Yang aku bagi harga tu semua dah potong dengan 10% diskaun...
Memang murah.
Kualiti kain tip top...
Berbaloi baloi.

Berita baik untuk pembeli terawal, korang akan dapat freegift daripada Aafiya Collection. apakah freegift itewwww? *kelip2 mata. rahsia, kenalah shopping kat aafiya collection dulu hehe

Web : http://www.aafiyacollection.blogspot.com
Instagram : @aafiyacollection
Facebook : aafiya Collection



Love: Ceera

Air tangan mak memang best

$
0
0
Ni buka puasa bila entah, aku pun dah lupa.
Tapi yang pasti ini berbuka kat rumah emak..
Aku kalau buka rumah emak je aku jaja gambar macam ni. Kalau takat buka beli kat bazaar, kuasa aku nak amik gambar. Ngap terus lebih bagus. Walaupun kekadang kembang tekak beli lauk kat bazaar. Tapi wat to do, malas masak ken. Telan je la...

Dah 4 hari tak balik berbuka rumah mak.
Semalam abah call tanya buka mana. Terus aku cakap esok atam buka sana...
Suara abah aku kan dah kecik...
Bila abah call, aku boleh syak zackU yang call, hahahaha...
Kemain beza ok suara abah...
Pastu macam pelik, pehal la zackU call guna no abah ni... bila dah hujung hujung cakap baru macam, laaaa abah la!!! hahaha...
Comel hangat suara abah skang... dah macam suara ana...
Suara ana pun kalah okey, hahaha..

zacku ana, ana zacku tu orang yang samalah!

Tomyam campur...

 Sayur kacang.

Mak punya umpan nak suruh aku buka sana...
Mak ada masak sambal petai tam...
Terus melonjak nak balik rumah mak...

Kerabu...
Family noh dengan kerabu, tak boleh dipisahkan.
Antara menu wajib bila berbuka puasa...

 Ikan goreng...

Kari ikan

Mak ni, tak sihat sihat pun gigih masak.
Aku ni yang sihat pun tak gigih macam mak, hahaha...

Ok itu ajer citer aku hari ni.
Sekian dari perempuan pemalas gila nak update blog, ini pun ku paksakan diri.
Now aku nak masak bagi anak-anak makan...
Okbai

Love: Ceera

JJCM : Restoran Makanan Sedap

$
0
0
Ok giliran aku pulak update berbuka dengan manjes kat restoran makanan sedap @ damansara.
Yang lain lastweek dah update, kemain lajuuuu...
Aku malas nak laju laju sangat. *padahal...

Dah la jauh okey damansara nun...
Hari jemaat pulak tu.
Ku pikirkan nak lepak ngan manjers je. Kalau tak kuasa jugak aku nak meredah sampai ke lautan... gitu.
Ciput sampai rumah kul 6, aku dengan anak-anak dah siap. Tunggu ciput tukar baju sat, terus shoot ke damansara.
Eh mamat tu tukar baju ke tak eh, lupa pulak. Bahahaha...
Bukan sebab ingatan aku not good ye, sebab bulan puasa ni malassssssssss nak recall sangat lah...


Tapi memang dah cakap dengan dorang aku sampai lewat...
Cun cun sampai time tengah azan, so minum ayor dulu dalam kereta. Baru bercatwalk ke restoran sedap...
Sesampai dorang tengah mentekadarah.
Kemain masing masing...
Aku bawah 2 anak, so pepaham la.
Takleh nak makan sangat. Sibukkan anak je...
Bukan tak lapar. Tapi jadi kenyang melayan anak, hahaha...
Memula suap yunnan makan dulu.. dia dah kenyang kang baru aku makan...
Makan pun takde menikmati la. Asal telan kenyang sudah. Sebab mamat tu, itu nak pegang ini nak pegang.
Yang keisha pulak ciput handle. Pun sama situasi dia. Suap keisha makan dulu, baru ciput makan...
Tapi biasanya, ciput akan bagi aku kenyang dulu dan dia akan handle anak-anak.
Oh sangat suami mithali, hehe...
Kenyangkan perut isteri dulu, baru kenyangkan perut sendiri...

Okla, nah tengok gambar.
Jangan terlior, sebab aku ni dah lapanploh kali telan ailio menengok gambar-gambar makanan ni... Punye sedap! nyesal lak makan sikit hari tu, banyak makanan aku tak try...

Banyak dia makan bubur lambuk.

1st round.

Harga buffet

Gulp gulp gulp....
Dah nama pun restoran makanan sedap, memang semua pun sedap lah!!!

Kemain manjer keisha dengan aunty yana dia nie...

 Manjers...

Bff sangat katanya, sampai selipar pun boleh sama, hahaha...
Selesa hangat hangat aldo ni pun...

Sebbaik makan makan tu hari jumaat, takde la macam rushing sangat nak balik.
Lepak chill chill sampai orang lain dah angkat bontot baru kitorang reti nak berambus...
Dalam kereta, dua dua anak aku pengsan.
Bagus. Senang hidup...

Love: Ceera =P

Berbuka secara sopan

$
0
0
Biasanya kalau event yang berkait dengan petronas, kitorang mesti sampai awal.
Macam berbuka puasa ni, jam 630 dah terpacak kat intercontinental hotel, padahal bukak puasa dah tentu tentu kul 7.30 kan...
Aku ni, boleh tahan kelam kabut jugak la.
Sebab nak tunggu ciput balik kerja dulu baru boleh laju laju ke sana...
So siap awal awal kat rumah sementara tunggu ciput balik.
Dia sampai je salam salam terus shoot ke sana...
Nasib baik jalan tun razak memberi kerjasama, tak jem langsung.
10 minit dah sampai.
Terasa diri hebat sangat, sebab boleh sampai dalam masa 10minit, haha...

Aku sampai sampai, filla and willy dah ada.
tapi orang petronas belum sampai lagi. Nasib baik.
Si jemah pun tak nampak bayang lagi.
Wasap wasap, rupanya minah ni naik lrt dari opis...
Merasa la lari lari pakai baju kurung ken, hahaha....

Dah la masing masing poyo gila pakai baju hijau.
Bodek sangat ni. Hahaha...

Aku ingatkan berbuka dengan petronas ni berbuka secara beramai ramai macam tahun tahun lepas punya berbuka. Sekali 2 meja ajer ko. Tak ke cuak ko kat situ. Dah la aku ni bangsa jenis tak peramah. Macam mana nak bercakap ini? macammana nak makan secara gelojoh? macammana nak makan sambil gelak gelak?
Baru je merancang dengan filla nak mengumpat lepas bebuka, terus tak jadi, kahkah... *ada hikmah, hehe

Mula mula je kekok.
Lama-lama kemain masing masing gelak macam nak menangis.
Sebab ada akak petronas tu buat lawak giler... tak menahan...

Paling benci bila filla cakap aku dengan jemah adik badik.
Dah semua teka aku kakak.
Arghhhh kenapa dunia ini sangat kejam, kenapa???
Bila tanya kenapa dorang syak aku kakak, dorang kata sebab aku banyak cakap banding andak yang hanya banyak senyum. Ok lepas ni aku nak senyum je taknak cakap, hahahaha...
Andak, main jauh jauh pls. Hate chu...

Mampu makan ini sahaja.
Lepas tu dah sengkak perut.
Padahal banyak lagi menu yang tak makan.
Rugi rugi rugi...

Sebelum pulang, menggeds dulu depan cermin dalam toilet.
Pon bolehhhhhhhhh....

Tq petronas ajak kita berbuka. Tahun depan ajak lagi tau, tau tau...
Nanti kita pakai baju hijau lagi, eh...

Love: Ceera

Sahur McD

$
0
0
Semangat giler nak sahur mcd.
Kunci jam kemain awal kul 4, hehehe...
Awal puasa hari tu pun dah plan nak sahur kat mcd. Sekali terbabas bangun kul 430, terus tak jadi nak keluar. Sahur apa yang ada je. Kali ni tak boleh terbabas lagi. Kalau tak, 4 tahun aku kempunan nak sahur mcd, hahaha...
Poyo jugak la...

Keisha senang je bangun pagi tu, sebab sebelum tidur aku dah bagitau kat dia...
Keisha, esok pagi pagi kita nak pergi makan kat mcd tau. Nanti mummy kejut, kakak bangun tau.
Okey
Jadi idok la dia mengamuk.
Tapi minah ni memang excited pun bab bab nie.
Dia bukan nak makan sangat, tapi excited dapat keluar dan tak payah tidur.

Yunnan pulak tak sedar yang dia dah tidur kat 2 tempat.
Elok je tidur sepanjang pergi, makan, balik.
Bagus.
Hujung ramadhan boleh sahur kat luar lagi kalau perangai adik dengan kakak baik macam ni...
Sebab hujung ramadhan biasanya kemalasan berada di tahap yang max.
Jangan kata hujung ramadhan, skang pun aku dah tahap pemalas nak masak sahur.
Macam pagi tadi sahur roti ajer, hahahaha...

So hujung-hujung nanti, impian aku nak sahur kat mamak pulak.
Impian okey, haha...
Nak sahur nasik lemak sekali, mee goreng mamak sekali, roti canai sekali.
So 3 kali sahur....

Ramai...
Ni mcd kat tun husin onn.
Ciput la nak sahur kat sini...
Dah tak dapat minum air latte, sebab sini nan ado semua tu.
Kalau mcd konot ada la...
Tu la, tak percaya lagi cakap mak encik.
Bukan semua mcd upgrade mcCafe

Sedap... habis licin...
Dah bukan macam tekak sahur je makan. Dah macam tekak berbuka, selera je...

Sahur sardin.
Pon sedapppppppppp....
Di gabungkan sekali dengan telur goreng, memang ngam...

Yang ni pulak cheese tart gemuk...
Sedap nak mamps darab lapanploh kali...
Dah la gemok, sedap pulak tu.
Beli kat the bakers cottage...
Situ semua roti dia lembut sedap gemuk puas hati aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Setiap kali beli dan makan mesti puji puji bakery situ...
Macam ni la kita nak, sedap. Meniaga sebab suka and minat. Bukan sebab duit semata mata, 
hahaha
Kannnnnnnnnnn...
Setengah bakery tu, aku rasa nak suruh je dia pergi belajar buat roti/kek balik. Buat roti keras tak sedap pon boleh, herghhhhhhhhhhh....

Love: Ceera

Jaja gambar

$
0
0
Mood raya dah mai. Nak update blog pun dah malas.
Malas bebenor tahu.
Kalau ada 10 tahap, aku punya malas dah tahap 9.
1/10 lagi yang tinggal... ni la, aku tengah membebel kat blog sambil bagitau aku malas nak update, tapi tetap la jugak update, herghhhhhhhhhhh...

So hari ni kita nak cerita pasal apa ye?
Hmmm hmmmm....
Jaja gambar feeling cantik ajer la, hahaha...
iols kan dah pakai tudung. So asal pakai tudung je kemain ambil gambar macam orang gila dia punya banyak. Lepas tu asyik tengok tutorial tudung ajer. Konon konon nak berhijabista la sangat, last last bila keluar, macam tu jugak ko pakai...

Paling suka, pakai cara jojie la.
Sebab niat aku dari dulu kalau bertudung nak pakai macam jojie. Senang, lawa. Tapi jojie tu memang dah lawa, pakai lapik meja pun tetap lawa. Geram je aku tengok...
Pastu inner neck baru beli satu, hahaha... So tak boleh la nak berjojie sangat...
Tapi tak kisah la, i pakai macam mana pun tetap gojes. *matikla puji diri sendiri...
Tumpang lalu k. Jangan nak muntah lelebih sangat. Tapi kalau nak muntah, aku elak dulu...

Koleksi yang tak seberapa.
Takpe, akan pelan pelan tambah...
Ni masalah dia. Bila dah pakai tudung, dah asyik nak beli tudung je. Padahal baju pun takde ni, pffftttt...
Lepas raya baru beli baju lah... jangan kelam kabut sangat.

Kerana diriku begitu berharga...
Gituuuu la dia...

Perghhh tetiba semangat kan, siap edit gambar. tadi cakap malas nak update.
hahaha...

Ok la, aku dah malas balik...
Bye.

Love: Ceera =P

Berbuka dengan manjers di rumah yana

$
0
0
Kitorang plan dari awal buka puasa hari tu...
Nasib baik jadik, kalau tak jadi boleh jadi amukan ni, HAHA...

Masa nak berbuka rumah yana, pening jugak aku pikir nak pakai baju apa.
Sebab yela, nak melepak rumah orang nak nak dah bertudung ni macam pening sikit pikir.
Takkan nak pakai jeans... Macammana nak santai santai. Compom compom berbuka nanti makan sampai sengkak perut. So no jeans. Mari pakai skirt.. selesa sikit. Lepas tu pening pulak nak fikir tudung nak buat gaya mana...
Takkan nak pakai tudung berselirat lilit lilit. aku panassssssss....

B, tak tau la nak pakai tudung apa? Macam pelik je nanti nak pakai tudung kat rumah yana.

Pastu ciput cakap.

Kalau ayang rasa pelik, yana tu lagi pelik sebab kena pakai tudung kat rumah sendiri...

>_<
Huhu... betul jugak.

So kita decided pakai tudung ala ala jojie je tak panas...
Aku kalau tang lilit lilit tu boleh tahan panas jugak la. Kang kalau dah panas mula la kang aku baran. Mampos ciput kena marah tak tentu pasal.

Kul 630 baru keluar rumah.
Ciput sampai rumah dari opis pun dah kul 615 hoiiiiiiii...
Dah la hari jemaat. Boleh tahan jem jugak la jalan raya ni.
Lepas tu ciput pi ikut jalan sprint highway. Memang syabas sayang, syabas.

Aku biasala, kekadang tu mulut laser jugak... aku cakap.

Hebat la B ni... B tahu jalan jem kat mana kan.
Hahahahahaha....
Membara je pakcik tu.

Sampai sampai dah berbuka pun...
Salam salam duduk, terus mencekik.
Aku sampai, kathy tak nampak bayang lagi. Minah tu lagi lembs. Kul 8lebih baru sampai...

Hasil masakan dari ayu and yana...
Semua sedapppppppppp...
Tq manjers masakkan macam-macam untuk kitorang makan.
Kemain gigih ok dorang. Dari jam 2 dah start masak. Sampai aseng dengan shah sekali kena tolong, hahaha... moment terindah habis tu.

Kek hasil tangan ku.
Ok je rasa dia. Tak moist sangat...
Tetiba terajin nak buat kek. Jadi marilah kita buat. Nanti raya nak buat lagi untuk letak rumah mak.

Ayu yang dah kuruihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Kemain diet kow kow puasa ni...
Pomps ni memang dah kurus, tapi nak lagi kurus.
Katanya tak suka lemak lemak kat badan.
Bontot gegar gegar pun tak suka, hahaha... lawak gila kalau ingat ayat wechat. Macam-macam hal dorang ni...

Aku pun puasa ni dah kurus sikit.
Sikit je la tapi..
Sebab sahur aku memang makan gegila. Buka puasa pun makan gegila.
Jadi idak la turun gegila.
But okey la. Taknak kurus sangat. Now dah molek...
Berat ku dah 48 49 tau...
Ideal 50. Jadi ok la ken...
Tapi raya ni insy naik balik, hahahaha... gila ko tak naik. Aku dah set nak makan memacam ni...

Ciput pun dah kurus.
Ini la pertama kali aku tengok dia kurus macam ni...
Perut flat okey.. Va va va...

 Baru ada semuanya...

Keisha tak kasik can mak dia nak amil gambar sorang sorang.
Nanti kang mesti dia datang nak menyelit sama...

Raiisah si putih gebu.
Muka blur je raiisah ni.
Lepas tu pendiam.
Kemain pandai berlakon pendiam kan, hahaha...

Lewat lewat sikit, makan mangga pulak...
Ikut hati, nak lepak sampai lewat malam. Tapi suami memasing la... Derrrrrrr...
Ciput mengantuk..
Affan pulak tak sihat.
Jadi tak dapat la nak lepak sampai lewat malam sangat...

So sebelum pulang, layan mangga and air kopi dulu...
Sedappppppppppppp...

Nanti raya lepak rumah aku pulak.
Kita buat potluck.
Raya aku dah rajin masak dah, haha... konfiden...


Note: Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya ceera, muahssssssssss

Love: Ceera =P

Suami isteri ohver

$
0
0
Ciput ni nampak je control control macho macho gitu kan depan orang.
Tapi ini la dia sebenarnya.
Senget macam saya jugak, hahahaha... eh dia lagi senget, saya ok sikit. *pandang tepi

Dah kenapa aku tersaya ni ken???

Lokasi: Gambar kat tangga rumah masa raya lepas.
Aku sengaja crop gambar hok aku and ciput saja.
Biasala, kita kalau tengok gambar mesti fokus kat muka sendiri je. So aku saja crop gambar aku and ciput sebab aku nak paksa korang pun tengok muka kitorang suami isteri je, hahaha...

Nanti nanti kalau rajin, aku update entry raya. Doakan minggu ni aku rajin...

Love: Ceera

Malam raya

$
0
0
Boleh tahan hebat jampi korang, sebab tetiba aku dah update pasal raya, hahaha..
Tapi ini bukan cerita raya pertama tau. Tapi malam raya.
Ingatkan macam malas jugak nak cerita pasal malam raya ni, sebab sama je kot dengan yang tahun tahun lepas. Tapi disebabkan ahkak orang pertama yang sampai rumah mak sehari sebelum raya sebab nak singsing lengan. Jadi TERpaksa la ahkak cerita.
Bukan apa, nak menjobo lebih sikit la pasal rajin menolong mak kat dapur.

Bahahahaha...

Teruk perangai.

Jam 8lebih dah bangun.
Siap siap asal boleh je...
Anak anak dan suami tinggal. Sebab kalau ikut kang, apa pun tak boleh...
So biar dorang bertidur-tiduran and lepak lepak je kat rumah.
Aku pergi rumah mak, terus lepak dapur.
Masa sampai tu, mak tengah baring... Sebab dia ingat anak anak dia lambat lagi sampai rumah...
Tetiba bila nampak aku je terus dia ajak lepak dapur.

Keluarkan daging segala bagai, dan apa lagi. Mari kita memasak...

Tahun ni senang kerja, sebab malam sebelum mak dengan ninie dah siap siap potong daging dan bawang semua lepas buka puasa. So kitorang yang datang besok paginya tu, memang banyak senangnya la...
Aku just basuh daging je. Kalau mak suruh potong daging, memang menangisi la jugak. Nasib baik basuh aje. itu pun terus cakap;

1st time atam basuh daging okey.

Kembang kembang hidung berasa bangga.
Serius.
Sebelum ni kerja aku macam bawang bawang je.
Bab daging ni biasanya aku lari dulu. Sebab not like sangat.
Itu pun masa basuh tulang daging nak buat sup jari i cedera tau. Sobs. Terus drama..

Tolongggggg, jari atam luka... darah darah...
Dah, atam takleh buat kerja dah nie... sakitnya sakitnya...

Hahahahaha...
Sepak baru tau...

Kaklang datang awal jugak.
Ninie pun ada.
Zacku shift tengahari. Sebab tengahari baru dia bangun. Elok dia bangun, aku start la mengelat, hahaha...

Haaa, bibik atam dah bangun. Atam nak rehat jap...
Hihi...

Tapi mak tak membenarkan.
Dia suruh aku goreng bawang untuk dicampak ke dalam sup...
Saje dengki tau...
Bila aku cakap, gas takde, dapur pun takde. Terus dia keluarkan dapur kecik guna gas kecik. Cisssssssss....

So menu malam raya, sangat simple...
Rendang daging, nasi impit, sup tulang dan juga agar agar.
Jam 2 dah siap masak...
Hebat gila sebab awal gila dah siap masak.
Sempat la petang tu bershopping jap kat jusco..
Selagi tak raya....

Sup tu aku yang masak
Sedap tau, hahaha..

Tetiba nak isytihar diri masak sup ken, padahal semua bahan mak yang sediakan. Kerja aku tolong campakkan je...
Pastu time makan...

Uiiiiiiiii sedapnya sup yang atam masak ni.
Puji diri sendiri... mak terus buat mata keatas, haha...

Bawak mak shopping baju raya...
Tapi zackU yang bayar.
Aku hulur sikit langsung dia taknak.
Bedebahhhhhhhhh..
Padahal dalam hati ku ucap syukur alhamdulillah, kahkahkah...

So malam raya tu aku paksa ciput bawak keisha pergi ikut sekali takbir sebab nak collect duit raya.
Lepas tu aku cakap la... duit raya yang B dapat tu nanti bagi kat yunnan...

50 50 boleh. Yunnan 50, B 50
No!!!
Ok ayang 25persen...
Hmmm ok. 

Dasar mak mata duitan sangat, hahahaha...

Budak budak ketiduran.
Masa ni dah pukul 12malam.
Rumah mak, rumah last orang datang takbir...
Jam 11 kot baru dorang sampai...
Ke 11lebih entah.
Aku pun lupa sebab aku sibuk bergosip dalam bilik. Tiba tiba je dah dengar bunyi orang bertakbir kat dalam rumah...
Yang pasti sup yang aku masak *hehe* licin...
Sedap sangat lettew...
Wpon rumah terakhir ye... kenyang pun sanggup makan sebab sedap sangat sup yang i "masak"...

Pung pang pung pang kul 2 lebih baru balik rumah...
Rumah dekat boleh la main balik balik.
Rumah jauh kalu, tidur rumah mak cukup...
Esoknya jam 11 baru kitorang sampai, hihihi...

Love: Ceera =P

Ceria Super Star Season 2

$
0
0
Best....
Siapa ada tengok musim pertama?
Aku tengokkkkkkkkk.... *biasa la, surirumah tak buat apa. tengok tv je la korojenya*
Aku suka tengok budak menari.
Sebab dulu aku pun suka menari, pernah la bercita cita nak jadi penari, hihi... tadi ado!!! sebab dulu ko pepaham la. Susah sikit nak ada menari menari ni. Nak nak sekolah macam sekolah aku tu ha, sedehhhhhh...
Ingat lagi dulu, masa andak masuk menari masa darjah 6. Aku pun kengkonon nak masuk jugak la bila dah darjah 6. Sekali boleh tak bila aku dah darjah 6 kelab tarian tu pun dah takde. Menangisi di dalam hati okey pfffttt..

Lepas tu masuk sekolah menengah kelab tarian memang takde...
Takat menari nari antara kelas tu je la...
Tapi cenggitu je la pon.
Pastu menaruh harapan jugak, mintak mintak sekolah aku ada nak hantar wakil untuk tarian merdeka, tapi sama gak, sedehhhhhhh...

Aku yang berbaju biru. Takleh blah. Menyanyi and menari lagu ketipang payung. Tapi baju pi pakai baju melayu siap sampin berkain pelekat bagai ... hahaha... Ni kalau artis ni, dah masuk kategori ops dah ni, haha....

Masuk U, ada kelab tarian.
Tapi benci takde geng.
Dah la kolej jauh. Terus terkubur begitu sahaja...

Sekarang dlm bilik karok je la kalau nak menari, haha..

Aku syak aku ni kalau diasah dari kecil, mesti aku dah jadi penari ni.
Sebab serius aku cakap ko. Aku suka gila menari time kecik. Asal ada lagu joget. Laaaaaaa ni asal ada lagi psy joget, bahahaha... sebab tu je la pon step menari paling senang nak dibandingkan dengan step menari beyonce *tetiba.
Pepahamla. Dah tetua ni, dia punye kedrat nak menari over tu dah takde. Manja-manja boleh la...

Ambil ko panjang mukadimah aku.
Siap nak cerita kisah aku dan tarian.. hewhew...

So korang kalau anak-anak atau adik korang yang suka menari, sila la jangan bantutkan dorang punya minat. Sebab sekarang tak macam dulu. Dulu apa pun tarak. Sekarang macam macam cabang ada...
Nak nak sekarang, ko sendiri boleh nampak. Penari tumbuh macam cendawan. Kalau dulu, kalau tak noks menari, noks la menari. Sekarang lelaki gagah perkasa pun menari okey. Ko tengok si fahrin ahmad tu, menari. Hahahaha...

Salah satu cabang...
Masuk la astro ceria super star musim kedua ni...
Sebab sekarang astro dah open untuk audition...
Syarat yang perlu ada:
  • Terbuka pada kanak-kanak umur 15 tahun ke bawah sahaja
  • Setiap kumpulan mesti terdiri daripada dua (2) hingga lapan (8) peserta
  • Mesti rakyat Malaysia ataupun masyarakat antarabangsa yang menetap di Malaysia.
Yang penting kena ada kebenaran dari ibu bapa...
Mak bapak on, apa lagi, terus on la..
Budak budak sekarang, tahap kebenarian dorang mengalahkan aku.
Aku sampai sekarang penakut. Dorang, kemain berani lagi...

Audition venues (Shah Alam, Sabah, KL, Penang and Johor Bahru)
Yang ni boleh cekidaut kat - www.astro.com.my/ceria
Boleh menang hadiah RM20,000 dan banyak lagi hadiah menarik yang lain.
Jadi jangan lepaskan peluang.
Kalau ada bakat, jangan simpan.
Tonjolkan...

Pemenang astro ceria super star musim pertama...

Rancangan febret keisha skang, hi-5 and imagination movers. Sebab dua-dua menyanyi and menari... Pantang ada muzik, menari saja...


Imagination movers


May 16, 2013 |#hi5 by ceeramoon on Keek.com
hi-5

Satu lagi, hahaha...

Mar 31, 2013 |peminat hi5 by ceeramoon on Keek.com
hi-5 jugak.

Love: Ceera =P

Raya pertama 2013

$
0
0
Tahun ni kalau korang perasan la...
Banyakkkkkkkkkk kelainannya.
Tu sendiri perasan la ye. Aku taknak cakap...
Tambah tambah lagi, akan perasan bila aku show off gambar satu family kat tangga nanti.
Alhamdulillah kan...
Syukur kepada Allah.
Mesti mak abah orang yang paling happy sebab mungkin di hati dia dah lama dia nak tengok anak anak dia macam tu, walaupun pada awalnya kalau ditegur, kemain bengis jawapan masing-masing, kahkah...

Pagi raya tu bangun lambat sebab malam tu penat sangat. Balik pun pukul berapa.
Itu pun main paksa paksa diri bangun bila fikir hoiiiiiiiii hari raya hoiiiiiiiiii jangan buat hal hoiiiiiiii...

Kejut anak anak, ajak mandi.
Itu pun cakap, jom mandi, pakai baju cantik. Terus bersemangat masing masing.
Keisha je la semangat, yunnan apa tau ken.
Tapi dia memang jenis bangun pagi bersemangat...

Ambil gambar sefamily dulu sebelum terjah rumah mak...
Sampaikan salam mintak hampun pun lupa. Boleh?
Macamkan takde dosa dekat suami, hahaha...
Raya ke 5 kot baru salam, vengong.

Tapi ku tahu, ciput sentiasa maafkan dosa ku sebelum tidur, ewahhhhhhhhhhhh...

 #ootd keisha dan yunnan.
Dua-dua beli baju online
Sebelum puasa aku dah beli dah. Sebab malas nak fikir.
Baik setelkan cepat cepat kang aku stress!
Baju melayu yunnan tu selesa gila.
Kain dia jenis lembut je, tak panas langsung.
Like like like berjuta juta kali.
Lepas ni boleh beli lagi...
Baju keisha pun best... Comel je pakai baju kebaya, wpon sekarang budak budak sangat in pakai peplum, tetaplah ku cekalkan hati nak pakaikan dia baju kebaya jugak. Tahun depan je la awak pakai peplum ye. Tunggu dah tak in baru pakai, kahkah..

Ada baju peplum beli kat filla.
Tapi tahun depan je la pakai, haha..

Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah. Dan yang penting dengar cakap mummy daddy k...

 #ootd maknye pulak.
Tengok gambar mak dia je tau.
Gambar anak takyah tengok sangat, haha... dengki...
Sibuk je keisha, mummy nak amik gambar pun dia nak selit sama. Tak kasik can langsung...

Baju aku pun beli online.
Tudung pun online.
Kain, tahun lepas punya.
Sengaja pakai baju bebesor supaya aku tak perlu kaver perut bila dah makan banyak.
So boleh makan banyak tanpa ragu ragu dan sesalan.
Itu yang kita mahukan, hahahaha...

Ciput punya baju beli kat ampang park.
Dia geds taknak pakai baju melayu.
Pun bolehhhhhhhhhhhhh...
Terus terlebih match dengan aku.
Tapi tahun depan pls baju melayu ye.
Aku suka tengok lelaki pakai baju melayu siap bersamping.
Macho to the max.
Tapi macam ni pun macho jugak.
Gila ko tak macho. Suami aku tu, hahaha...

Ramai tegur ciput kelihatan cekeding disitu.
Memang cekeding pun. Perut time duduk pun dah takde. Pfffttttt...
Dulu berdiri je takde, duduk sedikit failed. Now duduk pun perut takde, memang kong ajo sangat. Sebab aku duduk pun ada perut, hahaha... cis... lawan tokey sangat...

Berat dia dah 78kg. Hamboiboiiiiiiiiiii...
Raksasa kot ciput ni dulu...
Pastu skang asyik jaga makan je. Bila aku tanya lapar ke tak, kenyang memanjang...
Dah aku pulak rasa bersalah sebab asyik lapar memanjang, ehek ehek...

Sesi salam menyalam...
Tahun ni syahdu sikit setelah bertahun asyik gelak ketawa...
Alhamdulillah dan syukur sebab Allah swt jentik sikit family kami dengan dugaan...

Tengok la kaklang tu.
Tengah kesat air mata, haha...
Kalau tak, dia la yang paling kuat gelak...

 Panjangggggggggggggggg....

Dengan abah tersayang.
Berat abah dah naik 2kg.
WohOoooo...

Dengan emak...
Kemain mak... oren dia lawa betul. Baju pun lawa betul
Terima kasih akak belikan baju untuk mak. Akak bab beli baju emak memang terbaik.

Budak yang bakal jadi isteri orang hujung bulan ni...
Kemain berpusing pusing nak berlagak dengan anak buah baju dia boleh kembang haha...

 Anak buah yang dah jadi anak dara...

Sempat ambil gambar 2 family ni ajer. Yang lain entah kemana...
Family kaklang atas.
Family kakcik bawah.

Gambar wajib setiap tahun.
Tema : Oren and peach

Perempuans di dalam #familynoh.
Tak cukup korum ni. Angah dengan ayin tiada.
Ayin ada sebelah mak, tapi macam dah terkerat sikit. Sorry ayin, haha..

 #keishasb
Masa ni yunnan tidur...
So gambar yunnan dari kat tangga memang tak ada.
Tu yang kemain over makpaknya bergambar, hahaha...

 Sebelum beraya ke rumah jiran tetangga...

 Anakk daddy...

Cikmah dah biasa dah dengan anak anak jiran dia ni yang semulajadi geds dan bila masuk rumah dia tak buat macam rumah orang dah, dah buat macam rumah sendiri, hahaha...
Tengok la akak tu, paling over...
Anak kedua, hahahaha...

Raya dua rumah je pun.
Cikmah and ciknah.
Lepas tu malas dah. Balik rumah rehat jela, hehe...

Sebelum mandi mari bergambar sefamily lagi...
Ajoi jadi mangsa, hehehe..
Berkilat dah muka aku...

So selamat hari raya semuaaaaaa...
Wpon sudah raya ke9
Apaadehal. Kita raya sebulan...

Love: Ceera =P

Raya Kedua 2013

$
0
0
Raya kedua hari jumaat.
Plan kengkonon nak balik awal pagi.
Sekali lepas jumaat baru terhegeh-hegeh balik kg harhar...
Dah tu, pagi pagi baru nak pack baju ken, memang tak la sempat nak balik pagi...
Pastu, siap makan mamak dulu pulak tu, hehe...

Bangun pagi jam berapa aku lupa.
Tapi bangun bangun terus bersiap nak pekena mamak.
Rinduuuuuuuuuu... #kembangtekakmakannasikimpit
Tahun lepas lagi poyo.
Petang raya pertama dah cari mamak.
Tahun ni kalau tak malam raya pertama nak carik mamak. Sekali semua mamak kat sri permaisuri katup.
Tercengang cengang kitorang heran... sejak bila mamak tutup hari raya. Siap semua mamak lak tu tutup.
Tapi baguslah, bagi la dorang can beraya, wpon macam arghhhh ku rindu tosei mu mamak. Ku rindu...

So pagi tu kasik pekena tosei dulu...
Gembira perut aku.

Setel tosei balik rumah terus laju laju pack barang.
Kalau tak before raya aku nak kemas dah.
Tapi aku ni ada perangai lastminit sikit. Tak boleh kemas baju awal awal. Mesti nak last minit jugak baru menjadi. Kalau awal, mula la blur tak tau nak campak baju banyak mana... pastu bertafakur punya lama depan beg. Kalau last minit, lajuuuuuuuuuuuuu... tak sampai setengah jam dah siap.

 #ootd raya kedua.
Baju jovian tahun lepas punya.
Baru sekali pakai, so aci aje pakai balik...
Tetap cantik ken, bahahaha...

Berposing depan rumah jiran.
Sokahati kitorang ajer.

Sebelum balik kampung. Singgah rumah daddy jap. Sebab daddy kesorangan di rumah. Dia tak ikut balik kampung. Ada kerja. So beraya jap dengan daddy sambil bergambar sebelum balik kampung jumpa mama pulak...

Yunnan kalau dengan opa dia, gembira ajer...
Memang suka betul dia dengan opa.
Daddy mummy tak heran langsung...

Gambar kami pulak...

Tengok la yunnan, dia taknak duduk kat aku.
Menggeletek je badan nak pergi kat opa...
Sabar je lah...

Jalan ke sabak bernam tak jem sangat.
Bertolak lepas jumaat dalam jam 3lebih. Sampai sana dalam jam 6lebih.
Ada la jem sikit tak tempat biasa. Tapi takde la jem beria...
So raya kedua sebenarnya, kitorang tak beraya sangat pon, hahaha... pakai cantik cantik sebab nak balik kampung and bergambar. Elok sampai kampung terus tukar baju tshirt. >___<

Love: Ceera =P

-Ads-

Shawl dari lavendstyle. Follow them on fb and instagram.
Instagram - @lavendstyle
facebook - lavendstyle

Viewing all 187 articles
Browse latest View live